Khamis, 10 Januari 2013

Faktor-Faktor Bencana Alam


                  Laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun lalu mengatakan bahawa kira-kira 30 000 manusia terkorban daripada 206 juta orang yang terkena dampak bencana alam di seluruh dunia. Melihat kepada laporan ini dapatlah kita simpulkan bahawa saban tahun kematian manusia sebahagian besarnya berpunca daripada bencana yang tidak dapat dielakkan selain faktor peperangan, kebuluran dan pelbagai jenis penyakit merbahaya. Salah satu peristiwa bencana alam pada tahun 2011 yang menyumbang kepada kematian yang paling banyak ialah gempa bumi dan tsunami yang menghentam Fukushima di Jepun. Gempa yang disusuli tsunami ini telah meragut lebih daripada 15 000 ribu nyawa dan mengalami kerugian hampir $31 juta dolar. Dalam tahun yang sama, Malaysia turut dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di rumah Persatuan Anak-Anak Yatim di batu 14, Hulu Langat ,Kajang. Tanah runtuh yang berlaku pada 21 Mei itu telah mengorbankan 16 orang anak yatim. Semua kejadian bencana alam ini sebenarnya disebabkan oleh beberapa faktor iaitu faktor yang berkaitan dengan manusia sendiri dan alam sekitar.

Sekiranya kita ingin mengkaji kejadian bencana alam ini dengan lebih dekat maka kita perlu berbalik kepada punca berlakunya bencana alam. Sama ada kita sedar atau tidak kejadian bencana alam sangat sensitif terhadap sebarang perubahan sama dari segi fizikal atau dalaman bumi. Perubahan yang berpunca daripada aktiviti manusia atau secara semula jadi boleh memberi kesan kepada alam dan seterusnya mendorong berlakunya malapetaka alam. Salah satu faktor yang kita boleh lihat secara jelas ialah pembangunan yang pesat terutama di kawasan yang berisiko seperti di lereng bukit dan tanah lembut. Pembangunan fizikal bagi tujuan pembinaan tapak industri, bangunan pencakar langit, kawasan petempatan dan sebagainya tidak dirancang dengan sebaiknya malah pemaju tidak memikirkan kesannya terhadap persekitaran dalam jangka masa panjang. Maka, ketidakprihatinan ini akan menyebabkan sistem ekologi yang asal tdak mampu untuk menghalang sebarang kejadian bencana berlaku kerana pembangunan tersebut telah memusnahkan kawasan hijau yang menjadi pelindung kepada permukaan bumi terhadap sebarang proses luluhawa. Proses ini sebenarnya boleh melemahkan struktur dalaman tanah. Apabila ini berlaku maka sebarang perubahan drastik terhadap permukaan bumi akan menyebabkan berlakunya bencana seperti tanah runruh, banjir kilat, runtuhan bangunan secara tiba-tiba dan sebagainya. Justru, pembangunan harus dikawal atau dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan sistem ekologi secara mendadak.

Selain itu, punca lain yang menyebabkan terjadinya bencana alam ialah perubahan iklim global yang berlaku hampir setiap tahun. Faktor perubahan iklim ini kadangkala kita tidak ambil peduli tetapi kesan daripada fenomena tersebut yang lebih menarik perhatian kita. Perubahan iklim global yang berlaku adalah kesan peningkatan mendadak gas rumah hijau di atmosfera yang disebabkan oleh kepesatan dalam industri perkilangan, pembalakan, pertanian, pengangkutan dan industri lain di dunia tanpa adanya keseimbangan dengan alam sekitar. Ini seterusnya telah menyumbang kepada pertambahan gas-gas tersebut dan secara langsung meningkatkan suhu bumi. Peningkatan suhu secara global akan mencairkan litupan ais dan salji dikawasan artik. Maka apabila ini berlaku ,paras air laut turut akan meningkat seterusnya akan memberikan impak yang dahsyat kepada masyarakat dunia seperti kejadian banjir besar yang berlaku di negara kepulauan, misalnya Fiji dan Maldives. Kejadian banjir besar yang berlaku bukan sahaja merosakkan harta benda bahkan bakal meragut nyawa manusia selain melumpuhkan aktiviti ekonomi dan sosial sesebuah negara. Maka, kerancakan aktiviti manusia yang boleh memburukkan lagi situasi seharusnya diselia dan dirancang dengan teliti terutama di negara-negara industri.

Sikap manusia yang sambil lewa terhadap persekitaran turut menyumbang kepada bencana alam. Kini, majoriti penduduk di negara kita mampu memiliki kenderaaan sendiri. Mereka juga leih selesa untuk berulang-alik ke tempat kerja dengan menggunakan kenderaan sendiri berbanding dengan kenderaan awam. Bukan itu sahaja, di sesetengah kawasan,terdapat penduduknya yang gemar melakukan pembakaran terbuka. Kedua-dua perkara ini sebenarnya telah mendorong kepada penghasilan asap. Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah sebenarnya yang menyebabkan kejadian jerebu sehingga menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Impak jerebu ini boleh menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan mereka yang mempunyai penyakit sedia ada pula menjadi semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara ibarat pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan sekaligus membantu menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa.

Punca lain yang menyumbang kepada berlakunya bencana alam adalah disebabkan oleh aktiviti manusia yang menggunakan sumber alam secara rakus tanpa kawalan. Pelepasan gas karbon dioksida oleh 600 juta kenderaan di seluruh dunia dan penerokaan hutan secara berleluasa menyumbang kepada berlakunya penipisan lapisan ozon, pemanasan global dan seterusnya mendorong kepada kejadian pelbagai bencana akibat berlakunya perubahan iklim seperti peningkatan suhu harian dan kesejukan melampau berlaku dikebanyakan tempat di dunia. Fenomena taufan dan banjir besar berlaku secara tidak dijangka. Walaupun terdapat sistem maklumat geografi dan telekomunikasi yang serba canggih di dunia, ia belum dapat meramal dengan tepat tentang kejadian sesuatu bencana yang bakal berlaku. Bencana gempa bumi yang berlaku disesetengah kawasan pula amat sukar diramal tentang bila dan dimana ia akan berlaku. Kawasan yang tidak pernah mengalami gempa turut menerima kesan gegaran yang menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat. Bagi mereka yang telah ditimpa bencana pula kos untuk membangunkan semula kawasan yang dilanda bencana amat tinggi. Maka jelaslah bahawa bencana alam membawa malapetaka kepada mangsa dan isu ini perlu dikaji dengan lebih mendalam agar dapat mengelakkan sebarang impak yang lebih serius.

          Aktiviti pembalakan memang merupakan antara penyumbang ekonomi negara, namun antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana alam. Pihak yang terbabit dalam penebangan hutan selalunya hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan inpaknya terhadap persekitaran ekologi ,mungkin golongan yang bersifat nafsi ini tidak mengetahui bahawa dalam sistem ekologi itu manusia adalah organisma utama. Maka sebarang perubahan dalam ekosistem hutan pasti akan memberi kesan terhadap manusia. Kawasan hutan yang telah ditebang jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu, biasanya akan terdedah kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda. Oleh itu, sebarang aktiviti ekonomi yang memusnahkan hutan secara meluas dan tidak terkawal perlulah diambil tindakan yang drastik terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kemusnahan tersebut agar dapat menjamin kehidupan yang sejahtera terutama untuk generasi yang akan datang.

Selain itu, bencana alam turut disebabkan oleh aktiviti semula jadi yang berlaku di perut bumi sendiri.   Misalnya bencana alam seperti tsunami  yang kerap terjadi setiap tahun terutama di kawasan Lingkaran Api Pasifik seperti di Indonesia , Jepun dan Filipina. Jika kita kaji secara saintifiknya, tsunami ,gempa bumi dan segala bentuk gegaran yang berlaku adalah disebabkan oleh pergeseran antara dua plat tektonik yang bergerak secara tiba-tiba. P\lat tektonik  ini bergerak di antara satu sama lain, kemudian berlanggar sesama sendiri maka terhasilah gempa bumi dasar laut. Contohnya gempa bumi yang melanda di Lautan Hindi. Susulan daripada gempa bumi ini ,maka tsunami pula akan terbentuk disebabkan oleh gegaran yang wujud akibat gempa tersebut.  Hal ini merupakan antara bencana alam yang paling ditakuti lantaran kedatangannya adalah secara tiba-tiba dan mampu meranapkan seluruh kawasan yang dilaluinya, ini terbukti dengan kejadian Tsunami Acheh yang berlaku pada 26 Disember 2004. Kejadian tersebut telah merencatkan terus segala aktiviti penduduk Acheh.

Kesimpulannya, bencana alam memberi satu mimpi dan pengalaman yang buruk sama ada kepada rakyat mahupun  kepada institusi negara itu sendiri sehingga pihak kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat ke atas negara. Bencana alam kadangkala datang tanpa diundang dan untuk itu kita perlu sentiasa berwaspada terhadap sebarang bentuk perubahan yang boleh membawa kepada kemusnahan petempatan, kehilangan nyawa dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kejadian bencana alam juga sebenarnya turut berpunca daripada kegiatan manusia itu sendiri. Oleh itu, kita sendiri sebagai manusia perlulah mengubah sikap yang boleh menyebabkan berlakunya bencana alam. Segala bentuk langkah berjaga-jaga perlulah diambil dan dilaksanakan dengan lebih awal sebelum kedatangan bencana agar kita dapat mengelakkan kesan yang lebih buruk lagi.


Khamis, 3 Januari 2013

Sejarah Seremban


SKAD1273 Reruang dan Pembangunan


“Kajian luar mengenai pembangunan Bandar seremban”


  Nama asal bandar Seremban ialah Sungai Ujung. Seremban juga dikenali sebagai Seng Hyang Ujung, Saing Ujung atau Semujung. Bandar seremban ini terletak di hulu Sungai Linggi yang merupakan sungai yang terbesar di negeri ini. Sungai ini mengalir di bahagian selatan Bandar Seremban tersebut. Seremban ialah ibu negeri Negeri Sembilan, yang terletak dalam daerah Seremban, salah satu daripada tujuh daerah di Negeri Sembilan. Pentadbiran bandar dijalankan oleh Majlis Perbandaran Seremban.  Seremban terletak dalam 30 kilometer ke darat. Ia terletak dalam lembah Sungai Linggi, di kaki bukit Banjaran Titiwangsa. Rupa buminya secara umumnya berbukit-bukau, dan tanahnya adalah tanah laterit merah, sesuai untuk peladangan getah dan kelapa sawit, dengan itu menjadikan Seremban sebagai pusat pertanian di Negeri Sembilan.

      Sejak pembinaan Seremban, Sungai Linggi memainkan peranan penting dalam pembangunan bandar ini. Ketika perlombongan bijih timah besar-besaran, Sungai Linggi merupakan jalan pengangkutan utama untuk pedagang bijih timah. Kini, ia merupakan sumber air utama di Seremban dan Negeri Sembilan.

      Seremban mula dibangunkan ketika penemuan bijih timah pada 1870-an sama seperti bandar-bandar besar lain di Semenanjung Malaysia. Penemuan bijih timah di kawasan berdekatan iaitu Rasah menunjukkan kedatangan imigran Arab, Melayu dan Cina untuk bekerja di lombong ini dan berniaga. Penduduk Melayu tempatan kebanyakannya bekerja sebagai petani dan keberatan untuk menempuhi cabaran-cabaran baru. Kota Seremban memiliki kesamaan dengan kota Bukit tinggi.

      Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong membangun bukan sahaja sebagai kawasan perlombongan tetapi juga pusat perniagaan. Sungai Linggi merupakan satu-satunya laluan keluar untuk mengangkut bijih dan bekalan keluar dan masuk bandar. Pendapatan tidak hanya datang dari dagangan bijih timah tetapi juga dari kutipan cukai yang banyak yang tidak disukai para pedagang dan kolonial British di pelabuhan terdekat iaitu di Melaka. Pembesar tempatan, Dato’ Kelana dan Dato’Bandar di Sungai Ujong berebut akan hak memungut cukai dan ketuanan dan penguasaan lombong-lombong tersebut. Kesengketaan tersebut membuka peluang kepada pengaruh Britih di Negeri Sembilan. Britih memihak kepada Dato’ Kelana setelah dijemput dan mengalahkan angkatan Dato’ Bandar yang kemudiannya dibuang ke Singapura.

      Sebagai tanda penghargaan kepada British yang telah membantu beliau menang dalam peperangan tersebut, Dato’ Kelana tiada pilihan lain selain menerima Residen British yang menjadi penasihatnya yang tidak berkaitan agama dan adat Melayu. Kapten Murray dilantik sebagai residen pertama dan kemudian tinggal di Channer Road, yang kini dinamakan Jalan Dato' Siamang Gagap. Sejurus selapas itu, penduduk Rasah mula berpindah berdekatan Channer Road bagi menjamin keselamatan dan pentadbiran yang teratur. Begitulah serba sedikit mengenai sejarah Seremban ini.


LIMA ASPEK MENGENAI KAJIAN DI SEREMBAN MENGIKUT PANDANGAN KEVIN LYNCH


      Setelah selesai menjalankan tugas yang diberikan oleh Prof. Madya Abdul Hadi kepada kami iaitu kajian lapangan mengenai latar belakang di kawasan seremban, terdapat beberapa aspek yang saya dapat lihat mengenai kawasan seremban ini mengikut pandangan Kevin Lynch. Aspek-aspek ini telah menunjukkan setiap sudut perkembangan kawasan seremban ini. Aspek-aspek yang telah diambil perhatian dalam menentukan pembangunan kawasan ini iaitu Nod, Daerah, Laluan, Pinggiran dan ,Mercutanda.  

      Daripada segi aspek yang pertama iaitu Daerah. Seremban merupakan antara daerah yang terdapat di negeri Sembilan. Bandar Seremban muncul seperti mana bandar-bandar lain di negara ini iaitu di sekitar tahun 1870-an dan dipercayai bermula apabila kawasan di sekitar Rasah di dapati kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah. Apabila ianya mengalami kemasukan penduduk (migrasi) yang pesat terdiri dari orang-orang Cina, Arab dan juga bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga merupakan pusat perdagangan. Bandar seremban ini juga bersebelahan dengan Port Dickson yang sememangnya terletak di barat daya kawasan seremban.

      Aspek kedua pula iaitu Pinggiran. Berdasarkan kajian yang kami jalankan, kami telah memilih sebuah lorong iaitu Lorong Sazwan. Lorong ini dipisahkan dengan lorong-lorong yang lain. Pinggiran lorong yang kami kaji ini ialah deretan pelbagai jenis kedai yang mana majoritinya diusahakan oleh kaum india. Penghujung lorong yang kami kaji ini ialah sebuah gereja dan disebelah hujung bahagian belakang pula ialah sebuah supermarket yang menjual pelbagai jenis barangan.

     Seterusnya, bagi mercutanda untuk Bandar seremban ini ialah Wisma Persekutuan Seremban dan Majlis Perbandaran Seremban di mana tempat ini merupakan kunjungan orang ramai terutama masyarakat seremban untuk menjalankan urusan pentadbiran. Setiap urusan yang melibatkan pentadbiran di daerah seremban ini dilakukan di sini. Selain itu, di seremban ini juga terdapat sebuah masjid yang begitu besar yang boleh juga dikatakan sebagai mercutanda atau simbolik bagi daerah ini iaitu Masjid Negeri. Masjid ini merupakan masjid terbesar di daerah seremban.

     Disamping itu, laluan bagi lorong yang kami kaji ini ialah lorong sazwan. Dalam lorong tersebut, pelbagai kedai telah diusahakan terutamanya daripada kaum india. Mereka lebih banyak memfokuskan dalam menjual baju kaum india. Laluan ini juga dijadikan laluan untuk ke gereja seremban oleh golongan yang menganuti agama kristian. Menurut sumber lagi, laluan ini kebiasaannya juga akan dijadikan sebagai laluan untuk membuat pelbagai perarakan sempena berlangsung sesuatu pesta atau keramaian. Sebagai contoh, apabila berlangsungnya Hari Deepavali, ramai masyarakat india berarak di laluan tersebut.

      Aspek yang kelima iaitu aspek terakhir ialah nod. Nod ini merupakan titik perjalanan kami semasa melakukan kajian di seremban. Nod kami adalah bermula di ukm iaitu stesen keretapi ukm. Dalam perjalanan ke seremban, kami telah menaiki keretapi dan berhenti di beberapa buah stesen keretapi iaitu bangi, batang benar, nilai, labu, tirai dan berakhir di seremban. Setiap stesen mempunyai pemandangan yang berbeza-beza. Sampai sahaja di seremban, kami melintas jalan raya untuk pergi ke tempat kajian kami. Pelbagai deretan kedai telah kami jumpa sepanjang perjalanan kami untuk melakukan kajian.

      Secara keseluruhannya, dalam kajian kami ini kami telah melihat pembangunan Bandar seremban melalui beberapa aspek mengikut pandangan kevin lynch. Sememangnya Bandar seremban mempunyai keunikan yang tersendiri samaada dari segi reka bentuk bangunan mahupun suasana di kawasan tersebut.



Hasil Kajian

Antara Kedai-Kedai Yang Terdapat Di Sepanjang Jalan Dato Lee Fong Yee

Gereja (church of visitation)

BAHAGIAN KANAN


  1. Yusof building
    1. Kedai emas
    2. Magaram boutique materials
    3. Santhass wf craft
    4. Rare collection
    5. Pusat perubatan hemopathi ananthi
    6. Famous Bollywood fashion
    7. Saloon mayfair
  2. Ooty one restaurant
  3. Persatuan Kwongsai NS (bangunan 1981)
  4. Persatuan NS tham clans men & Thong thai hin ent (bangunan 1981)
  5. Klinik pakar balen (pakar perut usus dan hati)
  6. Agensi penghantaran kargo BIN DAWOOD
  7. Pusat muzik sahana (bangunan 1969)
  8. Minas pusat latihan computer (bangunan 1919)
  9. Restoran sima (bangunan 1919)
  10. Pusat muzik doremi (bangunan 1976)
  11. Restoran queen (bangunan 1990)
  12. Pusat computer microware (bangunan 1921)
  13. Fujifilm sekuntum studio
  14. Pusat fotostat sastronic
  15. YJ marketing
  16. Kedai sukan b.strong
  17. Hotel nam leow
  18. Kedai emas AMB
  19. Kedai gunting rambut Huresh
  20. Tune talk kedai alat telko
  21. Kedai alat jahitan jaya (bangunan 1920)
  22. Public bank dan persatuan perniagaan getah negeri sembilan (bangunan 1956)
  23. Agensi nombor ramalan
  24. Kedai jam dan pen chuah cheong
  25. Restoran bidara curry
  26. Expo pusat kasut NS

BAHAGIAN KIRI


  1. Lucky plaza
    1. Syarikat insuran
    2. Agen pelancongan
    3. Kelas piano
    4. Kedai dvd
    5. Klinik Samuel
    6. Klinik gigi
  2. AIA bank
  3. AM bank
  4. Bangunan UOB (united overseas bank)
  5. Hotel angsana inn
  6. OCBC bank
  7. Restoren hung wan
  8. Kedai alat telko digi
  9. Pusat alat computer HS sukan
  10. Dr Mosais vinegar
  11. LMS handicraft (barang pengantin)
  12. Yee kee beef noodles
  13. Leviniaya Jewellery
  14. Farmasi wangsa
  15. Pusat tuisyen cemerlang seremban
  16. Tan kang hai transport co ltd
  17. Kedai cermin hawang
  18. Menara JCS

Antara Kedai-Kedai Yang Sempat Ditemubual


1.      Kedai Kunci Mr Tan

      Encik Tan seorang peniaga anak kunci, tombol pintu dan pendua kunci. Beliau telah meniaga di Jalan dato’ Lee fong yee selama 8 tahun. Seremban merupakan satu bandar kecil. Dalam masa sepuluh tahun, tidak banyak perubahan yang berlaku. Mr tan lahir di Seremban. Jalan Dato Lee Fong Yee ini dipenuhi dengan orang india kerana orang china semuanya bergerak ke Seremban 2 manakala orang Melayu kebanyakannya mencari rezeki di Senawang.

      Ini semua kerana pemerintahan. Kerajaan tidak jalankan sebarang perubahan keatas daerah ini. Seremban mempunyai tiga jalan besar dan sembilan lorong. Dari dulu hingga kini, tidak berubah. Cuma, perubahan yang dating dari segi astro, dulu kampung, sekarang seremban sudah menjadi sebuah pekan.

      Bangunan yang terdapat di jalan ini semuanya merupakan seni bina inggeris. Peninggalan jajahan inggeris suatu masa dahulu. Jalan sepanjang jalan ini memang sibuk kerana ada kedai makan dan bank. Apabila disoal tentang apa yang menarik di seremban, mr tan menjawab, tiada.

      Seremban merupakan pekan kecil di tengah-tengah antara kuala lumpur dan Melaka. Kedua-duanya merupakan tempat yang popular, jadi Seremban hanya sekadar satu laluan sahaja. Encik tan menganggap, pembangunan seremban sangat perlahan kerana kerajaan tidak mengambil kesempatan membangunkan pantai Port Dickson. Pantai yang panjangnya lebih kurang 12 batu itu kotor. Kalaulah pantai tersebut dicantikkan dan dijaga dengan baik, pasti pekan seremban akan menjadi tempat persinggahan.



2.      Kedai Alatan Sembahyang En Suresh

      Perniagaan beliau ialah menjual peralatan sembahyang (santhaas wf craft). Beliau seorang india beragama hindu. Menjual peralatan sembahyang bagi semua agama termasuk kristian, hindhu, budha, dan agama islam. Beliau telah berniaga lebih kurang 3 minggu. Tetapi perniagaan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan memandangkan kedai menjual peralatan sembahyang hanya ada satu dan kedai beliau terletak berhadapan dengan gereja.

      Bahagian jalan Dato lee fong yee ini, majority peniaga adalah masyarakat india tetapi berbilang agama. Kedudukan masjid, gereja dan kuil yang tidak terlalu jauh dan masyarakat india disini semuanya peramah dan tidak memandang agama. Setelah lebih kurang sebulan tinggal di Seremban, beliau menganggap mercu tanda seremban adalah gereja besar (church of the visitation). Semua orang dari Kuala Lumpur akan melalui jalan besar di hadapan gereja tersebut dan kemudian akan lalu di sebelah padang, kuil dan juga masjid.

3.       “Seremban Little India”


      Semasa menjalankan kajian di Bandar Seremban, kami telah menemu-bual beberapa buah kedai yang terdapat di sepanjang jalan. Kawasan yang sempat kami terokai merupakan kawasan ruang perniagaan masyarakat india. Kawasan tersebut dinamakan sebagai “Seremban Little India”. Antara kedai yang berjaya kami temu ramah ialah kedai menjual pakaian kaum india yang terletak di bangunan yang dinamakan Yusof Building. Menurut pemilik kedai berkenaan, mereka baru sahaja memulakan perniagaan tersebut selama 6 bulan yang lalu. Menurutnya, sewa bulanan yang dikenakan adalah RM 1800 sebulan tidak termasuk bil elektrik dan bekalan air. Perniagaan mereka tertumpu kepada menjual pakaian tradisional kaum india.



4.      Kedai Aksesori Puan Ramlah

      Seterusnya, kami melawat ke kedai aksesori wanita yang terletak sebaris dengan kedai pakaian tradisional tersebut. Kedai yang dimiliki oleh Puan Ramlah Binti Omar ini sudah beroperasi selama 3 tahun. Menurut beliau, kawasan ruang perniagaan tersebut memang sangat sibuk terutamanya jika menjelang hari perayaan. Terdapat juga ahli-ahli politik yang datang berkunjung ke setiap kedai semasa hari perayaan dengan memberikan beberapa buah tangan seperti biskut-biskut, keropok dan kuih-muih kepada pemilik kedai. 
Lampiran.

Gerbang Seremban


Bangunan Yusaof dan Seremban Littla India

Papan Tanda ke Masjid Seremban



Antara Deretan Kedai Sepanjang Jalan


Supermarket Seremban


Dewan Perbandaran Seremban


Mercu Tanda Seremban di stesen kereta api

 Gereja Seremban

Selasa, 1 Januari 2013

Image Of The City dan The Death and Life Of Great American Cities





Rumusan :

 The Image Of City oleh Kevin Lynch.

           Setiap individu mempunyai pandangan atau gambaran masing-masing berkaitan ‘bandar’ yakni satu pewakilan visual yang memacu kehidupan seharian dan makna yang muncul berasaskan gambaran itu sendiri. Kajian tentang sampel-sampel imej ini membantu perancang membezakan imej awam bandar mereka. Ini boleh dinilai dari segi identiti iaitu apa yang membuatkan imej tertentu ini unik di kalangan bandar-bandar, struktur, bagaimana imej itu terbentuk ruang, dan makna serta nilai yang terdapat pada imej tersebut. Perancang perlulah peka terhadap makna imej kerana ianya membawa perbezaan yang terlalu banyak dalam masyarakat majmuk. Mereka seharusnya menumpukan kepada struktur dan identiti, dan kerja-kerja ke arah meningkatkan kemampuan imej bandar sekali gus membantu masyarakat yang tinggal didalamnya.

Buku ini ada menyebutkan tentang tiga bandar moden iaitu Boston, Jersey dan Los Angeles dan temuramah penduduk telah dilakukan secara meluas berkaitan dengan pandangan imej dibandar mereka sendiri. Dapatan kajian menyatakan Boston dipenuhi dengan identiti tetapi mereka terkeliru dengan struktur, Bandar Jersey pula kekurangan identiti dan struktur yang jelas. Manakala, Los Angeles pula telah dibina dengan struktur yang rasional tetapi masih kekurangan jenis identiti setempat yang perlu dinavigasi melaluinya. Imej-imej bandar berbeza secara jelas dan meluas dengan melihat bagaimana imej tersebut diletakkan dalam peredaran masa contohnya Boston yang membenarkan untuk jauh daripada konteks sejarah.

Manusia boleh menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan tetapi terdapat strategi reka bentuk yang boleh membuat orientasi bandar lebih mudah. Bagi tujuan kajian, elemen-elemen reka bentuk boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu laluan, tepi, daerah, nod, dan mercu tanda.

Laluan iaitu jalan pengangkutan utama bandar dan yang paling biasa menjadi laluan masyarakat. Laluan ini boleh dibezakan dan diingati melalui pelbagai variasi reka bentuk dan persekitarannya. Untuk mengelakkan kekeliruan ,laluan seharusnya mempunyai hierarki jalan yang jelas dan dilalui dengan kerap oleh masyarakat. Setiap jalan tidak semestinya perlu bentuk lurus tetapi mesti bergerak ke satu arah yang umum dan mempunyai kecerunan pergerakan untuk berkomunikasi. Laluan haruslah mempunyai tempat yang jelas begitu juga mercu tanda disepanjang laluan tersebut.

Pinggiran menyediakan ruang yang jelas berbeza dalam unsur-unsur bandar. Semakinjelas sesuatu visual, seperti pantai atau taman sebelah, lebih baik. Tepi boleh menjadi kuat, tetapi perancang mesti memastikan mereka masih dapat cukup difahami untuk membenarkan hubungan di sekitar elemen pinggiran.

Daerah yang agak besar kawasan yang mempunyai identiti yang cukup untuk dinamakan. Setiap daerah perlu diasingkan daripada orang lain melalui petunjuk, tema visual. Daerah sering ditakrifkan dari segi penggunaan kelas atau khas juga. Beberapa daerah adalah sunyi  dengan sempadan yang jelas dan  eksklusif, manakala yang lain adalah extroverted, lebih terikat dengan corak keseluruhan bandar.


Nod adalah lokasi tepat yang memerlukan perhatian tambahan dari pemerhati, biasanya simpang di sepanjang rangkaian laluan atau stesen transit. Nod harus dihadkan dan dibuat berbeza melalui pinggiran dan mercu tanda.  

Mercu tanda adalah apa-apa yang menonjol yang boleh membantu pemerhati mengorientasi diri sendiri. Ia boleh menjadi mewah danmempunyai  visual menarik, atau ia hanya boleh menjadi latar depan yang jauh berbeza dengan latar belakang.


Terdapat sepuluh reka bentuk kualiti penting yang terpakai bagi setiap elemen:

1. Ketunggalan. Sharp berbeza boleh digunakan untuk menarik perhatian.

2. Kesederhanaan. Borang harus mudah dibayangkan bentuk geometri.

3. Kesinambungan. Elemen individu mesti difahami secara keseluruhannya.

4. Dominasi. Beberapa elemen menonjol dari yang lain.

5. Kejelasan Bersama. Menekankan persimpangan strategik dan sempadan.

6. Pembezaan berarah. Asimetri boleh membantu pemerhati mengesan arah.

7. Skop visual. Tempat di mana gambar yang lebih besar boleh diambil masuk

8. Kesedaran gerakan. Buat pengembara visual sedar kelajuan seseorang.

9. Siri Masa. Merekabentuk "melodi" dalam siri yang dialami dari masa ke masa.

10. Nama dan makna. Sifat-sifat bukan fizikal yang meningkatkan ciri-ciri reka bentuk




The Death and Life Of Great American Cities.

                 Dalam buku The Death and Life Of American Cities ,Jane Jacobs telah mengkritik perancang rasionalis terutama Robert Moses pada tahun 1950an dan 1960 yang menyifatkan perancang bandar moden merencatkan imej bandar kerana ianya meruntuhkan masyarakat yang tinggal dalam satu lingkungan komuniti bandar.Perancang modenis menggunakan penaakulan deduktif untuk mencari prinsip-prinsip yang digunakan untuk merancang bandar-bandar. Antara dasar-dasar yang paling tegas ialah pembaharuan bandar, yang paling lazim ialah dan adalah pemisahan kegunaan (iaitu, kediaman, perindustrian, perdagangan). Polisi ini, beliau mendakwa, memusnahkan masyarakat dan ekonomi inovatif dengan mewujudkan pemencilan, kawasan bandar yang luar biasa.


Di tempat mereka Jacobs menganjurkan "empat penjana kepelbagaian": "keperluan bagi keempat-empat syarat adalah titik yang paling penting buku ini iaitu:

a)       Kegunaan Campuran, mengaktifkan jalan-jalan pada masa yang berlainan hari

b)      Blok pendek, membenarkan kebolehtelapan yang tinggi pejalan kaki.

c)      Bangunan daripada pelbagai peringkat umur dan negeri-negeri pembaikan.

d)     Ketumpatan.


 Idea yang dikemukakan oleh beliau bertentangan dengan perancang bandar moden. Beliau sering mengatakan bahawa Greenwich Village New York sebagai contoh masyarakat bandar yang bertenaga. Kampung tersebut sama seperti di kebanyakan komuniti, sekurang-kurangnya melakukan pemelihara persekitaran walaupun cuma di sebahagian. Buku ini juga memainkan peranan utama dalam pembangunan bandar Toronto di Kanada, di mana Jacobs telah terlibat dalam kempen untuk menghentikan Lebuhraya Spadina.