Sabtu, 21 Mac 2015

Kosmetik Bertoksik?


Salam semua, dah lama saya tak update belog ne ,dekat 6 7 bulan jugak rasanya. Hah lamakan, rasanya kalau tanam jagung dah boleh makan hasilnya 3 4 kali.. kah 

Sebenarnya hati saya  tergerak nak update belog ne after i read this article from Kosmo! Online, pasal kecantikan dan kesihatan iaitu bahan-bahan kosmetik yang kita gunakan hari ini terlalu banyak yang mengandungi kandungan toksik. Sekarang ne, masyarakat kita sangat mementingkan penjagaan kulit, iyelah kite kan tinggal kt negara yang panas sepanjang tahun opkos lah kulit pun coklat semacam jeee(macam saya lah . kah !). So banyak lah lambakan produk-produk kesihatan di pasaran yang menjanjikan putih seawal 7 hari, ada jugak yang boleh putih seawal 3 hari... hah, ko hado? 

Sama ada kita sedar atau pun tidak, produk-produk tue semua tak semua baik untuk kita. Mungkin mula-mula pakai nampak cantiklah but dalam jangka masa yang panjang, who knows effect dy kt badan kita kan. 

Produk dekat pasaran ne perlu kelulusan KKM, kalau xde kelulusan KKM takut bahan-bahan yang terkandung dalam produk tersebut mengandungi bahan-bahan toksik yang tinggi. So risiko untuk kita dapat penyakit tue amatlah tinggi. 

Kadang-kadang kita tak tahu pun produk tersebut merbahaya, after been used it for years baru kluar kt newspaper, iyo dok? .. So sebagai langkah berjaga-jaga, kita perlu banyak makan timun, jagung, brokoli dan jus delima iaitu makann jenis beralkali bagi membersih dan mengurangkan sisa toksik dalam badan kita . So lepas ne, make sure u all kasi penuh peti ais tue dengan timun yee ... Sekian.