SKAD 1273: Reruang dan Pembangunan
Peristiwa Tahun 1951 Hingga
1976.
Berdasarkan tahun
yang disebutkan oleh responden , Puan Rahmah Binti Johor daripada temu bual
sebelum ini iaitu tahun 1951 dan 1976,
terdapat beberapa peristiwa yang berlaku diseluruh dunia pada ketika itu sama
ada dalam atau luar negara. Responden menyebut tahun 1951 kerana tahun tersebut
merupakan tahun kelahirannya, manakala pada tahun 1976 pula kemudahan elektrik
telah pun dinikmati oleh beliau sekeluarga. Melalui kajian ini, dapatlah saya
simpulkan bahawa beliau berkemungkinan tidak mengetahui apa-apa peristiwa yang
berlaku pada tahun 1951 di dalam dan luar negara tetapi tidak mustahil pada
tahun 1967 kerana bekalan elektrik sudah terdapat dikampung beliau. Maka,
sepanjang dua tahun tersebut, segala peristiwa atau kejadian yang melibatkan
perubahan persekitaran ruang budaya dan sosial mungkin diketahui atau tidak
oleh responden sama ada didalam atau luar negara atau ruang lingkup beliau.
Mengambil asas tahun 1951 dan 1976 , terdapat beberapa peristiwa yang berlaku
berdasarkan kajian saya.
Dalam negara.
4 Februari 1951
Seorang wakil dari Kuala Pilah, Negeri
Sembilan telah mencadangkan agar slogan Hidup Melayu ditukarkan kepada Merdeka,
sewaktu Persidangan Agung UMNO di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak
diadakan.
23 dan 25 Mac 1951
Persidangan Agung UMNO Setengah Tahun diadakan
di Majestic Hotel, Kuala Lumpur telah meluluskan slogan Merdeka sebagai seruan
rasmi UMNO.
Jun 1951
Pada November 1950, Dato Onn bin Jaafar
membuat cadangan untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu dan
mengubah nama UMNO kepada United Malayan Organization. Beliau mahukan
orang-orang Melayu bersifat terbuka dan menerima pendekatan baru dalam politik
yang bersifat Malayan. Penglibatan beliau dalam RIDA dan Ahli Dalam Negeri
telah mendedahkan beliau kepada dasar pentadbiran British yang ingin
meMalayankan Tanah Melayu. Beliau bimbang orang Melayu akan terpencil dalam
arus pembangunan ekonomi penjajah jika tidak bersikap terbuka. Bagaimanapun
UMNO tidak dapat menerima idea Dato Onn bin Jaafar dan tidak yakin bahawa semua
dasar UMNO akan dapat diputuskan bersama ahli berbagai kaum serta mendatangkan
faedah kepada orang-orang Melayu.
25 dan 26 Ogos 1951
Persidangan Agung UMNO diadakan di Hotel
Majestic, Kuala Lumpur. Dato Onn bin Jaafar mengambil keputusan meninggalkan
UMNO dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dipujuk untuk bertanding jawatan Yang
DiPertua oleh Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
dipilih menjadi Yang DiPertua UMNO mengalahkan Haji Ahmad Fuad, manakala Tun
Abdul Razak bin Dato Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua.
Dunia.
13 Julai 1951
Bencana banjir
kilat yang besar berlaku di Kansas,Amerika Syarikat. Dalam bencana tersebut
seramai 24 orang telah terkorban dan bencana ini telah mengakibatkan kerugian
sebanyak US$760.
Misteri Segi Tiga
Bermuda 1951
Pelayaran
Christopher Columbus di kawasan Lautan Atlantik melintasi Segi Tiga Bermuda
telah merakamkan detik-detik yang tidak masuk dek akal kerana peralatan
navigasinya tidak berfungsi sepanjang berada dikawasan berkenaan. Istilah Segi Tiga
Bermula muncul kerana Miami, Puerto Rico dan Bermuda membentuk kawasan segi
tiga di lautan tersebut yang mempunyai tenaga elektromagnet yang kuat. Berbagai
peristiwa kehilangan kapal yang dilaporkan semasa melalui Segi Tiga Bermuda
antaranya kapal SS Suduffco hilang dalam cuaca buruk tahun 1926, Pesawat British York transport lenyap
bersama 33 orang penumpang dan kapal Jerman, Anita hilang dengan anak kapal
seramai 32 orang pada 1972. Peristiwa kehilangan kapal didokumentasikan buat pertama
kalinya pada tahun 1951 oleh E.V.W Jones dari majalah Associated Press. Ini
diikuti dengan pengeluaran artikel oleh beberapa individu antaranya Vincent
Geddis pada tahun 1964 yang menyatakan bahawa segi tiga berkenaan sebagai
kawasan yang mati. Secara saintifiknya,
bagi menjelaskan misteri kehilangan kapal
layar dan pesawat di Segi Tiga Bermuda adalah disebabkan oleh
terdapatnya medan graviti yang kuat iaitu medan graviti berbalik dan anomali
magnetik graviti. Segi Tiga Bermuda antara kawasan yang mempuyai medan graviti
yang kuat di bumi selepas Makkah. Maka apabila kapal melaluinya ,kompas dan
navigasi perkapalan elektronik menjadi tidak seimbang dan bergerak tidak normal
disebabkan kekuatan elektromagnet graviti itu sendiri.
Dalam negara.
Tragedi 6 Jun 1976
Ketua Menteri
Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens yang terkorban dalam nahas udara paling buruk
dalam sejarah Sabah pada 6 Jun 1976. Seramai 11 orang terkorban dalam tragedi
Pesawat Nomad tersebut termasuk juruterbang yang terhempas di Perairan Sembulan
. Ketua Menteri Sabah ketika itu ialah Tun Mohd Fuad Stephens bersama 10 yang
lain termasuk 3 menteri kabinet terkorban dalam nahas udara paling buruk dalam
sejarah Sabah.
Dunia.
Gempa Bumi Tangshan 1976.
Satu peristiwa
hitam dalam sejarah dunia dicatatkan pada 7 Julai 1976 apabila gempa bumi meletus
di China. Gempa yang dianggap antara
paling buruk abad ke-20 itu berlaku kira-kira 03.42 pagi telah menggegarkan
penghuni di Tangshan, Hebei. Dianggarkan hampir 255 000 ribu orang terkorban
dalam bencana alam yang tidak dapat dielakkan ini. Gempa bumi pada 8.0 skala
richter ini berlaku pada pagi hari dan disusulan gempa seterusnya pada 7.8
skala richter 16 jam kemudian.