KAJIAN KES: EKO-PELANCONGAN DI SEMPORNA
Strategi Pemasaran Pelancongan
Perkembangan pelancongan yang berkesan di pengaruhi oleh strategi
pemasaran yang dilakukan. Menurut Philip Kotler (2003), pemasaran ialah proses
sosial yang dilakukan oleh individu atau sesebuah kumpulan untuk mendapatkan
kehendak dan keperluan melalui penawaran, permintaan dan pertukaran barang dan
perkhidmatan. Manakala Pertubuhan Pemasaran Amerika Syarikat (AMA 2004) pula mendefinisikan
pemasaran sebagai fungsi organisasi dan suatu proses ke arah penciptaan,
komunikasi dan penyampaian kepada pengguna dari segi keperluan dan kehendak
melalui proses pertukaran barangan yang mana ia dapat memberi manfaat kepada
organisasi dan pihak (stakeholder) yang terlibat. Dalam konteks pemasaran
pelancongan pula, Morrison (2004) mentakrifkan pemasaran seperti berikut :
“A continuous sequential process through which management in the
hospitality and tourism industry plans,
researchers, implements, controls, and evaluates activities designed to satisfy
both customer’s needs and wants and their own organisation’s objectives.”
Menerusi
definisi tersebut maka dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti pemasaran dalam
pelancongan melibatkan pengurusan yang sistematik iaitu dari perancangan,
penyelidikan, pelaksanaan, kawalan dan penilaian aktiviti yang direka. Aktiviti
pengurusan memerlukan keperluan dan kehendak pelancong dan pihak yang terlibat
sama dipenuhi berdasarkan objektif masing-masing.
Proses
pemasaran melibatkan beberapa elemen yang penting. Kombinasi elemen tersebut
dikenali sebagai Campuran Pemasaran atau “Marketing Mix”. Perreault dan
McCarthy mencadangkan beberapa elemen tersebut iaitu Model 4P yang terdiri
daripada Harga (Price), Produk (Product), Tempat (Place) dan Promosi
(Promotion). Strategi pemasaran ini sering digunakan dalam mana-mana organisasi
kerana konsepnya yang mudah di fahami dan sangat berkesan. Namun, sebenarnya
model ini lebih bersifat pemasar dan bukan pengguna. Ini bermakna ia adalah
menurut perseptif pengeluar semata-mata lantaran itu bagi melengkapi model
tersebut Zeithaml, Bitner dan Gremler telah menambah tiga elemen yang lain ke
dalam model tersebut yang dikenali sebagai Model 7P. Selain 4P, elemen model
tersebut terdiri daripada Pihak terlibat (People), Proses (Process) dan Bukti
Fizikal (Physical Evidence).
Terdapat juga
Model 11P dalam strategi pemasaran yang dipelopori oleh Philip Kotler. Elemen
yang terdapat dalam model tersebut selain 4P ialah Kuasa (Power), Public
Relation), Penyelidikan (Probe), Segmentasi (Partition), Kedudukan (Position),
Keutamaan (Priorition) dan Pihak terlibat (People).
Aktiviti pelancongan di Sabah memiliki pelbagai potensi alam semula
jadi. Eko-pelancongan menjadi suatu tarikan utama terutama di sekitar kepulauan
yang ada di Semporna. Menurut C.Cooper (1996), terdapat tren ke arah
pelancongan yang berasakan kepada alam semula jadi, kawasan semula jadi dan
berkisarkan pemuliharaan. Lokasi pilihan ekopelancongan yang utama di Semporna
ialah Pulau Sipadan, Mabul, Kapalai dan beberapa lagi pulau yang popular. Lantaran
itu, pemasaran dalam bidang pelancongan memainkan peranan yang penting untuk mempromosikan
pelancongan berasaskan semula jadi ini.
i)
Produk
Aplikasi strategi
pemasaran 11P di Semporna akan mampu menjelaskan setiap peranan pihak yang
terlibat dalam industri pelancongan. Dalam pelancongan, komponen produk
melibatkan pemilihan dan bagaiman cara untuk mengembangkan barang dan perkhidmatan
yang betul. Sebagai penawar dalam ekonomi, produk pelancongan merujuk kepada
barang dan perkhidmatan yang nampak (tangible) dalam bentuk pertukaran. Perlu
diingat bahawa aspek produk bukan sahaja merujuk kepada perkhidmatan yang
ditawarkan malah turut melihat dari segi pengalaman pelancong. Tawaran aktiviti
eko pelancongan di Semporna sangat menarik dan pastinya memiliki keunikan yang
tersendiri seperti aktiviti menyelam scuba, menyelam, menyusur pulau-pulau,
lawatan ke tapak arkeologi, aktiviti memancing, acara regatta lepa, percutian
bulan madu dan merupakan syurga makanan laut.
Tarikan
Destinasi
|
Aktiviti
|
Menyelam
scuba
|
-
Aktiviti menyelam scuba di Pulau Sipadan merupakan antara yang
terbaik.
-
Melihat hidupan laut yang unik dan pelbagai seperti terumbu
karang, penyu dan berbagai jenis ikan.
-
Boleh didapati dalam pakej-pakej pelancongan seperti pelancongan
menyelam ke Pulau Mataking untuk 3 hari 2 malam, Billabong Scuba Mabul
Homestay serta pelbagai pakej pelancongan yang lain.
-
Beberapa lokasi yang menarik adalah seperti Eel Garden,Ray
Point,Panglima Reef,Lobster Wall,Nudibranch Centre,Crocodile Avenue dan juga
Coral Reef Garden.
|
Menyusur
pulau-pulau
|
-
Aktiviti menyusuri pulau-pulau disekitar Semporna seperti
Sipadan, Mabul, Kapalai, Bum-Bum dan sebagainya dengan menggunakan bot yang
disediakan
-
Melihat keunikan pulau-pulau.
|
Berkelah
di pantai
|
-
Pelancong boleh berkelah di tepi pantai sambil menikmati
keindahan pasir yang putih sambil berjemur di bawah sinaran matahari.
|
Tapak
arkeologi
|
-
Bukit Tengkorak yang terletak di Pulau Tampi-Tampi
-
Merupakan sebuah tapak arkeologi yang terpenting di Malaysia dan
Asia Tenggara hasil dari peyelidikan arkeologi yang menunjukkan Bukit
Tengkorak adalah salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar
sekali di Asia Tenggara pada zaman Neolitik.
|
Aktiviti
memancing
|
-
Berpeluang merasai pengalaman memancing bersama nelayan di
sekitar pulau perairan Semporna.
-
Antara pulau yang sentiasa menjadi tumpuan pemancing ialah Pulau
Siamil dan Pulau Manampilik
|
Regatta
Lepa
|
-
Merupakan acara tahunan yang diadakan setiap tahun pada bulan
April. Acara melayarkan bot layar kecil ini berasal daripada masyarakat Bajau
yang menjadi nelayan di perkampungan nelayan di Semporna dan sekitarnya.
-
Mempamerkan seni budaya masyarakat Bajau yang masih di amalkan
iaitu dari segi tarian igal-igal , pakaian dan bahasa.
-
Pertandingan utama adalah merebut gelaran 'Lepa Tercantik'.
|
Berbulan
madu
|
-
Pulau-pulau di Semporna masih lagi terpelihara keindahannya yang
pasti mempesonakan sesiapa sahaja dan amat sesuai kepada mereka yang
menginginkan pengalaman melancong yang romantis.
-
Ditawarkan bersama-sama pakej pelancongan di Pulau Mabul, Sipadan
dan Kapalai.
-
Terdapat beberapa pilihan untuk tinggal di resort seperti Mabul
Water Bungalow,Sipadan Mabul Resort,Sipadan Water Village, Borneo Divers
Mabul Resort.
|
Makanan
laut
|
-
Sememangnya Semporna menawarkan pelbagai jenis makanan laut yang
esotik seperti siput kahanga, sup payau, dan sebagainya seperti di Restoran
Tampi-Tampi.
|
ii)
Harga
Umumnya, menjadi fahaman bahawa harga melambangkan kualiti produk
namun dalam realiti pemasaran fakta tersebut tidak semestinya betul untuk
dijadikan asas perletakan harga yang strategik kerana aspek kepuasan atas harga
yang ditawarkan akan mempengaruhi pengalaman pelancong dari segi jangkaan dan
persepsi. Strategi penetapan harga menjadi penting di atas kesedaran pemasar
bahawa faktor harga berperanan dalam mempengaruhi pelancong untuk mendapatkan
sesuatu pakej pelancongan. Dalam aspek harga ini, pakej pelancongan yang
ditawarkan merupakan antara faktor kepada kunjungan para pelancongan dalam dan
luar negara. Pakej pelancongan kebiasaannya ditawarkan untuk dua hari tiga
malam yang terdiri daripada pelbagai jenis aktiviti sukan air. Pakej tersebut
juga bergantung kepada resort atau chalet. Contoh pakej pelancongan yang di
laman web yang menawarkan pelbagai jenis pakej:
Tempat
|
Harga
|
Sipadan
Water Village Resort, Pulau Sipadan
|
RM1320
Seorang
|
Reef Dive
Resort, Pulau Mataking
|
RM1260
seorang
|
Sipadan-Mabul
Resort
|
RM1917
seorang
|
Sumber: *Laman Web Pulau Sipadan
iii)
Tempat
Strategi penempatan memberi penekanan kepada aspek saluran
pengedaran produk yang berfungsi menyampaikan produk kepada pelancong sasaran.
Ianya melibatkan aktiviti perkhidmatan seperti transaksi, inventori, lojistik
dan kelengkapan fasiliti. Di samping itu, strategi ini juga perlu mengambilkira
faktor liputan pengedaran dan kebolehan kakitangan serta tahap perkhidmatan
mereka. Menawarkan produk yang betul, di tempat/lokasi yang betul dan pada masa
yang betul, adalah tujuan kepada strategi ini. Kesemua ini sangat bergantung
kepada keberkesanan saluran-saluran
pengedaran yang ditetapkan. Bagaimana produk ditempatkan di kalangan
pengguna, begitu jugalah penerimaan mereka. dalam konteks pelancongan di
Semporna, tentunya ia merupakan lokasi ekopelancongan yang strategi dan
menguntungkan. Aktiviti ekopelancongan yang ditawarkan adalah pelbagai kerana
lokasi pulau-pulau di Semporna terletak berdekatan antara satu sama lain
seperti Pulau Sipadan yang hanya terletak bersebelahan dengan Pulau Mabul.
Industri pelancongan perlu bijak mengatur strategi pemasaran kerana kedatangan
pelancong adalah di sebabkan oleh tempat pelancongan yang menjadi tarikan. Soal
jangkaan dan persepsi pelancong harus dititikberatkan. Lantaran itu, Semporna
merupakan sebuah destinasi pelancong yang mampu menawarkan kepuasan dan
pengalaman yang menarik kepada pelancong.
iv)
Promosi
Walaupun
terdapat anggapan bahawa produk yang berkualiti akan terjual dengan sendirinya.
Namun, dalam strategi mempromosi, pemasar melaksanakan aktiviti memperkenalkan
produk yang hendak ditawarkan kepada pengguna. Dalam usaha tersebut berbagai
kaedah promosi perlu dilaksanakan agar pengguna mengetahui, memahami dan
seterusnya membuat keputusan untuk menggunakan produk. Tanpa aktiviti promosi, pemasaran produk yang
berkualiti sekalipun tidak menjadi aktif dan industri sukar memperoleh tahap
kompetitif yang dikehendaki di pasaran. Untuk menarik pengguna membeli produk
bukannya tugas yang mudah. Mereka perlu dipengaruhi, bukan setakat di perkenal
sahaja. Mereka perlu diberi kesedaran hingga mereka merasa perlu untuk mendapatkan
produk yang ditawarkan.
Pengiklanan melalui media massa
utama, antara kaedah mempromosi yang termahal, menjadi pilihan industri yang
berkemampuan. Walaupun tahap keberkesanannya agak sukar diukur, tetapi yang
lebih penting di sini adalah faktor penyebaran maklumat produk yang meluas. Di
samping pengiklanan, kaedah promosi yang lain-lain boleh digunakan, sama ada
serentak mahupun berasingan, bersesuaian dengan objektif pemasaran serta
faktor-faktor seperti kos, peluang dan kebolehan berinteraksi yang lebih
terbuka dengan pelancong selaku pelanggan.
Aktiviti promosi pelancongan
giat dijalanakan sejak dahulu lagi. Dalam koridor pembangunan Sabah, aspek
pelancongan menjadi agenda yang penting ke arah mencapai taraf negeri yang maju
dengan wawasan untuk menjadikan negeri Sabah sebagai tempat kediaman yang
selesa dan paling diidamkan di Asia menjelang 2025. Umumnya promosi boleh
dibahagikan kepada dua bentuk iaitu melalui media cetak dan media elektronik.
Promosi media cetak adalah melalui pengedaran brosur-brosur dan pamplet
penawaran perkhidmatan seperti pakej pelancongan dan aktiviti sukan air. Namun,
dari segi media elektronik pula adalah menerusi laman web rasmi Sabah dan
Daerah Semporna. Laman web tersebut mempromisikan Pulau-pulau di Semporna
secara menarik dengan paparan imej yang sungguh unik dan menggambarkan suasana
sebenar aktviti yang di tawarkan. Maka, ini secara tidak langsung akan memberi
suatu kelebihan dari segi penciptaan jangkaan dan persepsi yang positif kepada
para pelancong. Selain itu, laman web seperti Visit Malaysia 2014 turut
mempromosikan Semporna dari segi sukan selam, makanan dan acara tahunan Regata
Lepa.
Selain itu, blog-blog yang
menawarkan pakej pelancong juga menjadi medium mempromosikan Semporna. Dari
segi promosi secara tak langsung pula adalah melalui kunjungan ke blog-blog
pengalaman individu yang pernah berkunjung ke Semporna. Pada masa kini, sebelum
melancong ke mana-mana, individu gemar melakukan tinjauan secara alam maya ke destinasi pelancongan
bagi mendapatkan gambaran sebenar berdasarkan pengalaman orang lain. Aktiviti
promosi sememangnya menjadi elemen yang amat penting agar produk yang ingin
ditawarkan dapat dipromosikan menerusi saluran yang betul.
v)
Proses
Aspek proses pula merujuk kepada aliran kerja termasuk arahan dan
prosedur yang bertepatan bagi setiap aktiviti yang akan menentukan keberkesanan
dan kejayaan pemasaran. Proses merupkan kepada penyampaian perkhidmatan dan
pengurusan atau prosedur sebenar, mekanisme dan perjalanan sesuatu aktiviti
yang memerlukan kelancaran sepanjang ia di jalankan (Zeithaml, bBitner &
Gremler, 2006). Ianya juga adalah inisiatif yang strategik sesebuah industri
untuk memasukkan unsur ‘process’ ini ke dalam strategi pemasarannya. Melibatkan
urusan pentadbiran, latihan, perancangan, pengambilan dan penyampaian
perkhidmatan, ia juga penting agar proses pelancongan yang dirancang berjalan
dengan lancar.
vi)
Bukti Fizikal
Bukti fizikal adalah gambaran persekitaran dan ditentukan oleh
pihak penawar. Ia juga aspek ketara berkaitan dengan kualiti, lokasi dan
perbezaan antara produk pelancongan yang lain.
Foto 1.1
Kepelbagaian dan keunikan Pulau-pulau popular di Semporna
vii)
Pihak Terlibat
Pihak terlibat merupakan pihak yang telibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelancongan yang terdiri daripada pihak kerajaan, masyarakat dan industri pelancongan sendiri. Setiap pihak mempunyai peranan masing-masing dalam mengetengahkan potensi produk pelancongan.
a)
Peranan governan
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan merancang untuk
mempromosikan 'Pelancongan Dalam Asean' pada tahun hadapan selaras dengan
pelantikan Malaysia sebagai Pengerusi Asean 2015.Selain itu, salah satu
organisasi kerajaan yang berperanan dalam pelancongan ialah Kementerian Kementerian
Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar. Pelancongan Kebudayaan dan Alam
Sekitar ini memerlukan kerjasama dan input berterusan daripada semua pihak yang
terlibat dalam industri pelancongan untuk membolehkan kementerian menggubal
atau mengubah strategi mengikut keperluan semasa. Ini perlu untuk membolehkan
kementerian mengawasi dan meningkatkan taraf pelancongan negeri agar produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan menepati piawaian atau kehendak pelancong.
Melaksanakan promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 dengan lebih mantap agar lebih
berkesan. Kerjasama semua pihak, terutama sekali sektor swasta sebagai pengerak
dalam pembangunan pelancongan amat penting untuk memastikan pembangunan dan
hala tuju sektor ini dapat dicapai serta membolehkan kerajaan amnya dan
kementerian khasnya melaksanakan tugas dan peranannya dengan lebih efektif. Penting
bagi memastikan sektor pelancongan negeri mampu berkembang dan berdaya saing. Dengan
itu, penubuhan Majlis Perun-dingan Pelancongan Negeri (MPPN) dapat mewujudkan satu saluran perhubungan atas prinsip
perundingan di antara stakeholder industri pelancongan iaitu pihak kerajaan,
swasta dan pertubuhan bukan kerajaan. MPPN juga akan menjadi saluran untuk
kerajaan mendapatkan pandangan daripada orang awam yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam sektor pelancongan bagi merancang strategi
serta mengenalpasti potensi pelaburan dalam sektor ini untuk memantapkan lagi pembangunan
pelancongan di Sabah. Selain itu, fungsi MPPN merangkumi semua aspek di bawah
industri pelancongan seperti pelaburan, kemudahan, infrastruktur dan
perkhidmatan. Peranan pihak kerajaan amat penting untk memastikan sektor
pelancongan terus menjadi penyumbang ketiga selepas pertanian dan pembuatan
(Koridor Pembangunan Sabah).
b Peranan masyarakat.
Dalam konteks kajian ini, masyarakat merujuk kepada komuniti utama
yang tinggal di Semporna dengan mempunyai peranan sama ada terlibat secara
langsung atau tidak. Segala perancangan pembangunan pelancongan seharusnya
pihak komuniti menerima limpahan positif dari segi ekonomi terutamanya. Di
Semporna majoriti penduduknya terdiri daripada orang Bajau dan Suluk yang
rata-ratanya masih lagi tidak mempunyai pendidikan sempurna bekerja sebagai
nelayan untuk menyara hidup. Komuniti pesisir laut ini masih lagi mengekalkan
cara hidup yang tradisional.
Dari perspektif positif, tentunya komuniti ini
mempunyai peranan tidak langsung iaitu dari segi pengekalan nilai-nilai budaya
dan adat resam dapat dijadikan sebagai suatu tarikan pelancong budaya. Hal ini
demikian, selain menerima tempias pelancongan dari sudut ekonomi, para
pelancong dapat melihat sendiri cara hidup komuniti ini seperi makanan tradisi,
pertuturan, pakaian tradisi dan tarian igal-igal. Malah tarian igal- igal ini
telah dijadikan salah satu produk tarikan pelancong iaitu acara Regatta Lepa
yang di adakan pada bulan April setiap tahun.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pelancongan itu tidak seharusnya
bergantung kepada industri dan governan tetapi juga peranan komuniti sebagai
suatu elemen budaya pelancongan yang tersendiri.
c Industri Pelancongan
Dari segi industri pelancongan pula, kualiti perkhidmatan yang
ditawarkan amat penting. Ini penting untuk memastikan Semporna sebagai
destinasi pelancongan berasaskan semula jadi terus menjadi pilihan pelanconga
antarabangsa. Lantaran itu dari segi penawaran perkhidmatan, cita rasa
pelancong antarabangsa harus dititkberatkan sebagai sasaran dalam pelancongan.
Perkhidmatan dari segi layanan oleh pekerja perlu di pertingkatkan dari masa ke
semasa. Pekerja perlulah memiliki pengetahuan yang diperlukan pelancong, dari
segi pemakaian dan pertuturan pula haruslah melambangkan budaya Malaysia itu
sendiri, mendapat latihan profesional bagi meningkatkan kecekapan kerja dan
yang pealing penting memiliki kemampuan untuk bertutur dalam bahasa asing. Industri
pelancongan tidak semata-mata penawaran dari segi perkhidmatan yang nampak
tetapi juga perlu menitikberatkan tentang peranan pekerja bawahan yang
menentukan kualiti perkhidmatan pelancongan yang diberikan.
Rumusan
Secara kesimpulannya, pelancongan di Semporna memiliki potensi yang
cukup besar dalam ekonomi negara khasnya. Eko pelancongan bukan sahaja
berkelebihan dari segi penawaran alam semula jadi tetapi juga pemeliharaan dan
pemuliharaan yang hidupan marin di Semporna. Justru, pemasaran pelancongan itu
melibatkan penawaran produk dan perkhidmatan. Bagi kawasan kajian sendiri,
Semporna diiktiraf sebagai pusat pelancongan yang mampu meraih pelancong dalam
dan luar negara. Produk ekopelacongan yang mendapat sambutan adalah aktiviti
menyelam scuba. Faktor tarikan pulau-pulau di Semporna adlah di sebabkan adanya
aktiviti menyelam scuba yang enjadi tarikan utama pelancongan terutama
pelancong luar. Hal ini demikian kerana mereke gemar melihat khazanah laut yang
indah di dasar laut yang mempunyi pelbagai keunikan tersendiri.
Menurut Shanti
(2002), Mabul dan Sipadan telah meletakkan Malaysia sebagai detinasi menyelam
scuba setaraf dengan destinasi yang terdapat di Laut Merah, Laut Mideterranian,
Maldives, Papua New Guines dan Laut Caribbean. Penawaran produk yang berkualiti
sebegini akan memberi kepuasan kepada para pelancong. Hal ini demikian kerana
dalam Diving Magazine (1996) sendiri melaporkan bahawa pinggir laut Mabul yang
landai sehingga 30 meter menjadi habitat flora dan fauna yang unik dan esotik.
Malah ada spesis yang sebelum ini jarang ditemui ditempat lain namun ditemui di
tempat ini. Produk eko pelancongan yang pelbagai dan bersifat berbeza antara
tempat pelancongan yang menarik menyebabkan pulau-pulau di Semporna tidak rugi
untuk dikunjungi.
Pemasaran
pelancongan juga melibatkan aspek nampak(tangible) dan tak nampak (intangible).
Aspek intangible merujuk kepada elemen fizikal yang ditawarkan oleh industri
yakni dari segi tarikan destinasi, kemudahn dan infrastruktur, ketersampaian,
imej dan harga. Semua elemen ini telah dan sedang dipertingkatkan dari masa ke
semasa agar setaraf dengan cita rasa pelancong antarabangsa khususnya. Dari
aspek tak nampak pula, pelancongan di Semporna masih lagi berlatar belakang
masyarakat tradisional pesisir pantai. Ciri-ciri budaya yang diperlihatkan oleh
suku kaum Bajau dan Suluk menjadi suatu kelebihan kepada pelancong yang tidak
pernah merasai pengalaman budaya ini. Secara tidak langsung ia telah dijadikan
sebagai suatu aktiviti pelancongan yang menarik kerana majoriti pelancong asing
yang datang adalah dari negara Jermna, Perancis, Itali, Sepanyol, Amerika
Syarikat, Jepun dan Korea Selatan. Aktiviti pelancongan yang boleh dijadikan
tarikan adalah seperti melintas kampung-kampung di sekitar pulau-pulau
berdekatan, melihat cara hidup mereka yang secara umunya masih lagi hidup dalam
kemiskinan dan kedaifan jika dilihat dari segi fizikal perumahan dan sanitasi
mereka. Namun komuniti ini masih lagi hidup dengan gembira dan harmoni.
Dari aspek tak
nampak yang lain pula, perkhidmatan layanan yang diberikan turut memainkan
peranan yang penting kepada pelancong. Ia penting untuk mencipta suatu
pengalaman melancong yang berharga. Industri perlu memahami istilah jangkaan
dan persepsi pelancong kerana ia akan memberi kesan dari segi pengalaman contoh
kepada pelancong yang lain. Ini
bermakna, sekiranya kualiti perkhidmatan yang diberikan adalah terbaik maka
tentunya pelancong lain akan turut berpusu-pusu datang ke Semporna.
Selain itu,
aspek pihak yang terlibat juga akan menentukan kejayaan strategi pelancongan di
sesebuah destinasi pelancongan. Pihak yang dimaksudkan ialah governan, industri
dan komuniti tempatan. Umumnya, peranan governan dalam sektor pelacongan di
Sabah amat penting. Kerajaan komited ke arah memasarkan Sabah sebagai destinasi
percutian kediaman yang eksklusif. Semporna yang masih mengekal keaslian dan
keindahan semula jadi alam sekitarnya berbeza dengan pulau-pulau seperti Bali
dan Phuket kerana pulau-pulau ini telah di cemari oleh pembangunan berlebihan,
pembinaan beribu-ribu vila percutian sejak beberapa dekad kebelakangan ini (Koridor Pembangunan Sabah).
Manakala
dari aspek industri pula, perkara yang perlu dipertingkatkan ialah pengambilan
tenaga kerja yang mahir dan mencukupi bagi hotel dan kemudahan yang berkaitan
terutama pada peringkat pengurusan pertengahan dan tinggi, pemandu
pelancong/pakar alam semula jadi yang mahir dan kemahiran berbahasa. Hal ini
demikian kerana, perkhidmatan yang memberi kesan kepada pelancong adalah
tarikan destinasi, pengangkutan awam, penginapan, saluran M&M , runcit dan
hiburan serta pengendalian pelancongan. Dari sudut komuniti pula, langkah
menggalakkan penyertaan luar bandar melalui pelancongan berasaskan komuniti
amat sesuai dengan iklim ekonomi di Semporna yang berasaskan perikanan.
Pelancongan berasaskan komunit bertujuan agar masyarakat luar bandar juga dapat
menikmati hasil yang diraih daripada sektor ini.
Pemasaran
pelancongan juga perlulah menitikberatkan kehendak pasaran. Seperti yang telah
dinyatakan sebelum ini, wujud tren ke arah pelancongan yang ekskludif dengan
memfokuskan alam semula jadi dan berkisarkan pemuliharaan. Malah berdasarkan
statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen (2008) majoriti pelancong
yang berkunjung ke Sabah lebih ramai daripada luar negara iaitu seramai
2,478,443. Kedatangan mereka dalah satunya didasari oleh produk eko pelancongan
yang bertaraf anarabangsa di Semporna.
Kesimpulannya, pemasaran pelancong yang berkesan melibatkan produk dan
perkhidmatan, aspek ketara dan tak ketara, pihak yang terlibat dan haruslah
berorientasikan pasaran yang perlu dilaksanakan secara bersepadu dan konsisten
dari masa ke semasa.
Rujukan
Cathy Hsu et.al. 2008. Tourism Marketing: An Asia Pasific
Perspective. John Wiley & Sons Australia Ltd. Australia.
David Weaver. 2008. Ecotourism. Edisi Kedua. John Wiley
& Sons Australia Ltd. Australia.
Drs Oka A.Yoeti. 1988. Pemasaran Pelancongan. Dewan Bahasa
dan Pustaka. Kuala Lumpur.