`LEBIHAN EKONOMI
Lebihan ekonomi
ialah satu kajian ekonomi berdasarkan konsep sesuatu ekonomi beroperasi pada
tahap asas pengeluaran lebihan ke atas keperluan asas. Terdapat juga pilihan
dimana sama ada sesuatu produk itu perlu dikeluarkan atau pun tidak. Lebihan
ekonomi bermula apabila sesebuah ekonomi yang pada mulanya dapat menghasilkan
sesuatu pengeluaran melebihi keperluan masyarakat, maka wujudlah lebihan ke ataspengeluaran
tersebut.
Ekonomi sering
kali dikaitkan dengan masalah bagaimana sesuatu sumber yang terhad dapat
diagihkan dengan sekata, terhad kerana kehendak adalah dianggap tidak terhad.
Lebihan ekonomi menyatakan bahawa walaupun sumber adalah terhad tetapi terdapat
juga lebihan sumber dalam ekonomi. Ini merupakan satu masalah ekonomi kerana
terdapat perbezaan dari satu aspek iaitu sekiranya kita memberi fokus terhadap
kehendak, maka tentunya sumber adalah terhad, tetapi sekiranya keperluan
dijadikan sebagai asas, maka sumber dianggap tidak terhad. Perbezaan antara
keduanya adalah diantara gambaran dan keadaan sebenar dalam ekonomi. Fokus kepada kehendak menggambarkan keadaan
pasaran bebas tetapi fokus terhadap keperluan pula merupakan keadaan sebenar
dalam ekonomi yang perlu dimulakan.
Lebihan
ekonomi adalah satu istilah dalam
perniagaan yang digunakan untuk menggambarkan beberapa situasi berbeza. Definisi
asas ekonomi lebihan ialah ianya merupakan satu aset kewangan sesebuah entiti
seperti pasaran , perniagaan, kerajaan ataupun individu yang melebihi liabiliti
kewangannya.
Bagi individu,
lebihan ekonomi boleh digambarkan melalui beberapa cara. Sekirannya seseorang
itu mempunyai amaun wang tertentu dalam simpanannya untuk hidup pada awal bulan
tetapi hanya membelanjakan separuh daripada wang tersebut sehingga habis bulan
maka baki daripada penggunaan wangnya itu dikira sebagai lebihan ekonomi. Walau
bagaimanapun, lebihan juga boleh digunakan dalam menerangkan perbezaan diantara
apa yang seorang individu atau pengguna sanggup bayar untuk mendapatkan sesuatu
barangan dengan harganya dipasaran. Bermaksud sekiranya seorang individu
sanggup membayar sebuah televisyen pada harga RM1600 tetapi dalam masa yang sama terdapat sebuah
televisyen model yang sama pada harga RM1400 maka lebihan ekonomi individu itu
dikatakan adalah sebanyak RM200 kerana
jumlah tersebut sanggup dibelanjakan olehnya tetapi tidak dibelanjakan.
Dalam perniagaan
pula, lebihan boleh dijelaskan melalui keuntungan bersih sesebuah syarikat.
Dalam sesuatu tempoh, sekiranya pendapatan syarikat melebihi semua belanjawan
kos seperti buruh, kos pengeluaran , pengangkutan dan kerugian pelaburan, maka
bakinya dikira sebagai lebihan ekonomi. Jumlah ini turut menggambarkan
keuntungan yang diterima oleh syarikat tersebut pada tempoh itu. Sekiranya
jumlah hasil adalah RM1 juta dan jumlah belanjawan kos adalah RM500 000 maka
baki sebanyak RM500 000 setelah ditolak kedua-dua hasil tersebut ialah untung
atau dalam erti kata lain adalah lebihan.
Namun begitu
dalam kewangan ,istilah lebihan lazimnya mempunyai aplikasi yang sangat rumit.
Contoh mudah ialah dalam carta permintaan dan penawaran asas, terdapat beberapa
perbezaan jenis lebihan ekonomi yang terlibat yakni sekiranya terdapat tambahan
dalam lebihan pengguna , maka jumlah lebihan pengeluar juga perlu diambil
kira.Lebihan tersebut dapat dicapai jika lebihan keuntungan melebihi kos operasi firma.
Lebihan ekonomi kerajaan pula berlaku apabila jumlah
wang yang diperoleh memalui cukai, tarif dan lain-lain, melebihi jumlah yang
dibelanjakan ke atas program-program kerajaan seperti militari, gaji dan untuk
melaksanakan sesuatu polisi. Kerajaan turut mengambil sebahagian cukai daripada
lebihan pengguna dan pengeluar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan