Sumber
data penduduk yang utama diperolehi melalui banci. Di Malaysia, banci penduduk
dan perumahan merupakan sumber rasmi bagi mendapatkan data kependudukan. Banci secara
amnya dilakukan setiap 10 tahun sekali, kali terakhir banci dilakukan adalah
pada tahun 2010 iaitu banci kelima semenjak dijalankan pertama kali iaitu pada 1970
diikuti 1980,1991 dan 2000. Umumnya banci ini amat penting untuk perancangan
dan pelaksanaan dasar-dasar pembangunan.
Banci
penduduk akan menghasilkan laporan banci penduduk dan perumahan yang mana kita
akan dapat lihat jumlah penduduk, taburan dan kepadatan penduduk, tahap
urbanisasi , komposisi etnik, agama serta umur. Proses bancian juga sebenarnya
mengambil masa yang lama dan rumit untuk dilaksanakan, terutama para pembanci. Kiranya
pembanci mestilah dikalangan mereka yang kuat semangat sebab bukan mudah untuk
mendapatkan maklumat daripada isi rumah.
Bank
data iaitu pusat penyimpanan data tentang kependudukan kebiasaanya menjadi
rujukan kerana maklumat yang dihasilkan telah dipecahkan kepada
bahagian-bahagian khas yang telah ditentukan. Ia menunjukkan maklumat
kependudukan secara terperinci yang secara umumnya mempunyai maklumat seperti
jumlah kelahiran, kematian dan migrasi. Umumnya, banci ini bertujuan untuk membantu pihak-pihak tertentu dalam membuat unjuran
pada masa hadapan, maksudnya apa, bagaiman dan sejauhmana keberkesanan sesuatu
dasar itu dibangunkan. Sila rujuk :
Kesukaran
dalam mendapatkan data berkualiti dan sahih juga wujud akibat kekurangan kos
kerana proses membanci memakan masa dan kakitangan yang ramai untuk melakukan
bancian, wujud juga syak wasangka dan keengganan isi rumah dalam memberikan kerjasama
serta kelalaian terhadap pembancian. Selain itu, masalah kawasan yang sukar
untuk dihubungi sama ada melalui jalan darat atau air terutama dikawasan
pedalaman serta penduduk yang sentiasa berpindah randah.
Dari
segi masalah kualiti data yag berlainan setiap tahun kerana kepelbagaian dari
segi jenis dan cara penghitungan, kekurangan penyelarasan data di sesebuah negara
terutama negara yang mempunyai ramai penduduk kerana memerlukan kos dan masa
yang panjang. Perbezaan dari segi konotasi perkataan-perkataan yang digunakan
untuk mendapatkan maklumat sama ada dari segi bahasa, ras, pekerjaan,
pendapatan, pekerjaan, bilangan anak, kematian dan kelahiran ahli keluarga dan
sebagainya.
Akhir
sekali, kajian kependudukan atau geografi penduduk amat penting dalam
menjelaskan perbezaan dalam taburan, komposisi, migrasi dan pertumbuhan. Sebagaimana
yang telah dijelaskan, sumber untuk mendapatkan data-data berkenaan boleh
diperolehi melalui bancian penduduk yang sememangnya menjadi salah satu sumber
data yang telah lama digunakan.
Sekian
entri pada kali ini. Wassalam.
(Kalau
ada kesalahan jangan dicerca makhluk Allah swt yang lemah ini tapi perbetulkan
dengan cara yang betul)