Khamis, 27 Februari 2014

Sumber Kependudukan

Sumber data penduduk yang utama diperolehi melalui banci. Di Malaysia, banci penduduk dan perumahan merupakan sumber rasmi bagi mendapatkan data kependudukan. Banci secara amnya dilakukan setiap 10 tahun sekali, kali terakhir banci dilakukan adalah pada tahun 2010 iaitu banci kelima semenjak dijalankan pertama kali iaitu pada 1970 diikuti 1980,1991 dan 2000. Umumnya banci ini amat penting untuk perancangan dan pelaksanaan dasar-dasar pembangunan.

Banci penduduk akan menghasilkan laporan banci penduduk dan perumahan yang mana kita akan dapat lihat jumlah penduduk, taburan dan kepadatan penduduk, tahap urbanisasi , komposisi etnik, agama serta umur. Proses bancian juga sebenarnya mengambil masa yang lama dan rumit untuk dilaksanakan, terutama para pembanci. Kiranya pembanci mestilah dikalangan mereka yang kuat semangat sebab bukan mudah untuk mendapatkan maklumat daripada isi rumah. 
Bank data iaitu pusat penyimpanan data tentang kependudukan kebiasaanya menjadi rujukan kerana maklumat yang dihasilkan telah dipecahkan kepada bahagian-bahagian khas yang telah ditentukan. Ia menunjukkan maklumat kependudukan secara terperinci yang secara umumnya mempunyai maklumat seperti jumlah kelahiran, kematian dan migrasi. Umumnya, banci ini bertujuan untuk membantu pihak-pihak tertentu dalam membuat unjuran pada masa hadapan, maksudnya apa, bagaiman dan sejauhmana keberkesanan sesuatu dasar itu dibangunkan. Sila rujuk  :                

Kesukaran dalam mendapatkan data berkualiti dan sahih juga wujud akibat kekurangan kos kerana proses membanci memakan masa dan kakitangan yang ramai untuk melakukan bancian, wujud juga syak wasangka dan keengganan isi rumah dalam memberikan kerjasama serta kelalaian terhadap pembancian. Selain itu, masalah kawasan yang sukar untuk dihubungi sama ada melalui jalan darat atau air terutama dikawasan pedalaman serta penduduk yang sentiasa berpindah randah. 

Dari segi masalah kualiti data yag berlainan setiap tahun kerana kepelbagaian dari segi jenis dan cara penghitungan, kekurangan penyelarasan data di sesebuah negara terutama negara yang mempunyai ramai penduduk kerana memerlukan kos dan masa yang panjang. Perbezaan dari segi konotasi perkataan-perkataan yang digunakan untuk mendapatkan maklumat sama ada dari segi bahasa, ras, pekerjaan, pendapatan, pekerjaan, bilangan anak, kematian dan kelahiran ahli keluarga dan sebagainya. 

Akhir sekali, kajian kependudukan atau geografi penduduk amat penting dalam menjelaskan perbezaan dalam taburan, komposisi, migrasi dan pertumbuhan. Sebagaimana yang telah dijelaskan, sumber untuk mendapatkan data-data berkenaan boleh diperolehi melalui bancian penduduk yang sememangnya menjadi salah satu sumber data yang telah lama digunakan. 

Sekian entri pada kali ini. Wassalam. 

(Kalau ada kesalahan jangan dicerca makhluk Allah swt yang lemah ini tapi perbetulkan dengan cara yang betul)






1 ulasan: