Isnin, 3 Mac 2014

Urbanisasi Secara Umum.


Perbandaran – perluasan reruang sesuatu bandar yang melibatkan saiz dan fizikal bandar.
Pembandaran/ Urbanisasi – suatu proses bagaimana sesuatu kawasan itu mengalami transformasi secara reruang daripada suatu peringkat kepada suatu peringkat yang lebih tinggi.

Perbandaran dan pembandaran seperti di atas mempunyai maksud yang berbeza. Kedua-duanya melibatkan perubahan reruang fizikal sesuatu bandar sama ada secara vertikel (mendatar) atau horizontal(menegak). Perkembangan sesuatu kawasan kepada kepada bandar bermula dari peringkat awal yang mudah, misalnya dari kampong berkembang menjadi sebuah pekan, bandar kecil dan seterus kepada bentuk yang lebih kompleks fizikal dan fungsiannya. Kompleks disini bermaksud ianya merupakan sesuatu yang sukar untuk dijejaki punca utamanya bagaimana sesuatu kejadian itu berlaku. Misalnya, punca kesesakan di bandaraya yang mempunyai banyak faktor (kompleks), melibatkan faktor fizikal secara asasnya. Begitu juga keadaan kesesakan di kawasan kampung. Tentunya ia tidak sama seperti yang tergambar di bandar kerana kampung masih lagi mengamalkan ciri dan budaya hidup yang tradisional. Penghuni kampung tidak tercemar dengan budaya hidup orang bandar yang umumnya bersifat individualistik dan materialistik ataupun moden. Ini bermaksud tahap kesesakan setiap peringkat perbandaran itu adalah brbeza-beza atau dikenali sebagai “Degree Of Conjuction”. Ia merupakan suatu keadaan dimana intensiti pembangunan bandar dan kepadatan adalah tinggi. Dalam konteks yang lain, ia juga boleh diertikan sebagai tahap pembandaran antara kawasan bandar yang lain atau kawasan sekitarnya.

Proses urbanisasi melibatkan suatu pertumbuhan atau perkembangan secara fizikal dan mentaliti oleh penggeraknya (penghuni dan objek-objek dalam bandar), tentunya penggerak ini mempunyai fungsi dalam bandar itu sendiri. Ini bermakna proses pembandaran tidak hanya melihat aspek fizikal tetapi juga melihat aspek fungsian iatu peranan dalam negara dan melibatkan peringkat yang lebih tinggi sama ada peringkat wilayah mahupun serantau. Misalnya, World Of City atau Bandaraya Global merupakan hierarki bandaraya yang tertinggi. Maka secara langsung ia menjadi bandar yang sangat berfungsi secara global seperti London, Tokyo, Paris, LA, Singapura dan sebagainya.

Dalam konteks yang lebih kecil, fungsian urbanisasi ini juga turut melihat dari aspek ekonomi, gaya dan cara hidup harian penghuni. Pengaruh urbanisasi yang berkaitrapat dengan moderniti ini telahpun menyerap budaya luar yang negative masuk ke dalam masyarakat bandar. Kita tidak boleh menolak unsur-unsur tersebut apabila sesebuah kawasan atau negara itu bertindak membawa masuk pembangunan. Jika dilihat secara kronologinya, kemunculan elemen luar ini adalah disebabkan keperluan dan kehendak dalam menjayakan proses pembandaran yang memerlukan kemasukan buruh luar untuk dijadikan sebagai tenaga kerja. Apabila bilangan mereka semakin ramai akibat daripada permintaan dalam pasaran buruh maka tenaga asing ini telah membentuk kelompok mereka sendiri sehinggakan wujud suatu kawasan yang dihuni oleh mereka, yang mana orang tempatan dan asing seperti tidak mempunyai ‘sempadan’ dalam hubungan sosial. Misalnya, kebanyakan peniaga-peniaga di Chow Kit dipelopori oleh warga asing seperti Indonesia, Nepal, Vietnam dan sebagainya. Apabila memasuki pasar-pasar di kawasan ini kaadang-kala kita berasa seolah-olah berada ditempat yang lain akibat pengaruh mereka ke atas kawasan berkenaan. Begitu juga di Bintang Walk, apabila malam menjelma kawasan ini seperti mempunyai identity yang berbeza daripada identity masyarakat Malaysia, iaitu dengan pelbagai jenis restoran asing, pub-pub, kelab-kelab malam dan sebagainya telah menjadikannya seperti berada dinegara luar. Inilah apa yang kita katakan sebagai pencerobohan elemen-elemen luar.

Maka dengan ini, secara umumya urbanisasi melibatkan perubahan reruang fizikal sesuatu kawasan. Pun begitu, entri ini hanya membincangkan aspek fungsian sesuatu bandar akibat urbanisasi.  Ini adalah serba-serbi apa yang saya tahu dan faham tentang urbanisasi tetapi tidak secara mendalam, hanya pemahaman secara luaran yang umum sahaja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan