Perbandaran
– perluasan reruang sesuatu bandar yang melibatkan saiz dan fizikal bandar.
Pembandaran/
Urbanisasi – suatu proses bagaimana sesuatu kawasan itu mengalami transformasi
secara reruang daripada suatu peringkat kepada suatu peringkat yang lebih
tinggi.
Perbandaran
dan pembandaran seperti di atas mempunyai maksud yang berbeza. Kedua-duanya
melibatkan perubahan reruang fizikal sesuatu bandar sama ada secara vertikel (mendatar)
atau horizontal(menegak). Perkembangan sesuatu kawasan kepada kepada bandar
bermula dari peringkat awal yang mudah, misalnya dari kampong berkembang
menjadi sebuah pekan, bandar kecil dan seterus kepada bentuk yang lebih
kompleks fizikal dan fungsiannya. Kompleks disini bermaksud ianya merupakan
sesuatu yang sukar untuk dijejaki punca utamanya bagaimana sesuatu kejadian itu
berlaku. Misalnya, punca kesesakan di bandaraya yang mempunyai banyak faktor (kompleks),
melibatkan faktor fizikal secara asasnya. Begitu juga keadaan kesesakan di
kawasan kampung. Tentunya ia tidak sama seperti yang tergambar di bandar kerana
kampung masih lagi mengamalkan ciri dan budaya hidup yang tradisional. Penghuni
kampung tidak tercemar dengan budaya hidup orang bandar yang umumnya bersifat individualistik
dan materialistik ataupun moden. Ini bermaksud tahap kesesakan setiap peringkat
perbandaran itu adalah brbeza-beza atau dikenali sebagai “Degree Of Conjuction”.
Ia merupakan suatu keadaan dimana intensiti pembangunan bandar dan kepadatan
adalah tinggi. Dalam konteks yang lain, ia juga boleh diertikan sebagai tahap
pembandaran antara kawasan bandar yang lain atau kawasan sekitarnya.
Proses
urbanisasi melibatkan suatu pertumbuhan atau perkembangan secara fizikal dan mentaliti
oleh penggeraknya (penghuni dan objek-objek dalam bandar), tentunya penggerak
ini mempunyai fungsi dalam bandar itu sendiri. Ini bermakna proses pembandaran
tidak hanya melihat aspek fizikal tetapi juga melihat aspek fungsian iatu
peranan dalam negara dan melibatkan peringkat yang lebih tinggi sama ada
peringkat wilayah mahupun serantau. Misalnya, World Of City atau Bandaraya
Global merupakan hierarki bandaraya yang tertinggi. Maka secara langsung ia
menjadi bandar yang sangat berfungsi secara global seperti London, Tokyo,
Paris, LA, Singapura dan sebagainya.
Dalam
konteks yang lebih kecil, fungsian urbanisasi ini juga turut melihat dari aspek
ekonomi, gaya dan cara hidup harian penghuni. Pengaruh urbanisasi yang
berkaitrapat dengan moderniti ini telahpun menyerap budaya luar yang negative masuk
ke dalam masyarakat bandar. Kita tidak boleh menolak unsur-unsur tersebut
apabila sesebuah kawasan atau negara itu bertindak membawa masuk pembangunan. Jika
dilihat secara kronologinya, kemunculan elemen luar ini adalah disebabkan
keperluan dan kehendak dalam menjayakan proses pembandaran yang memerlukan
kemasukan buruh luar untuk dijadikan sebagai tenaga kerja. Apabila bilangan
mereka semakin ramai akibat daripada permintaan dalam pasaran buruh maka tenaga
asing ini telah membentuk kelompok mereka sendiri sehinggakan wujud suatu
kawasan yang dihuni oleh mereka, yang mana orang tempatan dan asing seperti
tidak mempunyai ‘sempadan’ dalam hubungan sosial. Misalnya, kebanyakan
peniaga-peniaga di Chow Kit dipelopori oleh warga asing seperti Indonesia,
Nepal, Vietnam dan sebagainya. Apabila memasuki pasar-pasar di kawasan ini
kaadang-kala kita berasa seolah-olah berada ditempat yang lain akibat pengaruh
mereka ke atas kawasan berkenaan. Begitu juga di Bintang Walk, apabila malam
menjelma kawasan ini seperti mempunyai identity yang berbeza daripada identity masyarakat
Malaysia, iaitu dengan pelbagai jenis restoran asing, pub-pub, kelab-kelab
malam dan sebagainya telah menjadikannya seperti berada dinegara luar. Inilah
apa yang kita katakan sebagai pencerobohan elemen-elemen luar.
Maka
dengan ini, secara umumya urbanisasi melibatkan perubahan reruang fizikal
sesuatu kawasan. Pun begitu, entri ini hanya membincangkan aspek fungsian sesuatu bandar
akibat urbanisasi. Ini adalah
serba-serbi apa yang saya tahu dan faham tentang urbanisasi tetapi tidak secara
mendalam, hanya pemahaman secara luaran yang umum sahaja.