Rabu, 29 Oktober 2014

Hak Orang Tertuduh Mengikut Hukum Syarak

1.      Pengertian dan jenis jenayah
- Jenayah menurut syarak ialah perbuatan yang diharamkan, sama ada perbuatan itu dilakukan pada jiwa, harta atau selainnya.
- Hukuman dijatuhkan berlandaskan hukum syarak yg terbahagi kpd 4 jenis iaitu hudud, qisas, diat dan ta’zir.
- Hukuman ta’zir boleh dibahagikan kpd 2 jenis
i)                    Kesalahan yang ditetapkan oleh al-Quran dan al-sunnah, cth perbuatan khianat terhadap amanah, rasuah, mencuri, memberi kesaksian dan keterangan palsu dsbgnya. Hukuman jenis ini ditentukan oleh pemerintah.
ii)                  Kesalahan yang ditetapkan oleh pemerintah melalui institusi tertentu seperti kesalahan atau jenayah ekonomi, memiliki atau membawa senjata api tanpa kebenaran, melanggar syarat-syarat ketenteraman dan keselamatan tempat awam, gedung perniagaan atau kilang. Hukuman kesalahan ini ditentukan oleh kerajaan.
Kes pembahagian kesalahan jenayah dan sivil; kesalahan jenayah : pendakwa ialah pihak berkuasa manakala kesalahan sivil : pendakwa ialah org yg berkepentingan. Namun dalam perspektif Islam, keputusan hakim (kadi) dalam semua kes yang dibicarakan wajib dilaksanakan. 
2.      Seseorang tidak bersalah melainkan dibuktikan sebaliknya.
- Pada asalnya seseorang itu tidak bersalah dan bebas daripada mana-mana tanggungan sehingga dibuktikan bahawa dia bersalah.
- Org yg dituduh berhak menuntut agar kesalahan yg dikatakan dilakukannya dibuktikan dgn jelas dan nyata untuk menghapuskan keyakinan asal bahawanya ia tidak bersalah melainkan dibuktikan sebaliknya. 
3.      Beban membukti
- Seseorg itu tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah, dan seseorg itu tidak melakukan jenayah melainkan setelah disabitkan perbuatannya. Dalam proses pensabitan, yang tertuduh mempunyai hak membela diri, dan yg menuduh hendaklah membuktikan kebenaran tuduhannya. Ini bermakna beban pembuktian adalah ke atas yg mendakwa atau menuduh. Sabda Rasulullah SAW, “ Keterangan di atas yang menuduh dan sumpah di atas yang menafikannya”.
4.      Hak yang dituduh untuk diberi peluang membela diri
- Orang yg dituduh mempunyai hak untuk membela diri, sama ada menolak semua tuduhan, atau mengakui sebahagian drpd tuduhan itu dan menolak yg sebahagian yg lain.
- Hakim harus mendengar keterangan dan hujah kedua-dua pihak sebelum menjatuhkan hukuman. Hukuman hendaklah berdasarkan keterangan yg zahir, sebaliknya yang tersembunyi Allah yg akan menghukumnya. 
5.      Hak mendapat layanan yang adil
- Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang bertugas menghakimkan di antara orang-orang Islam hendaklah melakukan keadilan ke atas mereka dalam percakapan, isyarat dan duduknya, dan jangan mengangkat suaranya kepada seseorang dan tidak kepada yang lain”.
- Adalah menjadi hak org yg dituduh mendapat layanan yg adil dan saksama drpd mahkamah. 
6.      Hak mengetahui pertuduhan
- Seseorang yg dituduh berhak mengetahui sebab-sebab ia dituduh atau disiasat agar ia dapat mempertahankan haknya. Tindakan ini mematuhi hukum syarak. Rasulullah saw telah memerintahkan Saidina Ali agar mendengar dahulu keterangan dan hujah kedua-dua belah pihak sebelm menjatuhkan hukuman.
Selain itu, hak yg dituduh utk mengetahui dan memahami pertuduhan tidak tercabul, malah dipertahankan dan dijaga.
- Islam mewajidkan agar ada seorang penterjemah yg dipercayai tetapi menurut mazhab syafie, penterjemah itu sekurang-kurangnya haruslah terdiri drpd dua orang atau boleh juga dikiaskan seperti saksi, dgn alasan bahawa terjemahan itu tidak difahami oleh hakim agar proses penapisan dan penelitian dapat dilaksanakan dgn sempurna.
7.      Hak untuk membela diri
- Prinsip yg terpenting dalam Islam ialah keadilan dikalangan pihak yg bertelingkah di mahkamah ialah jaminan terhadap hak orang yg dituduh untuk mempertahankan diri tanpa wakil atau melalui wakilnya. Jika ia dihukum tanpa dipanggil untuk membela diri, maka hukuman itu terbatal. Pendapat ini disepakati oleh ulama.
- Jika ia sengaja tidak hadir , maka mahkamah hendaklah menghantar petugas khas untuk memaksa ia hadir.
- Menurut pendapat Imam Syafie, dalam proses memaksa kehadirannya, org yg dituduh itu hendaklah dijaga aib syariah dan kehormatannya. Ini bermakna jika hakim menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh sebelum org itu diberi peluang membela diri, maka hukuman itu terbatal. Jika org itu ghaib atau tidak diketahui di mana ia berada, maka perbicaraan ke atasnya tidak boleh dilaksanakan, kebanyakan ulama mengharuskan perbicaraan dan hukuman, tertakluk kpd syarat tertentu.
8.      Hak membela diri melalui wakil 
9.      Hak untuk mengetahui maklumat pihak yg menuduh dan menyoal balas
10.  Hak merayu
i)                    Meminta dibicarakan semula
ii)                  Menolak hukuman; berhubung dgn kes atau perbicaraan tanpa dihadiri oleh org yg dituntut atau didakwa. Dalam keadaan ini org itu berhak membela dirinya dgn menolak hukuman iaitu menolak kes agar dilihat semula keran berkemungkinan org itu mempunyai keterangan yg tidak dikemukakan dalam perbicaraan yg terdahulu kerana ketiadaannya.
iii)                Membantah hukuman; hukuman boleh dibantah jika hukuman itu jelas salah. Tertuduh berhak merayu dan membantah jika terkilan dgn hukuman tersebut dan terdapat tanda-tanda yg menunjukkan terdapat kesalahan (sama ada dari segi fakta atau undang2) dalam proses perbicaraan. 
11.  Hak untuk memohon keringanan dan kemaafan
- Tertuduh yg disabitkan kesalahan berhak memohon keringanan atau kemaafan. Bagaimanapun ia tidaklah bermaksud permohonan tersebut wajib dilayan. Dalam kes-kes hudud yg disabitkan, kerajaan atau org perseorangan atau sesiapa sahaja tidak berhak memberi keringan atau kemaafan. Dalam kes qisas atau diat pula, org yg menjadi korban atau warisnya berhak memaafkan org yg didakwa.

Sumber : Dr Mahmud Saedon A.Othman (Dipetik dari AlAhkam, Jilid 2, Undang-Undang Pentadbiran Keadilan Jenayah di Malaysia)



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan