Jumaat, 23 November 2012

Secebis tentang Lebihan Ekonomi


`LEBIHAN EKONOMI

Lebihan ekonomi ialah satu kajian ekonomi berdasarkan konsep sesuatu ekonomi beroperasi pada tahap asas pengeluaran lebihan ke atas keperluan asas. Terdapat juga pilihan dimana sama ada sesuatu produk itu perlu dikeluarkan atau pun tidak. Lebihan ekonomi bermula apabila sesebuah ekonomi yang pada mulanya dapat menghasilkan sesuatu pengeluaran melebihi keperluan masyarakat, maka wujudlah lebihan ke ataspengeluaran tersebut.


Ekonomi sering kali dikaitkan dengan masalah bagaimana sesuatu sumber yang terhad dapat diagihkan dengan sekata, terhad kerana kehendak adalah dianggap tidak terhad. Lebihan ekonomi menyatakan bahawa walaupun sumber adalah terhad tetapi terdapat juga lebihan sumber dalam ekonomi. Ini merupakan satu masalah ekonomi kerana terdapat perbezaan dari satu aspek iaitu sekiranya kita memberi fokus terhadap kehendak, maka tentunya sumber adalah terhad, tetapi sekiranya keperluan dijadikan sebagai asas, maka sumber dianggap tidak terhad. Perbezaan antara keduanya adalah diantara gambaran dan keadaan sebenar dalam ekonomi.  Fokus kepada kehendak menggambarkan keadaan pasaran bebas tetapi fokus terhadap keperluan pula merupakan keadaan sebenar dalam ekonomi yang perlu dimulakan.


Lebihan ekonomi  adalah satu istilah dalam perniagaan yang digunakan untuk menggambarkan beberapa situasi berbeza. Definisi asas ekonomi lebihan ialah ianya merupakan satu aset kewangan sesebuah entiti seperti pasaran , perniagaan, kerajaan ataupun individu yang melebihi liabiliti kewangannya.

Bagi individu, lebihan ekonomi boleh digambarkan melalui beberapa cara. Sekirannya seseorang itu mempunyai amaun wang tertentu dalam simpanannya untuk hidup pada awal bulan tetapi hanya membelanjakan separuh daripada wang tersebut sehingga habis bulan maka baki daripada penggunaan wangnya itu dikira sebagai lebihan ekonomi. Walau bagaimanapun, lebihan juga boleh digunakan dalam menerangkan perbezaan diantara apa yang seorang individu atau pengguna sanggup bayar untuk mendapatkan sesuatu barangan dengan harganya dipasaran. Bermaksud sekiranya seorang individu sanggup membayar sebuah televisyen pada harga RM1600 tetapi  dalam masa yang sama terdapat sebuah televisyen model yang sama pada harga RM1400 maka lebihan ekonomi individu itu dikatakan adalah sebanyak RM200  kerana jumlah tersebut sanggup dibelanjakan olehnya tetapi tidak dibelanjakan.

Dalam perniagaan pula, lebihan boleh dijelaskan melalui keuntungan bersih sesebuah syarikat. Dalam sesuatu tempoh, sekiranya pendapatan syarikat melebihi semua belanjawan kos seperti buruh, kos pengeluaran , pengangkutan dan kerugian pelaburan, maka bakinya dikira sebagai lebihan ekonomi. Jumlah ini turut menggambarkan keuntungan yang diterima oleh syarikat tersebut pada tempoh itu. Sekiranya jumlah hasil adalah RM1 juta dan jumlah belanjawan kos adalah RM500 000 maka baki sebanyak RM500 000 setelah ditolak kedua-dua hasil tersebut ialah untung atau dalam erti kata lain adalah lebihan.

Namun begitu dalam kewangan ,istilah lebihan lazimnya mempunyai aplikasi yang sangat rumit. Contoh mudah ialah dalam carta permintaan dan penawaran asas, terdapat beberapa perbezaan jenis lebihan ekonomi yang terlibat yakni sekiranya terdapat tambahan dalam lebihan pengguna , maka jumlah lebihan pengeluar juga perlu diambil kira.Lebihan tersebut dapat dicapai jika lebihan keuntungan melebihi  kos operasi firma.
Lebihan ekonomi kerajaan pula berlaku apabila jumlah wang yang diperoleh memalui cukai, tarif dan lain-lain, melebihi jumlah yang dibelanjakan ke atas program-program kerajaan seperti militari, gaji dan untuk melaksanakan sesuatu polisi. Kerajaan turut mengambil sebahagian cukai daripada lebihan pengguna dan pengeluar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan