Jumaat, 30 November 2012

Analisis Kualitatif Berdasarkan Transkrip Perbualan (Bahagian I )



Kod Kursus : SKAD1273

  Berikut adalah hasil temubual saya bersama dengan seorang mak cik yang bekerja di Universiti Kebangsaan Malaysia. Topik yang diketengahkan ialah berkaitan dengan pembangunan yang ada di tempat asal responden dari kecil dan tempat yang paling diingatinya. Dalam temubual ini, anda kan perasaan terdapat beberapa elemen yang akan diberitahu oleh responden iaitu sebenarnya apabila kita menemubual seseorang ,mereka secara tidak langsung akan bercerita tentang latar belakang keluarga, perkahwinan, anak dan pekerjaan. Daripada hasil temubual, kita dapat mengagak dan membayangkan suasana serta persekitaran ditempat asalnya itu. Bagi membuat analisis dengan lebih terperinci saya menggunakan peta rakaman sebagai media dalam dan kaedah ini dikenali sebagai kualitatif . Ikuti hasil temubual saya :







Nama : Rahmah binti Johor

Umur : 61 Tahun

Pekerjaan : Cleaner di UKM

Tempat Tinggal : 22 Jalan Permai, Taman Seri Bangi 2, 43000, Bangi Lama, Selangor

Temubual.

1.      Nama makcik Rahmah binti Johor.. aaa lahir tahun hmm dua puluh empat hari bulan dua tahun seribu sembilan ratus aaa lima puluh satu.
2.      Tempat tinggal aaa, lahir lah lahir kat Gopeng  Perak aaa Perak.. Pahtu makcik lahir dekat tu la hmm balai polis.. bapa mak cik polis aaa..
3.      Pahtu mak cik aa besar ,masa mak cik sekolah kat Rembau, Negeri Sembilan.

4.      Da.. da besar .. da sekolah kan .. masuk tingkatanlah kiranya.. mak cik pindah Perak balik.
5.      Waktu umur mak cik 16 tahun  mak cik kawinlah dengan pak cik.. hah 16 tahun.. pahtu dapat anak 8 orang .. laki mak cik pengawal kat sini aaa...
6.      Oh pembangunan di tempat mak cik yang duduk dulu.. mula-mula pakai sampan da ada jambatan da..
7.      Kat Sungai Perak, pakai sampan.. sekarang da ada jalan da.. jalan-jalan cantik da.

8.      Jalan dia tanah merah haah.. sekarang da batu da cantik kan.

9.      Hah kampung mak cik dulu pakai pakai pakai ne pakai pelita.. sekarang da ada api ada paip.. kalau tak silap makcik mungkin dalam tahun 76 kot baru ada semua tu aaa...
10.  Rumah ... rumah kalau rumah mak cik tu rumah papan.. hah, jiran tu ada yang batu lah haah..
11.  Tanam ,tanam pokok (kawasan sekitar rumah) ,hah macam rambutan .. kelapa hah kan macam-macamlah pokok.. hah, masih kampung masa kecik-kecik.

12.  Hah jauh.. kalau nak pergi bandar macam daripada Bangi ke Kajang, hah.. kawasan dia kawasan hutan macam tu lah..
13.  Iyelah .. yang ingat, sungai ajelah masa mak cik dulu kecik hmm masa mak cik membasuh.. mak cik terjun tu kan.. terjun sungai tu kena kaca.

14.  Hah ingat, ada klinik ada sekolah ada.. takda naik sampan naik kereta da.

15.  Hah masa dulu naik sampan nak pergi kampung mak cik ... dari seberang masuk kampung tu pakai sampan je la.
16.  Hah pegi sekolah masa tue tak naik sampan.. hah, naik kereta boleh.. hah dekat dalam kawasan tue( sekolah dalam kampung makcik iaitu di Rembau).
17.  Rumah dulu memang papan , atap zink, bilik air kat bawah.
18.  Iye ada perigi, dulu ada perigi.. rumah mak cik kan tepi jalan juga.. hah jalan dulu tanah merah sekarang da elok.

19.  Haa makcik pindah Negeri Sembilan masa kecik-kecik lagi.. umur dua tahun sebab ikut bapak makcik ..haah, dia pindah pergi Rembau... makcik membesar kat situ lah tapi lahir kat kat kat Gopeng Perak, aaaa...
20.  Pembangunan dekat Rembau aaa.. jalan da turap ,haah jalan kat Gopeng Perak tanah merah je.. ada bas tapi makcik pegi sekolah jalan kaki haaaah... yang pergi sekolah tu lah yang tanah merah, nak ke pekan baru jalan berturap..

21.  Pekan kat Rembau masa tu ada rumah-rumah kedai aaa... ada ,klinik pon ada..balai polis pon ada tapi rumah kedainya kecik aje..

22.  Dekat Rembau ,air dengan api ada.. hah, dekat Gopeng tu takde lah.. nak pergi Pekan kena naik bas lah..
23.  Iye, susah jugak lah nak dapat bas, sekarang ni pun makcik tengok susah nak dapat bas.. sejam macam tu baru ada bas.. haah, dulu tak banyak rumah bas pun kurang..

24.  Haah, bila makcik da habis sekolah sekolah rendah kat Rembau.. da besar-besar sikit makcik pindah ke Perak, ikut mak sedara makcik dekat Lenggong..

25.  Bila makcik da umur 16 tahun makcik kahwin dengan pakcik, kampung dia dekat Bukit Sapi, Perak..

26.  Lama makcik tinggal kat Bukit Sapi .. tahun 70an camtu baru pindah kat UKM ni .. aaa.. makcik ikut pakcik, dia kerja pengawal kat sini.. anak makcik empat orang baru kita datang sini masa tu.. aaa anak makcik lapan orang..

27.  Bukit Sapi kampung lah.. rumah pun sama jugak, rumah papan atap zink, jiran semua pun sama aaa.. hmm, pekan ada aaaa.. masa tu Pekan Lenggong lah..

28.  Pekan Lenggong masa tu ada jugaklah rumah kedai macam dekat Rembau.. aaa jalan ,jalan turap la.. Nak pergi Lenggong kena naik bas aaa..

29.  Yang ada kat situ hmm klinik ada, panggung wayang ada, kedai-kedai lama.. iye la dulu pekan kecik aje kan..pasar pun ada , makcik dulu selalu pergi pasar.. hah itu yang makcik ingat kat Lenggong tu..

30.  Anak makcik pun macam adik juga semua belajar.. ada yang sampai pergi Australia, tapi dia belajar naik motor aaa... kemalangan tapi masih hidup.. sekarang dia kerja kat bank..

31.  Iye ,terima kasih..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan