Selasa, 4 Disember 2012

Langkah-Langkah Membasmi Kemiskinan Di Filipina.


               Assalamualaikum w.b.t kepada para pembaca. Kita sedia maklum bahawa terdapat beberapa negara di Asia Tenggara yang masih lagi jauh ketinggalan daripada arus pemodenan dek kerana kemiskinan yang menghimpit negara. Kemiskinan merupakan satu isu global yang tidak seharusnya dipandang enteng. Keamanan dan kemakmuran sesebuah negara itu turut di lihat dari segi jumlah penduduk dan pendapatan per kapita negara dan ini sangat bersangkut paut dengan taraf hidup penduduk . Bermaksud sekiranya taraf hidup penduduk adalah rendah maka negara itu masih lagi berada dibawah paras kemiskinan. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kemiskinan yang berterusan antaranya ialah kekurangan aliran masuk modal dalam negara, bentuk muka bumi ,tingkat teknologi, pendidikan dan kebajikan sosial penduduk ,dan sebagainya. 
            
                Negara jiran kita yakni Filipina turut tidak dapat lari daripada menjadi antara negara miskin di Asia, lantaran itu pihak kerajaan Filipina melihat isu kemiskinan ini sebagai satu kekangan kepada pembangunan negara di masa hadapan kerana majoriti penduduknya masih lagi berada dibawah paras kemiskinan yang tegar dan taraf celik huruf yang rendah. Ini dapat dibuktikan apabila masih terdapat penduduknya yang meraih gaji sekitar kurang daripada S$2 dolar sehari, nah ini menunjukkan betapa daifnya kehidupan masyarakat di negara tersebut. Oleh itu, kerajaan Filipina dan beberapa pihak berkepentingan telah merangka beberapa projek mega bagi membasmi kemiskinan bermula tahun 2004 hingga 2014. Usaha bersungguh-sungguh ini adalah bagi menampung keperluan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih kurang 88 juta penduduk Filipina terutama dikawasan luar bandar.

Projek pertama yang dirancang bermula tahun 2004 ialah Rancangan Pembangunan Jangka Pendek  2004-2010 (MTDP) iaitu sebuah polisi dan program yang direka untuk membasmi kemiskinan dengan mewujudkan kemakmuran kepada sebilangan besar rakyat Filipina. Hak Pembangunan dan Ekonomi Negara (NEDA) ,iaitu agensi perancangan pusat negara telah bekerjasama dengan pihak kerajaan dibawah rancangan pembangunan 10 agenda utama. Fokus MTDP diberikan terhadap :

·         Kestabilan makroekonomi; dengan pertumbuhan yang saksama berdasarkan kegiatan ekonomi yang bebas.

·         Pemodenan dalam bidang pertanian dan perikanan, dengan memberi fokus terhadap keadilan atau kesaksamaan sosial.

·         Pembangunan yang komprehensif termasuklah perlindungan terhadap golongan yang lemah seperti wanita, kanak-kanak dan orang tua.

·         Sistem kerajaan dan peraturan perundangan yang baik dan berkesan.

Memandangkan pertanian memainkan peranan utama dalam menghasilkan pendapatan dan pekerjaan di kawasan pedalaman, maka pembangunan sektor terbabit menjadi satu keperluan dalam mana-mana program pembasmian kemiskinan. MTDP menggariskan sektor pertanian sendiri tidak  boleh meringankan kemiskinan dengan agak banyak di kawasan pedalaman. Rancangan tersebut mengambil lebih banyak pendekatan holistik untuk mengurangkan kemiskinan luar bandar melalui promosi perniagaan berasaskan pertanian.

Pembangunan perdagangan mikro luar bandar merupakan kunci utama kepada strategi kerajaan. MTDP memberikan penekanan khusus terhadap keperluan berterusan untuk menyokong aktiviti mikro, kecil dan perniagaan sederhana dan perniagaan pertanian, kerana kegiataan ekonomi inilah mewujudkan pekerjaan dalam erti kata lain ialah pelaburan kerja. Kunci strategi yang lain termasuklah menggunakan 2 juta hektar tanah baru bagi tujuan pertanian, dimana ianya dijangka bakal menghasilkan 2 juta pekerjaan baru dan dapat meningkatkan pengeluaran serta pendapatan peladang miskin Filipina. Rancangan turut bertujuan untul mencipta 3 juta perniagaan mikro, menyediakan kredit, teknologi dan sokongan pasaran.

Rancangan tersebut memberikan keutamaan untuk:


·         Menyokong dan memberi kerjasama kepada perniagaan luar bandar.

·         Membina lebih banyak jalan raya agar dapat menghubungkan peladang terus ke pasaran.

·         Menyediakan aksesibiliti tanah, kredit dan teknologi kepada golongan peladang dan bumiputera.

·         Memberikan lesen untuk mengeksploitasi tanaman ladang dan perikanan.

·         Memperbaiki kualiti hidup masyarakat miskin luar bandar.

Dalam penyataan MTDP, matlamat pendekatan perniagaan pertanian adalah untuk mengembangkan pengeluaran asas dengan banyak,mempertingkatkan pengeluaran dan kecekapan pengagihan, dan  menggalakkan pengagihan pengeluaran yang saksama dan menambah produktiviti.

Strategi keseluruhan kerajaan adalah memberi fokus kepada penciptaan 6 hingga 10 juta peluang pekerjaan, menyediakan peluang pendidikan kepada semua dan mengurangkan kemiskinan dari 34% kepada 17%. Teras program pembasmian kemiskinan dikenali sebagai KALAHI yang bermaksud ‘Bersama Menentang Kemiskinan’. Ianya menggalakkan wujudnya lebih banyak aset-aset pembaharuan termasuklah pembaharuan dalam bidang pertanian dan pembaharuan berkaitan dengan isu keturunan atau nenek moyang. Program ini berjalan untuk tujuan perkhidmatan keperluan masyarakat termasuklah bekalan air bersih dan penjagaan kesihatan, yang lebih mudah diperoleh dan berpatutan. Ianya menyokong aktiviti yang menghasilkan pandapatan melalui kredit dan bangunan kapasiti penglibatan rakyat dalam membuat keputusan. Matlamat program ini juga adalah untuk menyediakan perlindungan dan keselamatan kepada golongan miskin yang lemah seperti kanak-kanak, orang kurang upaya, wanita, golongan muda yang mempunyai keperluan tertentu dan orang tua.

 

Strategi IFAD’s di Filipina.

Sejak 1978, IFAD telah pun melakukan 12 projek yang bernilai US$168.8 berkaitan dengan pembangunan dalam bidang pertanian di Filipina. Dari projek pertama, yang
dibiayai sepanjang tahun untuk meningkatkan produktiviti di Lembah Cagayan
Utara Luzon, paling terkini, yang menyokong usaha seluruh negara untuk mengembalikan aktiviti sara diri dalam pengeluaran beras, IFAD telah mempunyai peranan dalam usaha untuk mengurangkan kemiskinan diFilipina. Matlamat IFAD adalah untuk membolehkan orang miskin luar bandar meningkatkan pendapatan mereka dan sekuriti makanan, dan menyediakan penjagaan makanan, pendidikan dan kesihatan yang lebih baik untuk keluarga mereka. Rakyat digalakkan bekerja dengan pihak kerajaan untuk mencapai matlamat MTDP 2004-2010, IFAD menyokong pembiayaan mikro, dengan matlamat tiga kali ganda pinjaman kepada orang-orang yang bekerja sendiri, perusahaan mikro dan keusahawanan rakyat miskin di kawasan pedalaman.

Strategi terbaru IFAD di Filipina telah pun berkembang daripada inisiatif strategi kerajaan –termasuk agenda pembaharuan sosial- , inisiatif rangka kerja IFAD dan kunci utama strategi untuk kawasan Asia dan Pasifik. Kelemahan yang terdapat dalam perkara tersebut telah mempertingkatkan fokus IFAD terhadap penumpuan dikawasan tanah tinggi dan pantai dimana tempat tersebut menjadi kawasan kediaman orang termiskin dinegara Filipina. Kumpulan sasaran termasuklah golongan termiskin luar bandar, terutama wanita dan bumiputera yang daif serta ekosistem yang terdedah, begitu juga dengan golongan yang mendapat manfaat daripada refomasi pertanian di kawasan tanah tinggi, nelayan pesisir pantai dan golongan yang tidak mempunyai tanah.

IFAD bekerjasama dengan pihak kerajaan dan beberapa organisasi lain untuk membantu mengurangkan kemiskinan di sesetengah kawasan termiskin. Program dan projek yang dilaksanakan dengan bantuan penuh daripada pihak kerajaan dan hasil yang bakal memakan jangka masa yang panjang akan memberi manfaat kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Bantuan penuh IFAD dapat dilihat dalam :

      peningkatan akses kepada pasaran, teknologi dan perkhidmatan kewangan luar bandar.                                                                          

      penglibatan sektor swasta dalam operasi.

      memperbaiki pengurusan sumber asli dan alam sekitar

      Memperbaiki akses tanah terhadap isi rumah yang miskin, bekalan air bersih dan penggunaan mapan.

      Mengukuhkan kapasiti institusi tempatan.

Memberi kemudahan kewangan kepada masyarakat miskin untuk mempertingkatkan pendapatan isi rumah bagi memecahkan kitaran kemiskinan penduduk di Filipina. IFAD turut menyokong institusi yang mengamalkan pendekatan perbankan Grameen iaitu dengan menyediakan mikrokredit sama ada dalam bentuk kecil-kecilan ataupun pinjaman kepada pihak yang mempunyai atau tidak mempunyai sebarang cagaran. Program dan projek yang dibiayai oleh IFAD menggalakkan pendekatan inovatif untuk menangani
beberapa isu-isu yang melibatkan kemiskinan luar bandar.

Ciri-ciri utama projek bantuan-IFAD di Filipina ialah dengan memberi fokus terhadap pemerolehan tanah pusaka untuk golongan bumiputera, mendokumentasikan undang-undang adat dan amalan tradisi. Selain itu, projek tuesebut turut merangkumi perancangan tanah dan membantu masyarakat nelayan dengan memberi pendedahan kepada mereka berkaitan dengan pengurusan sumber pesisir pantai dan kesedaran alam sekitar.

Objektif Strategi IFAD untuk tempoh 2010-2014.

Dengan Program Peluang Strategi Negara 2010-2014 (COSOP) ,IFAD bekerja keras untuk mencapai matlamat membantu kerajaan Filipina dan pihak yang berkepentingan mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan sekuriti makanan bernutrisi di kawasan luar bandar. Dalam masa yang sama ,IFAD turut menyokong matlamat yang sama di bawah Strategi Pembangunan Millennium. COSOP mempunyai tiga objektif besar untuk meningkatkan pendapatan dan sekuriti makanan wanita dan lelaki di luar bandar.

·         Meningkatkan keupayaan isi rumah yang dikawasan tanah tinggi untuk memiliki, mengawal tanah dan sumber air terutama kaum bumiputera dan wilayah termiskin yang bersifat agrarian. Mereka bakal menggunakan sumber ini secara mapan dan mempunyai aksesibiliti dalam keperluan sosio ekonomi infrastruktur awam.

·         Membangunkan keusahawanan di kawasan yang terpilih seperti di Visaya dan Mindanao yang telah pun berjaya meluaskan pasaran dan mempertingkatkan perkhidmatan kewangan. Usahawan tersebut dijangka dapat mengekalkan dan mempertingkatkan kegiatan perladangan dan bukan perladangan, serta aktiviti mikroenterprise. Secara tidak langsung ini akan meningkatkan nilai tambah dalam sistem perniagaan-tani untuk manfaat peladang luar bandar.

·         Komuniti miskin yang bergantung sepenuhnya kepada sumber pesisir di daerah Bicol, Timur Visaya, Utara Mindanao dan Bahagian Autonomi Islam Mindanao diberi  pelbagai kemudahan peralatan perikanan dan sumber produktif  lain. Kaedah pengurusan sumber pesisir secara mapan dan peluang hidup yang pelbagai untuk memenuhi keperluan asas serta bekalan makanan yang secukupnya diberikan kepada mereka.

 

Projek Pengurusan Sumber Pertanian Tanah Tinggi Cordillera Kedua (CHARMP).

CHARMP Kedua ini adalah kesinambungan daripada CHARMP Pertama yang dilaksanakan yang mana telah berjaya mengurangkan kemiskinan masyarakat bumiputera di Tanah Tinggi Cordilerra yang terletak di Utara Filipina. CHARMP Kedua ini memberi tumpuan ke atas antara enam daerah termiskin iaitu Abra, Apayao, Benguet, Ifugao, Kalinga dan kawasan bukit.

Tujuan utama projek ini adalah untuk mengurangkan kemiskinan dan memperbaiki taraf hidup kaum Bumiputera dalam lingkungan  masyarakat ladang di kawasan bukit. Kaum bumiputera tersebut terdiri daripada pelbagai puak yang mengerjakan pertanian sebagai aktiviti utama dan sebilangan besar penduduk adalah golongan miskin.

Objektif projek tersebut dilaksanakan ialah:

·         Meningkatkan pendapatan isi rumah golongan peladang miskin melalui pembangunan pertanian yang mapan.

·         Memperbaiki kualiti hidup masyarakat dengan menambahkan sekuriti tanah, makanan dan pemuliharaan kawasan tadahan air.

Sejajar dengan strategi IFAD iaitu pengurusan sumber semula jadi yang mapan, CHARMP turut memberi tumpuan terhadap nilai sistem perladangan kaum bumiputera yang bersifat mapan kepada alam sekitar. Tujuannya adalah untuk meningkatkan nilai tambah produk daripada sistem perladangan tersebut. Projek tersebut menyokong dasar desentralisasi kerajaan dengan menggalakkan penyertaan penduduk tempatan dalam merancang aktiviti, dan menyokong unit kerajaan tempatan yang menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat. Ia turut menyokong implimentasi Undang-Undang Hak Kaum Bumiputera yang mengiktiraf taraf dan institusi kaum bumiputera dan hak mereka dalam mengurus sumber alam semula jadi.

Projek tersebut dibina berasaskan ciri-ciri inovasi Operasi Cordilerra yang pertama yang merangkumi :

·         Pengurusan sumber alam sekitar dan perancangan pembangunan yang melibatkan masyarakat.

·         Menyokong kaum bumiputera dalam mendapatkan tanah.

·         Mengenalpasti dan mendokumentasikan cara terbaik untuk mengaplikasikan sistem pengetahuan dan amalan kaum Bumiputera.

·         Menggunakan menggunakan media penyiaran untuk mencapai kawasan pedalaman

·         Melibatkan unit wilayah tempatan sebagai agensi pelaksana bagi infrastruktur luar bandar

CHARMP yang kedua pula memperkenalkan satu bentuk inovasi baru seperti pengkomersialan produk kaum Bumiputera melalui rangkaian pasaran dan nilai rantaian pembangunan. Projek tersebut juga meningkatkan penyertaan sistem pemantauan dan penilaian aktiviti-aktiviti projek, dan keupayaan kaum bumiputera dan ahli Majlis Orang Tua memikul tanggungjawab menguruskan hutan. Di samping itu, projek itu memberi kuasa kepada majlis perbandaran untuk membenarkan pengeluaran projek kepada agensi-agensi yang melaksanakan aktiviti.

Fokus yang diberi perhatian dalam CHARMP kedua ini ialah:

·         Mobilisasi komuniti, perancangan penyertaan pelaburan dan tanah Kecil & Keusahawanan Pensijilan

·         Masyarakat memuliharaan kawasan tadahan air, termasuk pengurusan hutan dan pembangunan perhutanan.

·         Pembangunan pertanian dan perniagaan-tani dan promosi aktiviti menjana pendapatan.

·         Pembangunan infrastruktur luar bandar

(IFAD memantau secara lansung projek ini)

 

Program Peningkatan Pengeluaran Makanan Secara Pesat (RaFPEP).

Program ini menyokong Pelan Beras Sara Diri Kerajaan 2009-2013, iaitu usaha untuk mendapatkan semula pengeluaran beras secara sara diri dan tindak balas terhadap krisis harga makanan yang muncul pada tahun 2008. Pelaburan IFAD bakal menyediakan kualiti benih yang baik untuk meningkatkan pengeluaran beras dan untuk memulihkan serta membangunkan sistem pengairan.

Program ini termasuklah dua subprogrammes yang berasingan tetapi saling bergantung iaitu :

·         Projek Bekalan Pembiayaan Benih (RaSSFiP) yang dilaksanakan pada tahun 2009,

·         Projek Peningkatan Pengeluaran Pengairan Beras (IRPEP) yang akan dilaksanakan dari 2010-2015.

Program ini mensasarkan pesawah miskin dalam pelbagai kawasan penanaman padi, dengan objektif untuk mencapai peningkatan dalam pengeluaran padi. RaSSFiP akan memberi tumpuan kepada perolehan dan pengedaran benih yang disahkan untuk tanaman musim tahun 2009. IRPEP akan berjalan dalam jangka panjang untuk tujuan:

·         Mengukuhkan persatuan pengairan.

·         Menyediakan input pengeluaran dan perkhidmatan sokongan.

·         Membangunkan dan mengekalkan pengairan dan infrastruktur luar bandar.

·         Membangunkan pemasaran dan peringkat pasca tuai pengeluaran.

·         Mempromosikan dasar  dialog.

IFAD akan memantau program ini secara langsung yang merupakan perkongsian inovasi dan projek pembangunan. Ia akan bertindak balas dengan segera untuk mencegah sebarang masalah diluar jangka dengan membekalkan anak benih secara berganda bagi meningkatkan pengeluaran padi. Selain itu, program ini juga berusaha memulihkan pengairan dalam jangka masa yang singkat untuk meningkatkan pengeluaran secara berterusan. Melalui pakej kewangan, IFAD akan menyediakan dana untuk fasa yang penting dan memainkan peranannya sebagai pemangkin dalam pembiayaan yang seterusnya. Bantuan IFAD untuk program di seluruh sektor kerajaan ini membolehkan IFAD dan kerajaan memproses secara FastTrack iaitu menyediakan model berpotensi untuk inisiatif masa depan.
 

Program Promosi Perusahaan Mikro Luar Bandar (RuMEPP).

Merupakan hasil pengalaman daripada projek IFAD yang dibiayai oleh Projek Kewangan Perusahaan Mikro Luar Bandar. Program ini menyasarkan 19 kawasan di 5 wilayah termiskin dan memberi fokus terhadap kawasan yang berpotensi besar untuk membangunkan perusahaan. Tujuannya adalah untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk miskin luar bandar dengan menyediakan dana ,perkhidmatan kewangan lain dan khidmat mengembangkan perniagaan seperti pembinaan kapasiti hubungan pasaran, dan pembangunan produk. Ianya akan memberikan pulangan kepada usahawan mikro dan golongan miskin lain yang terlibat dalam perusahaan mikro termasuk wanita, golongan muda dan bumiputera. Walaupun program ini hanya memberi tumpuan kepada pembentukan dan pengembangan perusahaan mikro pada tahap yang rendah dan skala aset kemiskinan akhir, namun ia juga merangkumi perusahaan mikro yang lebih besar yang sangat penting kepada sumber pekerjaan.

Objektif program ini juga melihat sejauh mana peningkatan bilangan,pengembangan perusahaan mikro luar bandar, operasi yang menguntungkan dan penggunaan sumber secara mapan. Pelaburan pula akan menyokong kredit, kewangan mikro, pembangunan dan promosi perusahaan mikro, serta program dan penyelarasan polisi. Program tersebuta kan mematuhi prinsip kewangan dan sumber yang perlu diberi perhatian di kawasan terhad untuk mengelakkan kesan negatif. Penduduk miskin luar bandar juga mempunyai suara dalam perancangan program dan penyelarasan yang diperlukan semasa pelaksanaan program malah aktiviti tersebut akan menentukan intipati dan peluang yang ada dalam dasar tersebut.
             Kesemua projek dan program yang dirangka ini diharap dapat memberi manfaat kepada penduduk di Filipina kerana sebenarnya negara Filipina mempunyai aset sumber manusia yang sungguh berpotensi sekiranya pihak kerajaannya mengutamakan kebajikan dan keperluan semasa rakyatnya. Perkara asas yang perlu ada dalam sesebuah negara pada masa kini ialah penyebaran ilmu pengetahuan dikalangan penduduk yakni kejayaan dan komitmen sesebuah negara itu menyediakan taraf pendidikan yang saksama bagi rakyatnya. Oleh itu, ingin saya tekankan disini bahawa kita sememangnya bertuah kerana dilahirkan dibumi Malaysia maka, kita seharusnya memanfaatkan segala kelebihan yang dimiliki dan memaksimumkan potensi yang ada dalam diri kita. Sekian.

 

1 ulasan: