Isnin, 31 Disember 2012

Peristiwa yang memenuhi ruang dunia




SKAD 1273: Reruang dan Pembangunan




Peristiwa Tahun 1951 Hingga 1976.

Berdasarkan tahun yang disebutkan oleh responden , Puan Rahmah Binti Johor daripada temu bual sebelum ini  iaitu tahun 1951 dan 1976, terdapat beberapa peristiwa yang berlaku diseluruh dunia pada ketika itu sama ada dalam atau luar negara. Responden menyebut tahun 1951 kerana tahun tersebut merupakan tahun kelahirannya, manakala pada tahun 1976 pula kemudahan elektrik telah pun dinikmati oleh beliau sekeluarga. Melalui kajian ini, dapatlah saya simpulkan bahawa beliau berkemungkinan tidak mengetahui apa-apa peristiwa yang berlaku pada tahun 1951 di dalam dan luar negara tetapi tidak mustahil pada tahun 1967 kerana bekalan elektrik sudah terdapat dikampung beliau. Maka, sepanjang dua tahun tersebut, segala peristiwa atau kejadian yang melibatkan perubahan persekitaran ruang budaya dan sosial mungkin diketahui atau tidak oleh responden sama ada didalam atau luar negara atau ruang lingkup beliau. Mengambil asas tahun 1951 dan 1976 , terdapat beberapa peristiwa yang berlaku berdasarkan kajian saya.

Dalam negara.

4 Februari 1951

 Seorang wakil dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah mencadangkan agar slogan Hidup Melayu ditukarkan kepada Merdeka, sewaktu Persidangan Agung UMNO di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak diadakan.


23 dan 25 Mac 1951

 Persidangan Agung UMNO Setengah Tahun diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur telah meluluskan slogan Merdeka sebagai seruan rasmi UMNO.


Jun 1951

 Pada November 1950, Dato Onn bin Jaafar membuat cadangan untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu dan mengubah nama UMNO kepada United Malayan Organization. Beliau mahukan orang-orang Melayu bersifat terbuka dan menerima pendekatan baru dalam politik yang bersifat Malayan. Penglibatan beliau dalam RIDA dan Ahli Dalam Negeri telah mendedahkan beliau kepada dasar pentadbiran British yang ingin meMalayankan Tanah Melayu. Beliau bimbang orang Melayu akan terpencil dalam arus pembangunan ekonomi penjajah jika tidak bersikap terbuka. Bagaimanapun UMNO tidak dapat menerima idea Dato Onn bin Jaafar dan tidak yakin bahawa semua dasar UMNO akan dapat diputuskan bersama ahli berbagai kaum serta mendatangkan faedah kepada orang-orang Melayu.


25 dan 26 Ogos 1951

 Persidangan Agung UMNO diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Dato Onn bin Jaafar mengambil keputusan meninggalkan UMNO dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dipujuk untuk bertanding jawatan Yang DiPertua oleh Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dipilih menjadi Yang DiPertua UMNO mengalahkan Haji Ahmad Fuad, manakala Tun Abdul Razak bin Dato Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua.

Dunia.

13 Julai 1951

Bencana banjir kilat yang besar berlaku di Kansas,Amerika Syarikat. Dalam bencana tersebut seramai 24 orang telah terkorban dan bencana ini telah mengakibatkan kerugian sebanyak US$760.

Misteri Segi Tiga Bermuda 1951

Pelayaran Christopher Columbus di kawasan Lautan Atlantik melintasi Segi Tiga Bermuda telah merakamkan detik-detik yang tidak masuk dek akal kerana peralatan navigasinya tidak berfungsi sepanjang berada dikawasan berkenaan. Istilah Segi Tiga Bermula muncul kerana Miami, Puerto Rico dan Bermuda membentuk kawasan segi tiga di lautan tersebut yang mempunyai tenaga elektromagnet yang kuat. Berbagai peristiwa kehilangan kapal yang dilaporkan semasa melalui Segi Tiga Bermuda antaranya kapal SS Suduffco hilang dalam cuaca buruk tahun 1926, Pesawat British York transport lenyap bersama 33 orang penumpang dan kapal Jerman, Anita hilang dengan anak kapal seramai 32 orang pada 1972.  Peristiwa kehilangan kapal didokumentasikan buat pertama kalinya pada tahun 1951 oleh E.V.W Jones dari majalah Associated Press. Ini diikuti dengan pengeluaran artikel oleh beberapa individu antaranya Vincent Geddis pada tahun 1964 yang menyatakan bahawa segi tiga berkenaan sebagai kawasan yang mati.  Secara saintifiknya, bagi menjelaskan misteri kehilangan kapal  layar dan pesawat di Segi Tiga Bermuda adalah disebabkan oleh terdapatnya medan graviti yang kuat iaitu medan graviti berbalik dan anomali magnetik graviti. Segi Tiga Bermuda antara kawasan yang mempuyai medan graviti yang kuat di bumi selepas Makkah. Maka apabila kapal melaluinya ,kompas dan navigasi perkapalan elektronik menjadi tidak seimbang dan bergerak tidak normal disebabkan kekuatan elektromagnet graviti itu sendiri.


Dalam negara.

Tragedi 6 Jun 1976

Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens yang terkorban dalam nahas udara paling buruk dalam sejarah Sabah pada 6 Jun 1976. Seramai 11 orang terkorban dalam tragedi Pesawat Nomad tersebut termasuk juruterbang yang terhempas di Perairan Sembulan . Ketua Menteri Sabah ketika itu ialah Tun Mohd Fuad Stephens bersama 10 yang lain termasuk 3 menteri kabinet terkorban dalam nahas udara paling buruk dalam sejarah Sabah.

Dunia.

Gempa Bumi  Tangshan 1976.

Satu peristiwa hitam dalam sejarah dunia dicatatkan pada 7 Julai 1976 apabila gempa bumi meletus di China.  Gempa yang dianggap antara paling buruk abad ke-20 itu berlaku kira-kira 03.42 pagi telah menggegarkan penghuni di Tangshan, Hebei. Dianggarkan hampir 255 000 ribu orang terkorban dalam bencana alam yang tidak dapat dielakkan ini. Gempa bumi pada 8.0 skala richter ini berlaku pada pagi hari dan disusulan gempa seterusnya pada 7.8 skala richter 16 jam kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan