Isnin, 31 Disember 2012

Analisis Kualitatif Berdasarkan Transkrip Perbualan (Bahagian II )




Kod Kursus : SKAD1273




Tugasan :  Analisis Kualitatif Berdasarkan Transkrip Perbualan Responden.


Kaedah Kajian : Kaedah Kualitatif.

               Kaedah kualitatif merupakan satu kaedah yang digunakan bagi menggambarkan ciri-ciri subjek yang dikaji,ianya juga adalah satu proses yang tegas dan logik melalui erti data yang diberikan. Kebiasaannya kaedah ini memerlukan maklumat yang diperoleh melalui temu bual, soal selidik,pemerhatian dan analisis dokumen  iaitu satu teknik untuk mengumpul data dan instrumen . Data ini kemudiannya akan dianalisis secara terperinci kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil . Melalui dapatan kajian, responden secara tidak langsung akan menyentuh norma atau kebiasaan ,kehidupan peribadi dan cara hidup sesuai dengan hal-hal yang kerap dilakukan atau difikirkan penting. Dalam analisis kaedah kualitatif ini, terdapat dua kod yang harus dikenalpasti iaitu kod aksial dan kod terbuka.

                Kod aksial kebiasaannya merupakan elemen yang kerap disebut oleh responden disebabkan oleh kecenderungannya terhadap perkara tersebut ataupun yang berkaitan dengannya. Elemen ini amat penting dalam menganalisis data secara teliti. Lazimnya ,elemen ini menyentuh kehidupan sosial dan persekitaran responden seperti pekerjaan, tempat tinggal atau kawasan kediaman, latar belakang keluarga dan sebagainya. Manakala, kod terbuka pula adalah elemen sampingan yang dinyatakan selain yang terdapat dalam kod aksial. Elemen ini juga sebenarnya mempunyai saling kaitan antara elemen dalam kod aksial berdasarkan transkrip perbualan responden.  Hasil daripada temu bual bersama responden iaitu Puan Rahmah Binti Johor, saya dapat merumuskan beberapa elemen yang sering dinyatakan oleh responden iaitu tempat tinggal, sistem pengangkuatan dan jalan , perumahan , aspek pendidikan dan keluarga serta diri sendiri.



Hasil Kajian.

a)      Kod aksial.

1.      Tempat tinggal.

Berdasarkan temu bual ini responden kerap menyebut nama tempat tinggal bermula dari tahun 1951 hingga kini. Dalam tempoh tersebut, responden telah beberapa kali berpindah tempat tinggal disebabkan oleh tuntutan keluarga ,pendidikan dan persekitaran sosial. Responden menyebut sebanyak 17 kali.


·         Tempat tinggal aaa, lahir lah lahir kat Gopeng  Perak aaa Perak.. Pahtu makcik lahir dekat tu la hmm balai polis.. bapa mak cik polis aaa...

·         Pahtu mak cik aa besar ,masa mak cik sekolah kat Rembau, Negeri Sembilan.

·         Da.. da besar .. da sekolah kan .. masuk tingkatanlah kiranya.. mak cik pindah Perak balik.

·         Sungai Perak, pakai sampan.. sekarang da ada jalan da.. jalan-jalan cantik da.

·         Hah jauh.. kalau nak pergi bandar macam daripada Bangi ke Kajang, hah.. kawasan dia kawasan hutan macam tu lah..

·         Hah pegi sekolah masa tue tak naik sampan.. hah, naik kereta boleh.. hah dekat dalam kawasan tue( sekolah dalam kampung makcik iaitu di Rembau).

·         Haa makcik pindah Negeri Sembilan masa kecik-kecik lagi.. umur dua tahun sebab ikut bapak makcik ..haah, dia pindah pergi Rembau... makcik membesar kat situ lah tapi lahir kat kat kat Gopeng Perak, aaaa...

·         Pembangunan dekat Rembau aaa.. jalan da turap ,haah jalan kat Gopeng Perak tanah merah je.. ada bas tapi makcik pegi sekolah jalan kaki haaaah... yang pergi sekolah tu lah yang tanah merah, nak ke pekan baru jalan berturap..

·         Pekan kat Rembau masa tu ada rumah-rumah kedai aaa... ada ,klinik pon ada..balai polis pon ada tapi rumah kedainya kecik aje..

·         Dekat Rembau ,air dengan api ada.. hah, dekat Gopeng tu takde lah.. nak pergi Pekan kena naik bas lah..

·         Haah, bila makcik da habis sekolah sekolah rendah kat Rembau.. da besar-besar sikit makcik pindah ke Perak, ikut mak sedara makcik dekat Lenggong..

·         Bila makcik da umur 16 tahun makcik kahwin dengan pakcik, kampung dia dekat Bukit Sapi, Perak..

·         Lama makcik tinggal kat Bukit Sapi .. tahun 70an camtu baru pindah kat UKM ni .. aaa.. makcik ikut pakcik, dia kerja pengawal kat sini.. anak makcik empat orang baru kita datang sini masa tu.. aaa anak makcik lapan orang..

·         Bukit Sapi kampung lah.. rumah pun sama jugak, rumah papan atap zink, jiran semua pun sama aaa.. hmm, pekan ada aaaa.. masa tu Pekan Lenggong lah..

·         Pekan Lenggong masa tu ada jugaklah rumah kedai macam dekat Rembau.. aaa jalan ,jalan turap la.. Nak pergi Lenggong kena naik bas aaa..

·         Yang ada kat situ hmm klinik ada, panggung wayang ada, kedai-kedai lama.. iye la dulu pekan kecik aje kan..pasar pun ada , makcik dulu selalu pergi pasar.. hah itu yang makcik ingat kat Lenggong tu..

·         Anak makcik pun macam adik juga semua belajar.. ada yang sampai pergi Australia, tapi dia belajar naik motor aaa... kemalangan tapi masih hidup.. sekarang dia kerja kat bank..


2.      Sistem pengangkutan dan jalan.

Aspek ini juga turut menjadi bualan utama responden. Sistem pengangkutan ini amat penting dalam memahami arus pembangunan di tempat responden. Kita dapat mengenalpasti perubahan yang berkaitan dengan jenis kenderaan yang ada pada masa tersebut dan dalam masa yang sama, jalan turut berubah sejajar dengan peredaran masa. Daripada berjalan kaki dan bersampan kepada penggunaan bas dan kereta serta daripada jalan tanah merah kepada jalan raya berturap. Elemen ini disebut oleh responden sebanyak 10 kali.

  • Oh pembangunan di tempat mak cik yang duduk dulu.. mula-mula pakai sampan da ada jambatan da..
  • Kat Sungai Perak, pakai sampan.. sekarang da ada jalan da.. jalan-jalan cantik da.
  • Jalan dia tanah merah haah.. sekarang da batu da cantik kan.
  • Hah ingat, ada klinik ada sekolah ada.. takda naik sampan naik kereta da.
  • Iye, susah jugak lah nak dapat bas, sekarang ni pun makcik tengok susah nak dapat bas.. sejam macam tu baru ada bas.. haah, dulu tak banyak rumah bas pun kurang..
  • Iye ada perigi, dulu ada perigi.. rumah mak cik kan tepi jalan juga.. hah jalan dulu tanah merah sekarang da elok.
  • Pembangunan dekat Rembau aaa.. jalan da turap ,haah jalan kat Gopeng Perak tanah merah je.. ada bas tapi makcik pegi sekolah jalan kaki haaaah... yang pergi sekolah tu lah yang tanah merah, nak ke pekan baru jalan berturap..
  • Dekat Rembau ,air dengan api ada.. hah, dekat Gopeng tu takde lah.. nak pergi Pekan kena naik bas lah..
  • Hah masa dulu naik sampan nak pergi kampung mak cik ... dari seberang masuk kampung tu pakai sampan je la.
  • Hah pegi sekolah masa tue tak naik sampan.. hah, naik kereta boleh.. hah dekat dalam kawasan tue( sekolah dalam kampung makcik iaitu di Rembau).


3.      Perumahan.

Responden menyebut aspek perumahan sebanyak   10  kali. Elemen ini menjadi keutamaan kerana istilah rumah itu membawa makna sebagai rumah kediaman bagi responden. Elemen ini pasti akan disebut oleh responden kerana ianya mempunyai hubungkait secara langsung dengan kehidupan persekitaran responden. Dalam hal ini, tempat kediaman mengalami perubahan lebih baik kerana adanya peningkatan taraf hidup responden. Ini juga bergantung dengan keadaan pembangunan disekitar ruang lingkup yang memerlukan responden dan suami menyediakan tempat yang lebih selesa untuk keluarga. Perumahan ini bukan sahaja rumah kediaman tetapi juga rumah-rumah runcit yang menjadi tempat persinggahan atau dalam erti kata lain ruang sosial dan ekonomi responden.

  • Rumah ... rumah kalau rumah mak cik tu rumah papan.. hah, jiran tu ada yang batu lah haah
  • Tanam ,tanam pokok (kawasan sekitar rumah) ,hah macam rambutan .. kelapa hah kan macam-macamlah pokok.. hah, masih kampung masa kecik-kecik.
  • Rumah dulu memang papan , atap zink, bilik air kat bawah.
  • Yang ada kat situ hmm klinik ada, panggung wayang ada, kedai-kedai lama.. iye la dulu pekan kecik aje kan..pasar pun ada , makcik dulu selalu pergi pasar.. hah itu yang makcik ingat kat Lenggong tu..
  • Iye ada perigi, dulu ada perigi.. rumah mak cik kan tepi jalan juga.. hah jalan dulu tanah merah sekarang da elok.
  • Pekan kat Rembau masa tu ada rumah-rumah kedai aaa... ada ,klinik pon ada..balai polis pon ada tapi rumah kedainya kecik aje..
  • Bukit Sapi kampung lah.. rumah pun sama jugak, rumah papan atap zink, jiran semua pun sama aaa.. hmm, pekan ada aaaa.. masa tu Pekan Lenggong lah..
  • Pekan Lenggong masa tu ada jugaklah rumah kedai macam dekat Rembau.. aaa jalan ,jalan turap la.. Nak pergi Lenggong kena naik bas aaa..
  • Iyelah .. yang ingat, sungai ajelah masa mak cik dulu kecik hmm masa mak cik membasuh.. mak cik terjun tu kan.. terjun sungai tu kena kaca
·         Yang ada kat situ hmm klinik ada, panggung wayang ada, kedai-kedai lama.. iye la dulu pekan kecik aje kan..pasar pun ada , makcik dulu selalu pergi pasar.. hah itu yang makcik ingat kat Lenggong tu..


4.      Sistem Pendidikan.

Dalam masa yang sama, responden juga ada menyatakan tentang aspek pendidikan. Responden menyebut elemen ini sebanyak 5  kali.  Walaupun lahir dalam tahun 1950an namun responden tetap mendapat pendidikan disekolah rendah, ini disebabkan oleh keadaan keluarga yang tidak mengizinkan beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Pun begitu, pendidikan anak-anak turut dinyatakan oleh responden yang memberi makna bahawa aspek pendidikan amat dititikberatkan dan sebagai simbol legasi pendidikan dapat diteruskan oleh generasi seterusnya.

  • Da.. da besar .. da sekolah kan .. masuk tingkatanlah kiranya.. mak cik pindah Perak balik.
  • Hah ingat, ada klinik ada sekolah ada.. takda naik sampan naik kereta da.
  • Hah pegi sekolah masa tue tak naik sampan.. hah, naik kereta boleh.. hah dekat dalam kawasan tue( sekolah dalam kampung makcik iaitu di Rembau).
  • Haah, bila makcik da habis sekolah sekolah rendah kat Rembau.. da besar-besar sikit makcik pindah ke Perak, ikut mak sedara makcik dekat Lenggong..
  • Anak makcik pun macam adik juga semua belajar.. ada yang sampai pergi Australia, tapi dia belajar naik motor aaa... kemalangan tapi masih hidup.. sekarang dia kerja kat bank..

b ) Kod terbuka.

1.      Negara luar.

Elemen negara luar ini hanya dinyatakan sekali sahaja oleh responden disebabkan anak yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Walaupun tidak berkaitan dengan responden tetapi elemen ini berada diluar ruang lingkup responden dan anak responden yang menghubungkaitkan elemen ini.
  • Anak makcik pun macam adik juga semua belajar.. ada yang sampai pergi Australia, tapi dia belajar naik motor aaa... kemalangan tapi masih hidup.. sekarang dia kerja kat bank..


Kesimpulan.

             Hasil daripada analisis diatas, maka dapat saya simpulkan bahawa kaedah kualitatif berdasarkan temu bual ini dapt diperincikan kepada beberapa aspek penting dalam sesebuah traskrip perbualan. Dalam masa yang sama memahami perspektif subjek kajian melalui pemahaman terhadap pendapat, pengalaman dan perasaan responden secara menyeluruh dan holistik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan