Khamis, 3 Januari 2013

Sejarah Seremban


SKAD1273 Reruang dan Pembangunan


“Kajian luar mengenai pembangunan Bandar seremban”


  Nama asal bandar Seremban ialah Sungai Ujung. Seremban juga dikenali sebagai Seng Hyang Ujung, Saing Ujung atau Semujung. Bandar seremban ini terletak di hulu Sungai Linggi yang merupakan sungai yang terbesar di negeri ini. Sungai ini mengalir di bahagian selatan Bandar Seremban tersebut. Seremban ialah ibu negeri Negeri Sembilan, yang terletak dalam daerah Seremban, salah satu daripada tujuh daerah di Negeri Sembilan. Pentadbiran bandar dijalankan oleh Majlis Perbandaran Seremban.  Seremban terletak dalam 30 kilometer ke darat. Ia terletak dalam lembah Sungai Linggi, di kaki bukit Banjaran Titiwangsa. Rupa buminya secara umumnya berbukit-bukau, dan tanahnya adalah tanah laterit merah, sesuai untuk peladangan getah dan kelapa sawit, dengan itu menjadikan Seremban sebagai pusat pertanian di Negeri Sembilan.

      Sejak pembinaan Seremban, Sungai Linggi memainkan peranan penting dalam pembangunan bandar ini. Ketika perlombongan bijih timah besar-besaran, Sungai Linggi merupakan jalan pengangkutan utama untuk pedagang bijih timah. Kini, ia merupakan sumber air utama di Seremban dan Negeri Sembilan.

      Seremban mula dibangunkan ketika penemuan bijih timah pada 1870-an sama seperti bandar-bandar besar lain di Semenanjung Malaysia. Penemuan bijih timah di kawasan berdekatan iaitu Rasah menunjukkan kedatangan imigran Arab, Melayu dan Cina untuk bekerja di lombong ini dan berniaga. Penduduk Melayu tempatan kebanyakannya bekerja sebagai petani dan keberatan untuk menempuhi cabaran-cabaran baru. Kota Seremban memiliki kesamaan dengan kota Bukit tinggi.

      Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong membangun bukan sahaja sebagai kawasan perlombongan tetapi juga pusat perniagaan. Sungai Linggi merupakan satu-satunya laluan keluar untuk mengangkut bijih dan bekalan keluar dan masuk bandar. Pendapatan tidak hanya datang dari dagangan bijih timah tetapi juga dari kutipan cukai yang banyak yang tidak disukai para pedagang dan kolonial British di pelabuhan terdekat iaitu di Melaka. Pembesar tempatan, Dato’ Kelana dan Dato’Bandar di Sungai Ujong berebut akan hak memungut cukai dan ketuanan dan penguasaan lombong-lombong tersebut. Kesengketaan tersebut membuka peluang kepada pengaruh Britih di Negeri Sembilan. Britih memihak kepada Dato’ Kelana setelah dijemput dan mengalahkan angkatan Dato’ Bandar yang kemudiannya dibuang ke Singapura.

      Sebagai tanda penghargaan kepada British yang telah membantu beliau menang dalam peperangan tersebut, Dato’ Kelana tiada pilihan lain selain menerima Residen British yang menjadi penasihatnya yang tidak berkaitan agama dan adat Melayu. Kapten Murray dilantik sebagai residen pertama dan kemudian tinggal di Channer Road, yang kini dinamakan Jalan Dato' Siamang Gagap. Sejurus selapas itu, penduduk Rasah mula berpindah berdekatan Channer Road bagi menjamin keselamatan dan pentadbiran yang teratur. Begitulah serba sedikit mengenai sejarah Seremban ini.


LIMA ASPEK MENGENAI KAJIAN DI SEREMBAN MENGIKUT PANDANGAN KEVIN LYNCH


      Setelah selesai menjalankan tugas yang diberikan oleh Prof. Madya Abdul Hadi kepada kami iaitu kajian lapangan mengenai latar belakang di kawasan seremban, terdapat beberapa aspek yang saya dapat lihat mengenai kawasan seremban ini mengikut pandangan Kevin Lynch. Aspek-aspek ini telah menunjukkan setiap sudut perkembangan kawasan seremban ini. Aspek-aspek yang telah diambil perhatian dalam menentukan pembangunan kawasan ini iaitu Nod, Daerah, Laluan, Pinggiran dan ,Mercutanda.  

      Daripada segi aspek yang pertama iaitu Daerah. Seremban merupakan antara daerah yang terdapat di negeri Sembilan. Bandar Seremban muncul seperti mana bandar-bandar lain di negara ini iaitu di sekitar tahun 1870-an dan dipercayai bermula apabila kawasan di sekitar Rasah di dapati kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah. Apabila ianya mengalami kemasukan penduduk (migrasi) yang pesat terdiri dari orang-orang Cina, Arab dan juga bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga merupakan pusat perdagangan. Bandar seremban ini juga bersebelahan dengan Port Dickson yang sememangnya terletak di barat daya kawasan seremban.

      Aspek kedua pula iaitu Pinggiran. Berdasarkan kajian yang kami jalankan, kami telah memilih sebuah lorong iaitu Lorong Sazwan. Lorong ini dipisahkan dengan lorong-lorong yang lain. Pinggiran lorong yang kami kaji ini ialah deretan pelbagai jenis kedai yang mana majoritinya diusahakan oleh kaum india. Penghujung lorong yang kami kaji ini ialah sebuah gereja dan disebelah hujung bahagian belakang pula ialah sebuah supermarket yang menjual pelbagai jenis barangan.

     Seterusnya, bagi mercutanda untuk Bandar seremban ini ialah Wisma Persekutuan Seremban dan Majlis Perbandaran Seremban di mana tempat ini merupakan kunjungan orang ramai terutama masyarakat seremban untuk menjalankan urusan pentadbiran. Setiap urusan yang melibatkan pentadbiran di daerah seremban ini dilakukan di sini. Selain itu, di seremban ini juga terdapat sebuah masjid yang begitu besar yang boleh juga dikatakan sebagai mercutanda atau simbolik bagi daerah ini iaitu Masjid Negeri. Masjid ini merupakan masjid terbesar di daerah seremban.

     Disamping itu, laluan bagi lorong yang kami kaji ini ialah lorong sazwan. Dalam lorong tersebut, pelbagai kedai telah diusahakan terutamanya daripada kaum india. Mereka lebih banyak memfokuskan dalam menjual baju kaum india. Laluan ini juga dijadikan laluan untuk ke gereja seremban oleh golongan yang menganuti agama kristian. Menurut sumber lagi, laluan ini kebiasaannya juga akan dijadikan sebagai laluan untuk membuat pelbagai perarakan sempena berlangsung sesuatu pesta atau keramaian. Sebagai contoh, apabila berlangsungnya Hari Deepavali, ramai masyarakat india berarak di laluan tersebut.

      Aspek yang kelima iaitu aspek terakhir ialah nod. Nod ini merupakan titik perjalanan kami semasa melakukan kajian di seremban. Nod kami adalah bermula di ukm iaitu stesen keretapi ukm. Dalam perjalanan ke seremban, kami telah menaiki keretapi dan berhenti di beberapa buah stesen keretapi iaitu bangi, batang benar, nilai, labu, tirai dan berakhir di seremban. Setiap stesen mempunyai pemandangan yang berbeza-beza. Sampai sahaja di seremban, kami melintas jalan raya untuk pergi ke tempat kajian kami. Pelbagai deretan kedai telah kami jumpa sepanjang perjalanan kami untuk melakukan kajian.

      Secara keseluruhannya, dalam kajian kami ini kami telah melihat pembangunan Bandar seremban melalui beberapa aspek mengikut pandangan kevin lynch. Sememangnya Bandar seremban mempunyai keunikan yang tersendiri samaada dari segi reka bentuk bangunan mahupun suasana di kawasan tersebut.



Hasil Kajian

Antara Kedai-Kedai Yang Terdapat Di Sepanjang Jalan Dato Lee Fong Yee

Gereja (church of visitation)

BAHAGIAN KANAN


  1. Yusof building
    1. Kedai emas
    2. Magaram boutique materials
    3. Santhass wf craft
    4. Rare collection
    5. Pusat perubatan hemopathi ananthi
    6. Famous Bollywood fashion
    7. Saloon mayfair
  2. Ooty one restaurant
  3. Persatuan Kwongsai NS (bangunan 1981)
  4. Persatuan NS tham clans men & Thong thai hin ent (bangunan 1981)
  5. Klinik pakar balen (pakar perut usus dan hati)
  6. Agensi penghantaran kargo BIN DAWOOD
  7. Pusat muzik sahana (bangunan 1969)
  8. Minas pusat latihan computer (bangunan 1919)
  9. Restoran sima (bangunan 1919)
  10. Pusat muzik doremi (bangunan 1976)
  11. Restoran queen (bangunan 1990)
  12. Pusat computer microware (bangunan 1921)
  13. Fujifilm sekuntum studio
  14. Pusat fotostat sastronic
  15. YJ marketing
  16. Kedai sukan b.strong
  17. Hotel nam leow
  18. Kedai emas AMB
  19. Kedai gunting rambut Huresh
  20. Tune talk kedai alat telko
  21. Kedai alat jahitan jaya (bangunan 1920)
  22. Public bank dan persatuan perniagaan getah negeri sembilan (bangunan 1956)
  23. Agensi nombor ramalan
  24. Kedai jam dan pen chuah cheong
  25. Restoran bidara curry
  26. Expo pusat kasut NS

BAHAGIAN KIRI


  1. Lucky plaza
    1. Syarikat insuran
    2. Agen pelancongan
    3. Kelas piano
    4. Kedai dvd
    5. Klinik Samuel
    6. Klinik gigi
  2. AIA bank
  3. AM bank
  4. Bangunan UOB (united overseas bank)
  5. Hotel angsana inn
  6. OCBC bank
  7. Restoren hung wan
  8. Kedai alat telko digi
  9. Pusat alat computer HS sukan
  10. Dr Mosais vinegar
  11. LMS handicraft (barang pengantin)
  12. Yee kee beef noodles
  13. Leviniaya Jewellery
  14. Farmasi wangsa
  15. Pusat tuisyen cemerlang seremban
  16. Tan kang hai transport co ltd
  17. Kedai cermin hawang
  18. Menara JCS

Antara Kedai-Kedai Yang Sempat Ditemubual


1.      Kedai Kunci Mr Tan

      Encik Tan seorang peniaga anak kunci, tombol pintu dan pendua kunci. Beliau telah meniaga di Jalan dato’ Lee fong yee selama 8 tahun. Seremban merupakan satu bandar kecil. Dalam masa sepuluh tahun, tidak banyak perubahan yang berlaku. Mr tan lahir di Seremban. Jalan Dato Lee Fong Yee ini dipenuhi dengan orang india kerana orang china semuanya bergerak ke Seremban 2 manakala orang Melayu kebanyakannya mencari rezeki di Senawang.

      Ini semua kerana pemerintahan. Kerajaan tidak jalankan sebarang perubahan keatas daerah ini. Seremban mempunyai tiga jalan besar dan sembilan lorong. Dari dulu hingga kini, tidak berubah. Cuma, perubahan yang dating dari segi astro, dulu kampung, sekarang seremban sudah menjadi sebuah pekan.

      Bangunan yang terdapat di jalan ini semuanya merupakan seni bina inggeris. Peninggalan jajahan inggeris suatu masa dahulu. Jalan sepanjang jalan ini memang sibuk kerana ada kedai makan dan bank. Apabila disoal tentang apa yang menarik di seremban, mr tan menjawab, tiada.

      Seremban merupakan pekan kecil di tengah-tengah antara kuala lumpur dan Melaka. Kedua-duanya merupakan tempat yang popular, jadi Seremban hanya sekadar satu laluan sahaja. Encik tan menganggap, pembangunan seremban sangat perlahan kerana kerajaan tidak mengambil kesempatan membangunkan pantai Port Dickson. Pantai yang panjangnya lebih kurang 12 batu itu kotor. Kalaulah pantai tersebut dicantikkan dan dijaga dengan baik, pasti pekan seremban akan menjadi tempat persinggahan.



2.      Kedai Alatan Sembahyang En Suresh

      Perniagaan beliau ialah menjual peralatan sembahyang (santhaas wf craft). Beliau seorang india beragama hindu. Menjual peralatan sembahyang bagi semua agama termasuk kristian, hindhu, budha, dan agama islam. Beliau telah berniaga lebih kurang 3 minggu. Tetapi perniagaan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan memandangkan kedai menjual peralatan sembahyang hanya ada satu dan kedai beliau terletak berhadapan dengan gereja.

      Bahagian jalan Dato lee fong yee ini, majority peniaga adalah masyarakat india tetapi berbilang agama. Kedudukan masjid, gereja dan kuil yang tidak terlalu jauh dan masyarakat india disini semuanya peramah dan tidak memandang agama. Setelah lebih kurang sebulan tinggal di Seremban, beliau menganggap mercu tanda seremban adalah gereja besar (church of the visitation). Semua orang dari Kuala Lumpur akan melalui jalan besar di hadapan gereja tersebut dan kemudian akan lalu di sebelah padang, kuil dan juga masjid.

3.       “Seremban Little India”


      Semasa menjalankan kajian di Bandar Seremban, kami telah menemu-bual beberapa buah kedai yang terdapat di sepanjang jalan. Kawasan yang sempat kami terokai merupakan kawasan ruang perniagaan masyarakat india. Kawasan tersebut dinamakan sebagai “Seremban Little India”. Antara kedai yang berjaya kami temu ramah ialah kedai menjual pakaian kaum india yang terletak di bangunan yang dinamakan Yusof Building. Menurut pemilik kedai berkenaan, mereka baru sahaja memulakan perniagaan tersebut selama 6 bulan yang lalu. Menurutnya, sewa bulanan yang dikenakan adalah RM 1800 sebulan tidak termasuk bil elektrik dan bekalan air. Perniagaan mereka tertumpu kepada menjual pakaian tradisional kaum india.



4.      Kedai Aksesori Puan Ramlah

      Seterusnya, kami melawat ke kedai aksesori wanita yang terletak sebaris dengan kedai pakaian tradisional tersebut. Kedai yang dimiliki oleh Puan Ramlah Binti Omar ini sudah beroperasi selama 3 tahun. Menurut beliau, kawasan ruang perniagaan tersebut memang sangat sibuk terutamanya jika menjelang hari perayaan. Terdapat juga ahli-ahli politik yang datang berkunjung ke setiap kedai semasa hari perayaan dengan memberikan beberapa buah tangan seperti biskut-biskut, keropok dan kuih-muih kepada pemilik kedai. 
Lampiran.

Gerbang Seremban


Bangunan Yusaof dan Seremban Littla India

Papan Tanda ke Masjid Seremban



Antara Deretan Kedai Sepanjang Jalan


Supermarket Seremban


Dewan Perbandaran Seremban


Mercu Tanda Seremban di stesen kereta api

 Gereja Seremban

Tiada ulasan:

Catat Ulasan