Rabu, 29 Oktober 2014

Hak Orang Tertuduh Mengikut Hukum Syarak

1.      Pengertian dan jenis jenayah
- Jenayah menurut syarak ialah perbuatan yang diharamkan, sama ada perbuatan itu dilakukan pada jiwa, harta atau selainnya.
- Hukuman dijatuhkan berlandaskan hukum syarak yg terbahagi kpd 4 jenis iaitu hudud, qisas, diat dan ta’zir.
- Hukuman ta’zir boleh dibahagikan kpd 2 jenis
i)                    Kesalahan yang ditetapkan oleh al-Quran dan al-sunnah, cth perbuatan khianat terhadap amanah, rasuah, mencuri, memberi kesaksian dan keterangan palsu dsbgnya. Hukuman jenis ini ditentukan oleh pemerintah.
ii)                  Kesalahan yang ditetapkan oleh pemerintah melalui institusi tertentu seperti kesalahan atau jenayah ekonomi, memiliki atau membawa senjata api tanpa kebenaran, melanggar syarat-syarat ketenteraman dan keselamatan tempat awam, gedung perniagaan atau kilang. Hukuman kesalahan ini ditentukan oleh kerajaan.
Kes pembahagian kesalahan jenayah dan sivil; kesalahan jenayah : pendakwa ialah pihak berkuasa manakala kesalahan sivil : pendakwa ialah org yg berkepentingan. Namun dalam perspektif Islam, keputusan hakim (kadi) dalam semua kes yang dibicarakan wajib dilaksanakan. 
2.      Seseorang tidak bersalah melainkan dibuktikan sebaliknya.
- Pada asalnya seseorang itu tidak bersalah dan bebas daripada mana-mana tanggungan sehingga dibuktikan bahawa dia bersalah.
- Org yg dituduh berhak menuntut agar kesalahan yg dikatakan dilakukannya dibuktikan dgn jelas dan nyata untuk menghapuskan keyakinan asal bahawanya ia tidak bersalah melainkan dibuktikan sebaliknya. 
3.      Beban membukti
- Seseorg itu tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah, dan seseorg itu tidak melakukan jenayah melainkan setelah disabitkan perbuatannya. Dalam proses pensabitan, yang tertuduh mempunyai hak membela diri, dan yg menuduh hendaklah membuktikan kebenaran tuduhannya. Ini bermakna beban pembuktian adalah ke atas yg mendakwa atau menuduh. Sabda Rasulullah SAW, “ Keterangan di atas yang menuduh dan sumpah di atas yang menafikannya”.
4.      Hak yang dituduh untuk diberi peluang membela diri
- Orang yg dituduh mempunyai hak untuk membela diri, sama ada menolak semua tuduhan, atau mengakui sebahagian drpd tuduhan itu dan menolak yg sebahagian yg lain.
- Hakim harus mendengar keterangan dan hujah kedua-dua pihak sebelum menjatuhkan hukuman. Hukuman hendaklah berdasarkan keterangan yg zahir, sebaliknya yang tersembunyi Allah yg akan menghukumnya. 
5.      Hak mendapat layanan yang adil
- Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang bertugas menghakimkan di antara orang-orang Islam hendaklah melakukan keadilan ke atas mereka dalam percakapan, isyarat dan duduknya, dan jangan mengangkat suaranya kepada seseorang dan tidak kepada yang lain”.
- Adalah menjadi hak org yg dituduh mendapat layanan yg adil dan saksama drpd mahkamah. 
6.      Hak mengetahui pertuduhan
- Seseorang yg dituduh berhak mengetahui sebab-sebab ia dituduh atau disiasat agar ia dapat mempertahankan haknya. Tindakan ini mematuhi hukum syarak. Rasulullah saw telah memerintahkan Saidina Ali agar mendengar dahulu keterangan dan hujah kedua-dua belah pihak sebelm menjatuhkan hukuman.
Selain itu, hak yg dituduh utk mengetahui dan memahami pertuduhan tidak tercabul, malah dipertahankan dan dijaga.
- Islam mewajidkan agar ada seorang penterjemah yg dipercayai tetapi menurut mazhab syafie, penterjemah itu sekurang-kurangnya haruslah terdiri drpd dua orang atau boleh juga dikiaskan seperti saksi, dgn alasan bahawa terjemahan itu tidak difahami oleh hakim agar proses penapisan dan penelitian dapat dilaksanakan dgn sempurna.
7.      Hak untuk membela diri
- Prinsip yg terpenting dalam Islam ialah keadilan dikalangan pihak yg bertelingkah di mahkamah ialah jaminan terhadap hak orang yg dituduh untuk mempertahankan diri tanpa wakil atau melalui wakilnya. Jika ia dihukum tanpa dipanggil untuk membela diri, maka hukuman itu terbatal. Pendapat ini disepakati oleh ulama.
- Jika ia sengaja tidak hadir , maka mahkamah hendaklah menghantar petugas khas untuk memaksa ia hadir.
- Menurut pendapat Imam Syafie, dalam proses memaksa kehadirannya, org yg dituduh itu hendaklah dijaga aib syariah dan kehormatannya. Ini bermakna jika hakim menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh sebelum org itu diberi peluang membela diri, maka hukuman itu terbatal. Jika org itu ghaib atau tidak diketahui di mana ia berada, maka perbicaraan ke atasnya tidak boleh dilaksanakan, kebanyakan ulama mengharuskan perbicaraan dan hukuman, tertakluk kpd syarat tertentu.
8.      Hak membela diri melalui wakil 
9.      Hak untuk mengetahui maklumat pihak yg menuduh dan menyoal balas
10.  Hak merayu
i)                    Meminta dibicarakan semula
ii)                  Menolak hukuman; berhubung dgn kes atau perbicaraan tanpa dihadiri oleh org yg dituntut atau didakwa. Dalam keadaan ini org itu berhak membela dirinya dgn menolak hukuman iaitu menolak kes agar dilihat semula keran berkemungkinan org itu mempunyai keterangan yg tidak dikemukakan dalam perbicaraan yg terdahulu kerana ketiadaannya.
iii)                Membantah hukuman; hukuman boleh dibantah jika hukuman itu jelas salah. Tertuduh berhak merayu dan membantah jika terkilan dgn hukuman tersebut dan terdapat tanda-tanda yg menunjukkan terdapat kesalahan (sama ada dari segi fakta atau undang2) dalam proses perbicaraan. 
11.  Hak untuk memohon keringanan dan kemaafan
- Tertuduh yg disabitkan kesalahan berhak memohon keringanan atau kemaafan. Bagaimanapun ia tidaklah bermaksud permohonan tersebut wajib dilayan. Dalam kes-kes hudud yg disabitkan, kerajaan atau org perseorangan atau sesiapa sahaja tidak berhak memberi keringan atau kemaafan. Dalam kes qisas atau diat pula, org yg menjadi korban atau warisnya berhak memaafkan org yg didakwa.

Sumber : Dr Mahmud Saedon A.Othman (Dipetik dari AlAhkam, Jilid 2, Undang-Undang Pentadbiran Keadilan Jenayah di Malaysia)



 

Jumaat, 10 Oktober 2014

100 TOUCHPOINTS IN BUDGET 2015




    103. PESARA KERAJAAN AKAN TERIMA BANTUAN KHAS RM250.
    102. PENJAWAT AWAM AKAN MENERIMA BONUS SETENGAH BULAN GAJI DENGAN BAYARAN MINIMUM RM500, DIBAYAR PADA JANUARI 2015.
    101. ELAUN AHLI DEWAN NEGARA DINAIKKAN DARIPADA BERSAMAAN GRED 48 KEPADA BERSAMAAN ANTARA GRED 54 DAN JUSA C.
    100. ELAUN AHLI DEWAN RAKYAT DINAIKKAN DARIPADA GRED 54 KEPADA BERSAMAAN GRED JUSA C.
    99. BR1M AKAN DIBAYAR TIGA KALI SETAHUN IAITU RM300 PADA JANUARI DAN MEI, MANAKALA BAKINYA RM350 DIBAYAR MULAI SEPTEMBER 2015.
    98. SYARAT KELAYAKAN PENDAPATAN ISI RUMAH DINAIKKAN DARIPADA RM8,000 KEPADA RM10,000.
    97. HARGA MINIMUM RUMAH PPA1M YANG BERHARGA RM150,000 DITURUNKAN KEPADA RM90,000.
    96. HAD KELAYAKAN MAKSIMUM DINAIKKAN DARIPADA RM450,000 KEPADA RM600,000.
    95. HAD KELAYAKAN MINIMUM PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM DINAIKKAN DARIPADA KADAR RM80,000 KEPADA RM120,000.
    94. PEGAWAI DAN KAKITANGAN KONTRAK KEMAS, JASA, JPNIN, JAKIM DAN SERANTA FELDA YANG BERKHIDMAT LEBIH 15 TAHUN, AKAN TERIMA BANTUAN BULANAN RM300 SEORANG.
    93. KERAJAAN PERUNTUKAN RM30 JUTA KEPADA YAYASAN RESTU UNTUK TEMPOH TIGA TAHUN BAGI MENCETAK AL-QURAN DAN DIEDAR KE SELURUH DUNIA.
    92. GERAN SECARA ONE-OFF DENGAN PERUNTUKAN RM50 JUTA DISEDIAKAN KEPADA NGO BERWIBAWA TERMASUK YANG BERUNIFORM.
    91. BAGI MENINGKATKAN KESELAMATAN MARITIM, APMM DISEDIAKAN PERUNTUKAN SEBANYAK RM393 JUTA.
    90. UNTUK KURANGKAN KADAR JENAYAH KERAJAAN LULUSKAN TAMBAHAN SEBANYAK 11,757 PERJAWATAN ANGGOTA POLIS.
    89. BAGI MENINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM SERTA PERTAHANAN NEGARA, RM17.7 BILION DISEDIAKAN UNTUK ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DAN RM9.1 BILION UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA.
    88. PEMBINAAN LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2 AKAN DIGIATKAN DENGAN KOS RM3 BILION YANG MAMPU MENAMBAH BEKALAN AIR TERAWAT SEBANYAK 1,130 JUTA LITER AIR SEHARI.
    87. KERAJAAN AKAN SEDIAKAN 'NATIONAL WATER BLUEPRINT' BAGI MEMASTIKAN KELANGSUNGAN BEKALAN AIR DI SELURUH NEGARA.
    86. SEJUMLAH RM4.5 BILION DIPERUNTUKKAN KEPADA SABAH DAN SARAWAK UNTUK TINGKATKAN KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR LUAR BANDAR.
    85. KERAJAAN SETUJU LANJUTKAN PENGECUALIAN DUTI STEM 50 PERATUS KE ATAS SURAT CARA PINDAH MILIK DAN PERJANJIAN PINJAMAN.
    84. KERAJAAN AKAN BINA 26,000 UNIT RUMAH PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT OLEH JABATAN PERUMAHAN NEGARA, DENGAN PERUNTUKAN RM644 JUTA.
    83. KERAJAAN AKAN BINA 80,000 UNIT RUMAH PR1MA DENGAN PERUNTUKAN RM1.3 BILION.
    82. PELEPASAN CUKAI BAGI SETIAP ANAK OKU NAIK KEPADA RM6,000 DARIPADA RM5,000 SEKARANG.
    81. DANA BERJUMLAH RM1.2 BILION DISEDIAKAN SEBAGAI BANTUAN KEWANGAN KEPADA KELUARGA MISKIN, KANAK-KANAK, WARGA EMAS DAN OKU.
    80. KERAJAAN PERUNTUKKAN RM2.2 BILION KEPADA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT UNTUK LAKSANA PELBAGAI PROGRAM.
    79. PELEPASAN CUKAI BAGI PERBELANJAAN PERUBATAN PENYAKIT SEPERTI KANSER, KEGAGALAN BUAH PINGGANG, DAN SERANGAN JANTUNG DINAIKKAN SEHINGGA RM6,000 BERBANDING RM5,000 SEKARANG.
    78. KERAJAAN AKAN GANTI 635 UNIT MESIN DIALISIS DI HOSPITAL DAN KLINIK KERAJAAN PERUNTUKAN SEBANYAK RM30 JUTA.
    77. KERAJAAN AKAN TAMBAH 30 KLINIK 1MALAYSIA KEPADA JUMLAH KESELURUHAN SEBANYAK 290 BUAH DI SELURUH NEGARA.
    76. KERAJAAN AKAN BINA DUA BUAH HOSPITAL IAITU HOSPITAL DUNGUN DI TERENGGANU DAN HOSPITAL SERI ISKANDAR DI PERAK.
    75. KERAJAAN AKAN TERUSKAN INSENTIF UNTUK PENANAMAN BAHARU DAN PENANAMAN SEMULA GETAH DENGAN PERUNTUKAN SEBANYAK RM41 JUTA.
    74. LEMBAGA GETAH MALAYSIA DIBERI PERUNTUKAN RM100 JUTA BAGI LAKSANA MEKANISME KAWAL SELIA HARGA DI PERINGKAT LADANG BAGI MENGAWAL KERUGIAN JIKA HARGA GETAH DUNIA JATUH.
    73. BERMULA APRIL 2015, PERKHIDMATAN 'ELECTRIC TRAIN SERVICE' ATAU ETS IPOH-BUTTERWORTH DILAKSANAKAN.
    72. TAMBANG BULANAN DENGAN KADAR DISKAUN 30 PERATUS BAGI PENGGUNA PERKHIDMATAN BAS RAWANGK-KL, KLANG-KL DAN SEREMBAN-KL.
    71. UNIT PEMANTAUAN HARGA SERAMAI 1,300 ANGGOTA DAN SKUAD PENGGUNA SERAMAI 202,800 SUKARELAWAN.
    70. KERAJAAN PERKUKUH UNIT PENGUATKUASAAN GST DENGAN 2,270 ANGGOTA.
    69. KERAJAAN AKAN TAMBAH 20 BUAH LAGI KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA ATAU KR1M DI SEMENANJUNG.
    68. ELAUN SARA HIDUP NELAYAN ZON B DAN C, NAIK KEPADA RM250 SEBULAN.
    67. ELAUN SARA HIDUP NELAYAN ZON A NAIK KEPADA RM300 DARIPADA RM200 SEBULAN.
    66. KERAJAAN BERI GERAN PEMADANAN SEBANYAK RM100 JUTA KEPADA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG UNTUK AHLI-AHLINYA BUAT PINJAMAN.
    65. MULAI TAHUN 2015 HINGGA 2017, KERAJAAN BUKA 65 PASAR TANI KEKAL DAN 50 PASAR IKAN BEROPERASI SETIAP HARI DI LOKASI TERPILIH.
    64. KERAJAAN MEMPERUNTUKKAN SEJUMLAH RM6 BILION KEPADA KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI.
    63. PROGRAM BAUCER BUKU 1MALAYSIA DITERUSKAN DENGAN KADAR RM250 SEORANG, 1.3 JUTA PELAJAR DAPAT MANFAAT.
    62. KERAJAAN TERUSKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN, RM100 RINGGIT SEORANG AKAN DISALURKAN MULAI JANUARI KEPADA 5.4 JUTA PELAJAR.
    61. KERAJAAN PERUNTUKAN RM103 JUTA UNTUK REALISASIKAN BLUEPRINT NEGARA BERSUKAN.
    60. KERAJAAN JUGA BERI RM200 SEBULAN UNTUK TEMPOH 2 TAHUN PERTAMA BAGI KURANGKAN BEBAN ANSURAN BULANAN.
    59. SKIM PERUMAHAN BELIA TAWAR PEMILIKAN RUMAH PERTAMA BERNILAI TIDAK LEBIH RM500 RIBU KEPADA BELIA BERKAHWIN BERUMUR 25 HINGGA 40 TAHUN.
    58. KERAJAAN AKAN WUJUDKAN '1MALAYSIA YOUTH CITY' DENGAN PERIUNTUKAN RM100 JUTA BAGI BIAYA PROJEK PERINTIS DI SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK.
    57. KERAJAAN LAKSANA PROGRAM AGROPRENEUR MUDA OLEH FAMA LIBATKAN 1,200 BELIA DENGAN SASARAN PENDAPAT LEBIH RM5,000 SEBULAN.
    56. KERAJAAN PERUNTUKAN RM320 JUTA UNTUK LANCAR PELAN TRANSFORMASI BELIA NEGARA.
    55. MULAI JANUARI 2015, KERAJAAN BENARKAN MAJIKAN KENDALI PUSAT PENJAGAAN KANAK-KANAK MELEBIHI TINGKAT DUA.
    54. BAGI PENJAWAT AWAM; KERAJAAN BERSETUJU MENAMBAH BAIK KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK DENGAN MEMINDA SYARAT PEMBERIAN SUPAYA TIDAK TERIKAT DENGAN TEMPOH CUTI BERSALIN.
    53. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT DIPERUNTUKAN SEJUMLAH RM2.26 BILION, BAGI PEMBANGUNAN DAN OPERASI.
    52. RM 262 JUTA BAGI MEMBIAYAI KOS PENGANGKUTAN & PENGUATKUASAAN KAWALAN HARGA BARANGAN KEPERLUAN HARIAN.
    51. RM 50 JUTA BAGI MEMANJANGKAN LANDASAN LAPANGAN TERBANG LAHAD DATU.
    50. 2 KEM AKAN DIBINA DI ESSZONE IAITU DI BELURAN & LAHAD DATU, SABAH.
    49. RM 660 JUTA UNTUK ESSCOM BAGI TINGKAT KESELAMATAN ESSZONE.
    48. KERAJAAN AKAN SEDIAKAN PERKHIDMATAN PERUBATAN NUKLEAR & RADIOTERAPI BAGI MERAWAT PESAKIT KANSER DI HOSPITAL WANITA & KANAK-KANAK LIKAS, SABAH.
    47. KERAJAAN AKAN MULA BINA LEBUH RAYA PAN BORNEO DENGAN PERUNTUKKAN RM 27 BILION.
    46. RM 72 JUTA AKAN DIGUNAKAN OLEH YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA DALAM PERLAKSAAN 3 PROGRAM.
    45. RM 2 BILION MENERUSI MARA KEPADA PELAJAR BUMIPUTERA YANG LAYAK UNTUK TAJAAN PELAJARAN.
    44. LEMBAGA TABUNG HAJI MEMPERUNTUKKAN RM 200 JUTA BAGI PENUBUHAN AKAUN PELABURAN TERHAD PATUH SYARIAH DI BANK ISLAM.
    43. PERUNTUKAN TAMBAHAN RM30 JUTA BAGI SKIM USAHAWAN PERMULAAN BUMIPUTERA, SUPERB.
    42. STRATEGI KE-4 BAJET 2015 ; MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA.
    41. RM 300 JUTA BAGI PROGRAM 1MALAYSIA GRIP.
    40. GALAKAN CUKAI BAGI SKIM LATIHAN 1MALAYSIA DILANJUTKAN HINGGA 31 DISEMBER 2020.
    39. KERAJAAN AKAN PERKENAL SISTEM INSURANS PEKERJAAN BAGI TUJUAN MEMBANTU PEKERJA YANG DIBERHENTIKAN.
    38. TALENT CORP MENYEDIAKAN 30 JUTA RINGGIT BAGI PELBAGAI PROGRAM.
    37. KERAJAAN CADANGAN 10 PERATUS REBAT BAGI MEMBOLEHKAN PEMINJAM MEMBUAT BAYARAN BALIK SELAMA 12 BULAN.
    36. KERAJAAN AMBIL LANGKAH BAHARU BAGI PEMINJAM PTPTN.
    35. RM 112 JUTA LAGI DIPERUNTUKKAN BAGI PROGRAM MYBRAIN15.
    34. RM 3 BILION DIPERUNTUKKAN BAGI TUJUAN PENAJAAN PELAJARAN MENERUSI JPA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN & KEMENTERIAN KESIHATAN.
    33. RM 800 JUTA BAGI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN FASILITI PENDIDIKAN.
    32. POTONGAN 2 KALI CUKAI PENDAPATAN KE ATAS SYARIKAT YANG LAKSANA PROGRAM LATIHAN AMALI BERSTURKTUR DI PERINGKAT DIPLOMA & VOKASIONAL.
    31. POTONGAN 2 KALI CUKAI PENDAPATAN KEPADA BIASISWA UNTUK PELAJAR DI PERINGKAT PENSIJILAN VOKASIONAL & TEKNIK.
    30. RM 50 JUTA DIPERUNTUKKAN KEPADA MARA BAGI PROGRAM LATIHAN TEKNIKAL & VOKASIONAL, TEVT.
    29. RM 100 JUTA DILULUSKAN KEPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAGI MENEMPATKAN 10 RIBU PELAJAR DI KOLEJ TEKNIKAL & VOKASIONAL SWASTA.
    28. RM 1.2 BILION DIPERUNTUKKAN BAGI PROGRAM TRANSFORMASI & TEKNIK SERTA NAIK TARAF KOLEJ.
    27. 12 SEKOLAH BAHARU AKAN DIBINA DI SELURUH NEGARA.
    26. KERAJAAN AKAN MEMPERLUAS PROGRAM SEKOLAH AMANAH, MENERUSI PERUNTUKAN RM 10 JUTA.
    25. RM 250 JUTA DISEDIAKAN BAGI PROGRAM PEMBIMBING PAKAR PENINGKATAN SEKOLAH & PROGRAM RAKAN PENINGKATAN SEKOLAH.
    24. RM 56 BILION DIPERUNTUKKAN KEPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAGI BIAYA PELBAGAI PROGRAM.
    23. STRATEGI KE-3 BAJET 2015; MENGUPAYA MODAL INSAN & KEUSAHAWANAN.
    22. KADAR CUKAI PENDAPATAN KOPERASI DIKURANGKAN SATU HINGGA DUA MATA PERATUSAN.
    21. CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU AKAN DISTRUKTUR SEMULA, DENGAN PENDAPATAN BERCUKAI PADA KADAR MAKSIMUM DINAIKKAN DARIPADA MELEBIHI RM100 RIBU KEPADA MELEBIHI RM400 RIBU.
    20. SERAMAI 300 RIBU ORANG TIDAK PERLU LAGI BAYAR CUKAI PENDAPATAN.
    19. KADAR CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU AKAN DIKURANGKAN SATU HINGGA TIGA MATA PERATUSAN.
    18. 944 BARANG DAN PERKHIDMATAN YANG TERDAPAT DALAM 'BASKET OF GOODS', INDEKS HARGA PENGGUNA, 532 BARANG ATAU 56 PERATUS DIJANGKA MENGALAMI PENURUNAN HARGA SEHINGGA 4.1 PERATUS.
    17. JUALAN RUNCIT PETROL RON95, DIESEL DAN LPG DIBERI PELEPASAN GST.
    16. TEKUN AKAN SEDIAKAN TAMBAHAN DANA PEMBIAYAAN SEBANYAK RM500 JUTA.
    15. SEMPENA SAMBUTAN 'MALAYSIA - YEAR OF FESTIVALS 2015' KERAJAAN SASAR PELANCONG BERJUMLAH 29.4 JUTA ORANG DENGAN PENDAPATAN RM89 BILION.
    14. BAGI BANGUNKAN INDUSTRI PEMBUATAN KENDERAAN ELEKTRIK, DANA PINJAMAN 'SUSTAINABLE MOBILITY FUND' BERJUMLAH RM70 JUTA DISEDIAKAN DI BAWAH SME BANK.
    13. BINA PROJEK LRT3, HUBUNGKAN BANDAR UTAMA SEHINGGA SHAH ALAM DAN KLANG DENGAN KOS RM9 BILION.
    12. BINA MRT JAJARAN KEDUA SEPANJANG 56 KILOMETER DARI SELAYANG KE PUTRAJAYA, DENGAN KOS RM23 BILION.
    11. BINA LEBUH RAYA LINGKARAN LUAR KUALA LUMPUR - HUBUNGAN TIMUR SEPANJANG 36 KILOMETER DENGAN KOS PEMBINAAN RM1.6 BILION.
    10. BINA LEBUH RAYA DAMANSARA - SHAH ALAM SEPANJANG 47 KILOMETER DENGAN KOS RM4.2 BILION.
    9. BINA LEBUH RAYA PANTAI BARAT DARI TAIPING KE BANTING SEPANJANG 276 KILOMETER DENGAN RM5 BILION.
    8. KERAJAAN BINA LEBUH RAYA SUNGAI BESI-ULU KLANG SEPANJANG 59 KILOMETER DENGAN KOS RM5.3 BILION.
    7. KERAJAAN SEDIA INSENTIF ELAUN MODAL PERBELANJAAN AUTOMASI UNTUK GALAK PROSES AUTOMASI SEKTOR PERKILANGAN.
    6. IAP BERI PELUANG KEPADA PELABUR DALAM PEMBIAYAAN AKTIVITI KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PKS.
    5. KERAJAAN AKAN PERKENAL AKAUN PELABURAN PATUH SYARIAH, DIKENALI SEBAGAI INVESTMENT ACCOUNT PLATFORM, ATAU IAP DENGAN DANA PERMULAAN RM150 JUTA.
    4. DENGAN PELAKSANAAN GST PADA 2015 HASIL KUTIPAN DIANGGAR BERJUMLAH RM23.2 BILION.
    3. KUTIPAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2015 DIUNJUR RM235.2 BILION, NAIK RM10.2 BILION BERBANDING 2014.
    2. RM 223.4 BILION UNTUK PERBELANJAAN MENGURUS, RM50.5 BILION UNTUK PERBELANJAAN PEMBANGUNAN.
1.      BAJET 2015 PERUNTUKAN SEJUMLAH RM273.9 BILION, NAIK RM9.8 BILION BERBANDING BAJET 2014.




Rabu, 8 Oktober 2014

Kolokium ke Simposium? Ke Seminar? Eh bagaimana dengan Diskusi?




Assalam kepada semua pembaca yang sudi singgah dekat teratak den nie.. hehe. Tengok tajuk dah mesti terbayang suatu persidangankan? Samalah saya pun macam begitu juga, tapi sebenarnya ada perbezaan dalam persamaan bagi kesemua perkataan ini.

Kolokium

  •   Merujuk kepada perjumpaan atau persidangan secara informal untuk membincangkan tentang perkara yang bersifat ilmiah, perbincangan secara kumpulan. 


Simposium

  • Merujuk kepada pertemuan antara cendikiawan, pakar dan sebagainya bagi membincangkan sesuatu persoalan, perkara dan sebagainya.



  • Maksudnya simposium ini lebih meluas dan terbuka kerana ianya melibatkan orang yang pakar dalam sesuatu bidang dan mereka membincangkan tentang isu yang timbul. 


Seminar 

  •   Merujuk kepada pertemuan ilmiah secara sistematik bagi mempelajari sesuatu topic khusus dibawah pimpinan seorang yang pakar dalam bidanga tersebut.

  •   Pertemuan atau persidangan ini lazimnya disertai dengan beberapa pembicaraan makalah atau kertas kerja masing-masing yang dibahaskan secara ilmiah. Misalnya seminar tentang pemasaran sesuatu produk maka tentu saja dihadiri oleh mereka yang pakar dalam pemasaran..


Diskusi

  •  Merujuk kepada aktiviti perundingan/bertukar fikiran tentang sesuatu masalah atau isu. Bertujuan untuk memahami, mencari sebab dan musabab serta jalan penyelesaian. 


Apa yang sama? Perasaan tak pengulangan perkataan perjumpaan, pertemuan dan persidangan itu? Hah itulah yang sama iaitu bersemuka, bertentang mata dan melibatkan perbincangan empat mata, bahkan lebih. Hehe...