Rabu, 1 Oktober 2014

PENGARUH PERSEKITARAN DALAM MENGURUS SUMBER MANUSIA



Perubahan yang berlaku dalam persekitaran organisasi menunjukkan organisasi perlu peka dan bersedia untuk menghadapinya. Perubahan ini termasuklah dari aspek teknologi,ekonomi, politik, sosial, budaya dan sebagainya. Perubahan yang berlaku memerlukan kecekapan dan daya saing manusia. Kegagalan pengurus dalam mengurus organisasi bakal memberi impak negatif kepada organisasi. 

Pengurusan sumber manusia antara lain bertujuan untuk merancang sumber manusia, pentadbiran pampasan, pengambilan dan pemilihan pekerja serta perancnagan dan pembangunan kerjaya. Pengurusan sumber manusia sememangnya tidak dapat lari daripada dipengaruhi oleh persekitaran kerana organisasi merupakan sat entiti yang saing bergantung dengan masyarakat sekitarnya. Contohnya, tenaga buruh diambil daripada pasaran buruh, masyarakat pula memerlukan organisasi untuk memenuhi kehendak mereka, seperti sumber kerjaya, pendapatan dan pembekal barangan. Keadaan nilah yang menyebabkan organisasi dipengaruhi dan kadang-kala mempengaruhi pula. 

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi persekitaran dan memberi kesan kepada pengurusan sumber manusia iaitu faktor persekitaran dalaman dan faktor persekitaran luaran. Faktor persekitaran dalaman merupakan situasi yang wujud dalam sesebuah organisasi seperti misi organisasi, budaya organisasi dan gaya pengurusan yang mana ia boleh dikawal dan dipantau oleh pihak organisasi. Persekitaran ini mudah diuruskan oleh pengurus sumber manusia dan akan membawa dua keadaan iaitu sama ada mewujudkan ancaman ataupun peluang. 

Faktor luaran syarikat pula merupakan situasi atau peristiwa yang terjadi diluar organisasi yang turut memeri kesan kepada pengurusan dalaman organisasi. Faktor persekitaran luaran termasuklah tenaga buruh, perundangan, masyarakat, kesatuan sekerja, pelanggan, pemegang saham, persaingan, teknologi dan ekonomi. Setiap elemen akan mempengaruhi organisasi sama ada secara berasingan atau pun gabungan antara elemen. Pengaruh ini juga akan dapat dilihat dari segi ancaman atau peluang keatas pengurusan sumber manusia. 

Perundangan sesebuah negara atau negeri boleh mmberi impak kepada pengurusan sumber manusia organisasi. Undang-undang yang berkait rapay dengan buruh diwujudkan adalah bertujuan untuk memberi satu garis panduan kepada organisasi tentang bagaimana menjalankan operasi dan mengurus sumber manusia mereka yang perlu dipatuhi dengan sebiknya. Jika tidak tindakan seperti menarik balik lesen perniagaan oleh pihak atasan akan dikenakan kerana dianggap tidak beretika dalam menjalankan perniagaan. 

Di Malaysia terdapat beberapa akta yang digubal berkaitan dengan tenaga buruh bertujuan untuk memastikan pekerja dilayan dengan adil dan saksama oleh majikan mereka. Akta digubal bagi mengelakkan eksploitasi dan menggariskan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh pihak majikan. Selain itu, ia juga menerangkan tentang hak-hak yang boleg dinikmati dan dituntut oleh pekerja yang berkhidmat di Malaysia. Antaranya seperti Akta Pekerjaan 1955, Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta Pampasan Pekerja 1952, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta (Penggajian) Kanak-Kanak dan Orang Muda 1966, Akta Majlis Penetapan Gaji 1947, Akta Kumpulan Simpanan Pekerja 1951, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dan Akta Tabung Pembangunan Sumber Manusia 1992. Pengurus sumber manusia perlu peka kepada keperluan perundangan dan menerapkan ke adalam amalan pengurusan organisasi. 

Akta
Tujuan
Akta Majlis Penetapan Gaji 1947
  • ·         Menentukan gaji dan upah minimum pekerja di sektor-sektor tertentu yang dirasakan perlu dilindungi
Akta Kumpulan Wang Simpanan 1951
  • ·         Memastikan setiap pekerja mempunyai simpanan wang yang mencukupi apabila mereka bersara
Akta Pampasan Pekerja 1952
  • ·         Memastikan pekerja mendapat pampasan  alibat kemalangan, sakit semasa bekerja atau berkait dengan pekerjaan yang dilakukannya
Akta Pekerjaan 1955
  • ·         Menggariskan hak dan t/jawab majikan dan pekerja.
  • ·         Menetapkan piawaian umum syarat-syarat penggajian pekerja dan melindungi pekerja swasta
Akta Kesatuan Sekerja 1959
  • ·         Menggalakkan perhubungan industri yang baik antara pekerja dengan majikan.
  • ·         Mengawal aktiviti kesatuan. Pekerja dibenarkan menyertai kesatuan sekerja asal berdaftar dibawah akta ini
Akta (Penggajian) Kank-Kanak dan Orang Muda
  • ·         Menghalang majikan mengeksploitasi buruh kanak-kanak dibawah umur 14 tahun dan orang muda antara umur 14-16 tahun.
Akta Perhubungan Perusahaan
  • ·         Menggalakkan hubungan yg harmoni antara pekerja dan majikan
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
  • ·         Memberi perlindungan kepada ahli keluarga pekerja sekiranya pekerja mendapat bencana seperti kehilangan nyawa, kecacatan sementara atau kekal ketika bekerja
Aka Tabung Pembangunan Sumber Manusia 1992
  • ·         Membantu meningkatkan kemahira pekerja organisasi.
  • ·         Mengurangkan beban majikan terhadap kos latihan dan pembanguna pekerja
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
  • ·         Untuk melindungi dan menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan para pekrja drpd risiko akibat aktiviti2 pekerjaan.
  • ·         Menggalakkan penyediaan persekitaran tempat kerja yang  selamat dan sesuia dengan keperlaun psikologi dan fisiologi para pekerja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan