1. Pengertian
dan jenis jenayah
- Jenayah menurut syarak ialah perbuatan yang
diharamkan, sama ada perbuatan itu dilakukan pada jiwa, harta atau selainnya.
- Hukuman dijatuhkan berlandaskan hukum
syarak yg terbahagi kpd 4 jenis iaitu hudud, qisas, diat dan ta’zir.
- Hukuman ta’zir boleh dibahagikan kpd 2
jenis
i)
Kesalahan yang ditetapkan oleh al-Quran dan al-sunnah,
cth perbuatan khianat terhadap amanah, rasuah, mencuri, memberi kesaksian dan
keterangan palsu dsbgnya. Hukuman jenis ini ditentukan oleh pemerintah.
ii)
Kesalahan yang ditetapkan oleh pemerintah melalui
institusi tertentu seperti kesalahan atau jenayah ekonomi, memiliki atau
membawa senjata api tanpa kebenaran, melanggar syarat-syarat ketenteraman dan
keselamatan tempat awam, gedung perniagaan atau kilang. Hukuman kesalahan ini
ditentukan oleh kerajaan.
Kes pembahagian kesalahan jenayah dan
sivil; kesalahan jenayah : pendakwa ialah pihak berkuasa manakala kesalahan
sivil : pendakwa ialah org yg berkepentingan. Namun dalam perspektif Islam,
keputusan hakim (kadi) dalam semua kes yang dibicarakan wajib dilaksanakan.
2. Seseorang
tidak bersalah melainkan dibuktikan sebaliknya.
- Pada asalnya seseorang itu tidak bersalah
dan bebas daripada mana-mana tanggungan sehingga dibuktikan bahawa dia
bersalah.
- Org yg dituduh berhak menuntut agar
kesalahan yg dikatakan dilakukannya dibuktikan dgn jelas dan nyata untuk
menghapuskan keyakinan asal bahawanya ia tidak bersalah melainkan dibuktikan
sebaliknya.
3. Beban
membukti
- Seseorg itu tidak bersalah melainkan
dibuktikan bersalah, dan seseorg itu tidak melakukan jenayah melainkan setelah
disabitkan perbuatannya. Dalam proses pensabitan, yang tertuduh mempunyai hak
membela diri, dan yg menuduh hendaklah membuktikan kebenaran tuduhannya. Ini
bermakna beban pembuktian adalah ke atas yg mendakwa atau menuduh. Sabda
Rasulullah SAW, “ Keterangan di atas yang menuduh dan sumpah di atas yang
menafikannya”.
4. Hak yang
dituduh untuk diberi peluang membela diri
- Orang yg dituduh mempunyai hak untuk
membela diri, sama ada menolak semua tuduhan, atau mengakui sebahagian drpd
tuduhan itu dan menolak yg sebahagian yg lain.
- Hakim harus mendengar keterangan dan hujah
kedua-dua pihak sebelum menjatuhkan hukuman. Hukuman hendaklah berdasarkan
keterangan yg zahir, sebaliknya yang tersembunyi Allah yg akan menghukumnya.
5. Hak mendapat
layanan yang adil
- Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang
bertugas menghakimkan di antara orang-orang Islam hendaklah melakukan keadilan
ke atas mereka dalam percakapan, isyarat dan duduknya, dan jangan mengangkat
suaranya kepada seseorang dan tidak kepada yang lain”.
- Adalah menjadi hak org yg dituduh mendapat
layanan yg adil dan saksama drpd mahkamah.
6. Hak
mengetahui pertuduhan
- Seseorang yg dituduh berhak mengetahui
sebab-sebab ia dituduh atau disiasat agar ia dapat mempertahankan haknya.
Tindakan ini mematuhi hukum syarak. Rasulullah saw telah memerintahkan Saidina
Ali agar mendengar dahulu keterangan dan hujah kedua-dua belah pihak sebelm
menjatuhkan hukuman.
Selain itu, hak yg dituduh utk mengetahui
dan memahami pertuduhan tidak tercabul, malah dipertahankan dan dijaga.
- Islam mewajidkan agar ada seorang
penterjemah yg dipercayai tetapi menurut mazhab syafie, penterjemah itu
sekurang-kurangnya haruslah terdiri drpd dua orang atau boleh juga dikiaskan
seperti saksi, dgn alasan bahawa terjemahan itu tidak difahami oleh hakim agar
proses penapisan dan penelitian dapat dilaksanakan dgn sempurna.
7. Hak untuk
membela diri
- Prinsip yg terpenting dalam Islam ialah
keadilan dikalangan pihak yg bertelingkah di mahkamah ialah jaminan terhadap
hak orang yg dituduh untuk mempertahankan diri tanpa wakil atau melalui
wakilnya. Jika ia dihukum tanpa dipanggil untuk membela diri, maka hukuman itu
terbatal. Pendapat ini disepakati oleh ulama.
- Jika ia sengaja tidak hadir , maka mahkamah
hendaklah menghantar petugas khas untuk memaksa ia hadir.
- Menurut pendapat Imam Syafie, dalam proses
memaksa kehadirannya, org yg dituduh itu hendaklah dijaga aib syariah dan
kehormatannya. Ini bermakna jika hakim menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh
sebelum org itu diberi peluang membela diri, maka hukuman itu terbatal. Jika
org itu ghaib atau tidak diketahui di mana ia berada, maka perbicaraan ke
atasnya tidak boleh dilaksanakan, kebanyakan ulama mengharuskan perbicaraan dan
hukuman, tertakluk kpd syarat tertentu.
8. Hak membela
diri melalui wakil
9. Hak untuk
mengetahui maklumat pihak yg menuduh dan menyoal balas
10. Hak merayu
i)
Meminta dibicarakan semula
ii)
Menolak hukuman; berhubung dgn kes atau perbicaraan
tanpa dihadiri oleh org yg dituntut atau didakwa. Dalam keadaan ini org itu
berhak membela dirinya dgn menolak hukuman iaitu menolak kes agar dilihat
semula keran berkemungkinan org itu mempunyai keterangan yg tidak dikemukakan
dalam perbicaraan yg terdahulu kerana ketiadaannya.
iii)
Membantah hukuman; hukuman boleh dibantah jika hukuman
itu jelas salah. Tertuduh berhak merayu dan membantah jika terkilan dgn hukuman
tersebut dan terdapat tanda-tanda yg menunjukkan terdapat kesalahan (sama ada
dari segi fakta atau undang2) dalam proses perbicaraan.
11. Hak untuk
memohon keringanan dan kemaafan
- Tertuduh yg disabitkan kesalahan berhak
memohon keringanan atau kemaafan. Bagaimanapun ia tidaklah bermaksud permohonan
tersebut wajib dilayan. Dalam kes-kes hudud yg disabitkan, kerajaan atau org
perseorangan atau sesiapa sahaja tidak berhak memberi keringan atau kemaafan.
Dalam kes qisas atau diat pula, org yg menjadi korban atau warisnya berhak
memaafkan org yg didakwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan