Rabu, 8 Oktober 2014

Kolokium ke Simposium? Ke Seminar? Eh bagaimana dengan Diskusi?




Assalam kepada semua pembaca yang sudi singgah dekat teratak den nie.. hehe. Tengok tajuk dah mesti terbayang suatu persidangankan? Samalah saya pun macam begitu juga, tapi sebenarnya ada perbezaan dalam persamaan bagi kesemua perkataan ini.

Kolokium

  •   Merujuk kepada perjumpaan atau persidangan secara informal untuk membincangkan tentang perkara yang bersifat ilmiah, perbincangan secara kumpulan. 


Simposium

  • Merujuk kepada pertemuan antara cendikiawan, pakar dan sebagainya bagi membincangkan sesuatu persoalan, perkara dan sebagainya.



  • Maksudnya simposium ini lebih meluas dan terbuka kerana ianya melibatkan orang yang pakar dalam sesuatu bidang dan mereka membincangkan tentang isu yang timbul. 


Seminar 

  •   Merujuk kepada pertemuan ilmiah secara sistematik bagi mempelajari sesuatu topic khusus dibawah pimpinan seorang yang pakar dalam bidanga tersebut.

  •   Pertemuan atau persidangan ini lazimnya disertai dengan beberapa pembicaraan makalah atau kertas kerja masing-masing yang dibahaskan secara ilmiah. Misalnya seminar tentang pemasaran sesuatu produk maka tentu saja dihadiri oleh mereka yang pakar dalam pemasaran..


Diskusi

  •  Merujuk kepada aktiviti perundingan/bertukar fikiran tentang sesuatu masalah atau isu. Bertujuan untuk memahami, mencari sebab dan musabab serta jalan penyelesaian. 


Apa yang sama? Perasaan tak pengulangan perkataan perjumpaan, pertemuan dan persidangan itu? Hah itulah yang sama iaitu bersemuka, bertentang mata dan melibatkan perbincangan empat mata, bahkan lebih. Hehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan