Konsep
5S memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi. Konsep 5S berasal
daripada negara Jepun iaitu merupakan suatu amalan budaya kerja yang baik untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengurusan sektor awam. Konsep ini turut
diikuti dengan disiplin dan setiap elemen dalam 5S diamalkan selalu sehingga
dapat mematuhi standard tertentu dan memiliki semangat penambahbaikan secara
berterusan.
Elemen
5S terdiri daripada Sisih (SEIRI), Susun (SEITON), Sapu (SEISO), Seragam
(SEIKETSU) dan Sentiasa amal (SHITSUKE). Ia nampak seperti istilah yang biasa
dan tidak begitu memiliki impak yang begitu drastik secara fizikal, namun
amalan ini walaupun kecil tetapi mampu memberi kesan yang mendalam terhadap
sesebuah pengurusan organsasi dalam masa yang panjang jika di amalkan secara
berterusan
Menurut
konsep ini, amalan Seiri atau sisih merujuk kepada aktiviti menyisih dan
membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja. Setiap hari terdapat barang
yang baru dan barang lama, maka organisasi perlu mempunyai suatu sisitem iaitu
mengasingkan barang yang ada nilai dan tiada nilai. Jika tiada nilai maka lupuskan dengan segera
tetapi jika ada nilai maka cepat-cepat cari pembeli untuk mengelakkan lambakan
barangan di tempat kerja. Namun sekiranya tiada nilai maka organisasi perlu
menggunakan suatu kaedah pelupusan yang menjimat kos dan selamat.
Definisi
Seiton atau susun pula merujuk kepada aktiviti menyusun dan menyimpan barang
dengan kemas, mudah diambil dan disimpan. Pekerja perlu tahu item yang selalu
dan jarang digunakan serta item yang tak diguna tetapi perlu disimpan.
Pengelasan item ini amat penting untuk mengelakkan kesukaran mencari kelak.
Barangan yang selalu digunakan perlu diletakkan berdekatan tempat kerja, yang
jarang digunakan pala diletakkan secara berasingan, dan seterusnya simpan
barangan yang tak diguna ditempat yang mudah dicari. Wujudkan tempat khas bagi
menyimpan setiap barang dengan meletakkan label khas yang jelas mengikut saiz
dan jenis, mudah dilihat dan kesan serta menjimatkan masa ketika dicari.
Manakala
elemen Seiso atau sapu pula merujuk kepada aktiviti mencuci tempat kerja dengan
rapi supaya tiada habuk dilantai, di mesin dan peralatan. Amalan seiso ini
nampak remeh dan tidak penting tetapi sebenarnya ia menjamin persekitaran kerja
yang selesa, kemas dan bersih. Seiso ini perlu diadakan di setiap organisasi,
seperti tugaskan penjaga setiap mesin yang digunakan. Untuk memastikan
keberkesanan amalan ini, maka aktiviti pembersihan perlu digabungkan dengan
pemeriksaan. Gabungan tersebut akan menyebabkan pekerja lebih peka terhadap kebersihan
setiap bahagian, selain itu ia turut meningkatkan imej organisasi.
Keberkesanan
amalan 5S ini akan lebih menonjol dengan adanya Seiketsu atau seragam iaitu
suatu aktiviti memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta mudah
mengamalkan seiri-seiton-seiso. Elemen tersebut amat penting untuk memastikan
3S dilakukan secara teratur dan berterusan. Keseragaman ini dipersembahkan
secara berbeza oleh setiap organisasi seperti persembahan jadual kerja yang
teratur dan sistematik. Kewujudan keseragaman dapat dilaksanakan dengan jayanya
sekiranya jadual kerja dapat dipatuhi melalui peraturan dan tatacara kerja yang
tertentu. Sekiranya organisasi dapat menjalankan pengurusan dalaman dengan
tersusun maka ia dapat mengurangkan kebarangkalian berlakunya kesilapan dan
kecuaian ketika bekerja. Hal ni demikian kerana, pekerja mengetahui dan
mematuhi setiap peraturan organisasi serta menyedari risiko yang bakal dihadapi
sekiranya melanggar peraturan. Maka bagi memastikan kelancaran kerja, peraturan
standard diperlukan bag mengawal pekerja dan organisasi secara keseluruhannya.
Selain
itu, jika dihubungkan ketiga-tiga elemen tersebut, tempat kerja akan menjadi
lebih bersih kerana ianya telah seragam disebabkan aktiviti yang dilakukan
secara beulang-ulang kali. Untuk mengekalkan dan meningkatkan amalan 5S ini,
pendekatan seperti pengauditan pengurusan atasan, pertandingan antara jabatan
dan pertandingan antara syarikat boleh dilaksanakan untuk memastikan
keberkesanannya.
Elemen
yang terakhir ialah shitsuke atau sentiasa amal pula adalah aktiviti
mendisiplinkan dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan bertabiat baik di
tempat kerja secara berterusan. Amalan
baik shitsuke ini termasuklah senyum selalu, menepati waktu, memiliki semangat
berpasukan, mematuhi peraturan dan memberikan khidmat layanan terbaik kepada
klien dan rakan sekerja. Amalan terakhir ini juga lebih kepada sikap dan
perilaku yang positif pekerja seperti merasa bangga dengan organisasi,
mempunyai sikap memajukan diri menerusi latihan yang berterusan serta temapat
kerja sentiasa bersih dan kemas bagi menjamin persekitaran serta imej
organisasi. Hal ini demikian terdapt tiga kategori pekerja di tempat kerja
iaitu pekerja Kelas Ketiga yang membuat kotoran merata-rata dan tiada siapa
yang membersihnkannya. Pekerja Kelas Kedua pula ialah ada sekumpulan yang
membuat kotor dan sekumpulan membuat bersih, dan pekerja Kelas Pertama iaitu
jenis pekerja yang pembersih dengan tidak membuat kotor dan setiap orang melakukan
pembersihan.
Kejayaan
amalan 5S ini akan tercapai sekiranya setiap anggota organisasi mengamalkan
setiap elemen secara konsisten. Selain itu, sokongan dan komitmen berterusan
pihak atasan juga amat diperlukan di mana ketua sendiri yang melakukan amalan
ini terlebih dahulu dengan memberikan contoh yang baik kepada anak-anak buah.
5s juga turut bermula dengan pendidikan dan latihan untuk meningkatkan disiplin
diri dalam pengurusan kerja yang baik. Paling penting amalan 5S dilakukan
secara berulang-ulanag dan berterusan untuk mencapai kejayaan organisasi.