Konsep
5S secara rasminya mula diperkenalkana pada 1980-an di Jepun oleh
M.Nakatshugawa. kerana menyedari akan budaya kerja yang diamalkan oleh suri
rumah pada ketika itu. Kebanyakan kediaman adalah bersaiz kecil dan perlu
memanfaatkan setiap ruangan yang ada. Oleh itu, pada sebelah siang, ruang tamu
dijadikan sebagai tempat bertemu rakan taulan, manakala pada sebelah malam
ruang tamu tersebut akan dijadikan sebagai tempat tidur.
Ruangan
yang sempit telah menyebabkan suri rumah mengamalkan konsep sisih barangan jika
perlu dan susun semula baranga tersebut selepas digunakan. Konsep tersebut pada
mulanya digunakan pada tahun 1955 oleh Persatuan Keselamatan dan Kesihatan
Industri Jepun (JISHA) bagi menggalakkan kegiatan perindustrian di negara
tersebut.
Dua
konsep tersebut iaitu “Seiri” atau sisih dan “Seiton” atau susun telah
berkembang menjadi Lima konsep akibat perningkatan produktiviti dan kualiti. Maka
pada tahun 1970-an, elemen “Seiso” atau sapu, “Seiketsu” atau seragam dan “Shitsuke
atau disiplin telah ditambah menjadi konsep tersebut yang kini dikenali sebagai
5S. Ini bermakna jika digabungkan 5s adalah sisih, susun, sapu, seragam dan
Sentiasa amal (disiplin).
Amalan
5s merupakan teknik yang berkesan ke arah mewujudkan budaya peningkatan secara
berterusan atau dikenali sebagai “Kaizen” dalam Bahasa Jepun. Istilah Kaizen
digunakan untuk merujuk sesuatu yang boleh diperbaiki dan mengalami peningkatan
positif sedikit demi sedikit secara berterusan dalam aktiviti yang
berorientasikan manusia. Setiap anggota dalam organisasi perlu menyertainya dan
memberi komitmen sepenuhnya untuk mencapai matlamat.
Ringkasnya,
amalan 5S merupakan suatu konsep pengurusan yang terdiri daripada 5 elemen
iaitu ssih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal yang dipraktikkan dalam
sesebuah organisasi secara berterusan untuk meningkatkan produktiviti dan
kualiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan