Khamis, 18 September 2014

Nah, itu dia 'Masalah'

Assalamualaikum... Hari ini rasa ringan sahaja tangan meneruskan coretan yang setelah sekian lama terbengkalai. tiada apa yang menarik ingin saya sampai hanya tekanan dan bebanan yang menyesakkan minda. Benar kata orang, semakin hari hidup ini semakin sukar dan banyak pula cabaran yang datang. Bagi orang yang kuat tetap akan menempuhi liku-liku hidup ini dengan jayanya, tetapi bagi yang lemah pula sudah tentu keluhan dan tekanan sungguh dirasai. Namun hanya orang yang berfikiran positif dan optimis sahaja mampu mengharunginya dengan cemerlang. Maksudnya, seseorang itu akan berfikir bahawa hidup ini merupakan suatu ujian daripada yang Esa agar kita sentiasa berusaha untuk mencari jalan keluar kepada semua permasalahan.

Memang benar tidak semua masalah itu akan menemui jalan penyelesaian dengan pantas tetapi sekurang-kurangnya masalah itu merupakan suatu lagi petunjuk kepada proses pengajaran yang baru, yakni kita melatih diri kita untuk menerima apa-apa cabaran terhadap emosi, mental dan fizikal. Jika kita berfikiran matang, dan sentiasa positif terhadap sebarang masalah dan berjaya mengharunginya, maka kitalah 'Hero Of The Day', getus dalam hati sendiri. Sudah tenttu kita akan merasa gembira dan berpuas hati sekiranya perkara yang mengganggu minda kita telah luput dari ingatan.

Hidup sebagai seorang pelajar pun punya pelbagai masalah, lebih-lebih lagi apabila kita sudah menginjak ke tahun terakhir, perkara yang harus dan perlu dibimbangkan ialah 'Tesis'!. Hanya lima huruf, namun tesis ini besar maknanya, bak kata ahli akademik 'tesis umpama Nyawa pelajar'. Mengapa sedemikian? sebab tesis itulah nanti yang menentukan kelulusan dan pekerjaan di luar kelak. Nah, itu dia masalah yang membuat aku berasa sesak nafas dan pening lalat, tapi aku yakin aku akan dapat menghabiskan tesisku itu. Aku perlukan kekuatan untuk meneruskan usaha murniku itu, akan ku sematkan dalam hati bahawasanya apa yang sedang aku lakukan ini adalah salah satu cara untuk menyumbang kepada aktiviti ilmu pengetahuan. ya Allah, bantu hambamu ini.. Mudah-mudahan sepanjang proses melakukan kerja-kerja penulisan ilmiah ini segala-galanya akan berjalan dengan lancar, sama ada kerja lapangan, kewangan, emosi dan sebagainya... Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan