Selasa, 23 September 2014

"Photoshot katenye"


Assalamualaikum kepada para pembaca.

Baiklah, saya nak bercerita sedikit ni, bahawasanya hari ini merupakan hari photoshot untuk kelas tahun akhir SP. Sebenarnya masa tahun satu pun kiteorang ada ambil gambar kelas untuk kenang-kenangan, tapi masa tue tak ramai sangat dalam gambar, nie da tahun tiga pon tak adalah semua kosmet ikut serta tapi lebih ramai lah berbanding sebelum ini.

Sebenarnya, sesi bergambar sepatutnya diadakan pukul 1.30 di teres eko niaga FEP, jadi habis sahaja kelas saya dan bersama beberapa lagi kawan pun terus lah ke FEP untuk makan sekejap sementara tunggu sesi bergambar. Tunggu punya tunggu, sampai jugaklah tapi agak lewat sedikit. Hissh, ini yang aku geram nie, iyelah sepatutnya saya ada kelas pukul 2 petang nie, tapi tak dapat masuk sebab dah pukul 2.30 masa sesi bergambar tue habis.

Kalau saya nak masuk kelas boleh jer, tapi rasa malaslah pulak sebab dah lewat, iyelah kelas saya tue dekat dengan ATMA so jauhlah daripada FEP tue, kalau saya masuk pun entah-entah pukul 3 kot. Dahlah subjek tue subjek PB atau pilihan yang saya sendiri tak pernah masuk pun, baru ingat nak masuk hari ini. heheh...

Berbalik kepada sesi bergambar tadi, wah, nampak bergaya semua kawan-kawan kelas memakai baju korporat kelas. Memanglah ini bukan kali pertama kami memakai baju korporat tetapi nampaklah keseragaman dalam pemakaian. Yang gadis cantik bergaya, yang lelaki pun segak dan tampan,, alaa, puji lebih-lebih lah pulak. hehehe





Alololo, tomeinye .... kiosk kt blkg ... :P
ku berlagak ayu ... ce teka saya yg mana satu... (mcm laah retis.. lol)

 keSELFIEAN adalah hak milik setiap insan ... sob2, lelaki berlagak sutun ... guraw.. kihkih

 dalam kelas sblom photoshot

Tapi serius saya suka tengok gelagat kosmet tadi, macam-macam gaya ada. Kami sempat mengambil gambar selfie tadi bersama-sama, amboi-amboi gembira sakan saya tengok tadi. Disebalik semua ini, suka atau pun tidak, tak lama lagi kita semua bakal meninggalkan dunia perkuliahan, hanya gambar ini sahajalah yang akan menjadi kenangan kita kelak. Satu sem sahaja lagi bakal menyusul dan kita akan bergelar graduan!

Sekian daripada saya,

Shiny gurl (wah perasan gitu lorh :D )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan