Khamis, 25 September 2014

Teori Sistem Terbuka Katz dan Kahn

Sistem umumnya bermaksud unit-unit tertentu yang berinteraksi antara satu sama lain dan mempunyai fungsi-fungsi tertentu. 

        Sistem terbuka ini diperkenalkan oleh Katz dan Kahn pada tahun 1966 telah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pengurusan organisasi. Umumnya, sistem terbuka merupakan suatu gagasan idea terhadap kesan penerimaan input luar kepada sesebuah organisasi yang merangkumi pelbagai elemen. Mereka mentakrifkan organisasi sebagai: 

A sosial system consisting of resource variables, interrelated with various mangement policies practices and tecniques which interact with environmental suprasystem to achieve a set of goal."
Takrifan ini memberikan lapan ciri organisasi yang dikongsi oleh semua sistem terbuka:

(a) Pengimportan input dari persekitaran.
(b) Transformasi input melalui aktiviti kerja.
(c) Pengeksportan output kepada persekitaran.
(d) Proses transformasi berbentuk kitaran.
(e) Organisasi cenderung mengimport tenaga yang lebih banyak daripada yang diperlukan. Hal ini mengakibatkan entropi.
(f) Sistem menerima maklum balas daripada persekitaran sebagai respons kepada aktivitinya.
(g) Terdapat kecenderungan untuk menambahkan peranan dan pengkhususan fungsi.

Maka jika bermaksud, Sistem Terbuka ialah sistem pengurusan yang mengandungi kitaran peristiwa. Sistem mengambil input dari persekitaran, memproses input tersebut sehingga berubah daripada asal dan kemudian mengeluarkan output semula ke persekitaran. Kitaran berlaku berulang-ulang.

Dalam sebuah organisasi input diperlukan untuk memulakan operasi iaitu tenaga buruh (pengurus, jurutera, juruteknik, bahagian pemasaran dsbg), modal kewangan, mesin, tapak kilang dan kemahiran maklumat. 
        Dalam proses tranformasi pula, strukurtur organisasi syarikat akan menentukan bidang tugas dan tanggungjawab mengikut unit atau jabatan masing-masing, dengan mematuhi peraturan atau arahan yang telah ditetapkan. Perancangan dibuat dengan teliti agar tidak berlaku pertindihan tugas. 
         Akhir kepada sistem tersebut ialah output iaitu perlulah memenuhi objektif sesebuah organisasi iaitu untuk mencapai kecekapan, peningkatan kemahiran dan pengetahuan, keuntungan dan kepuasan.
         Persekitaran luaran perlu diambilkira semasa menjalankan setiap elemen sistem tersebut.
Kewujudan entropi negatif (Persaingan, P brg meningkat, globalisasi) atau ancaman kepada organisasi perlu di atasi sama ada melalui peningkatan jualan atau meningkatkan margin keuntungan.  Setelah itu kitaran dalam Sistem Terbuka akan berulang-ulang.

Dalam sesebuah organisasi, Sistem Terbuka ini dapatlah di ringkaskan seperti berikut:

Persekitaran Dalaman
Input (Faktor-faktor pengeluaran)
1) sumber manusia – kemahiran, pendidikan, ciri-ciri fizikal (gender, berat, ketinggian)
2) Sumber fizikal- bahan mentah, kelengkapan, tanah, alat-alat lain
3)Sumber kewangan – modal perniagaan, tunai, pinjaman, pelaburan
4)Sumber ICT

Proses Transformasi
1) Polisi syarikat
2) Struktur organisasi
3) Perancangan dan kawalan
4) Prosedur organisasi
5) Proses pengeluaran

Output
1) Kecekapan
2) Kepuasan pekerja atau pelanggan atas barangan yang dikeluarkan
3) Keuntungan
4) Kemahiran dan pengetahuan

Persekitaran Luaran
1) Undang-undang/polisi Kerajaan
- Akta Syarikat
- Akta Kerja 1955
- Dasar gaji minimum dan maksimum
- Pertubuhan Keselamatan Sosial (KWSP)
2) Tenaga Buruh
- tahap pendidikan, kemahiran, ciri-ciri fizikal
3) Kesatuan Sekerja
4)Pemegang saham – saham keutamaan atau yang biasa
5) Pembekal – bahan mentah
6) Pelanggan – DD dan SS, citarasa
7) Masyarakat – organisasi bergerak mengikut kehendak masyarakat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan