Mesti
anda semua pernah mendengar tentang 5S bukan? Sebenarnya 5S telah diperkenalkan
sejak 1980-an lagi dalam usaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan
pengurusan sektor awam. Sebenarnya jika kita selusuri semula amalan 5S ini
diwujudkan ketika zaman pemerintahan mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr
Mahathir Mohamad kerana beliau tertarik
dengan budaya kerja orang Jepun pada masa itu. Bayangkanlah setelah Perang
Dunia Kedua tamat pada 1945 negara Jepun mampu muncul sebagai negara yang maju
hanya dalam tempoh yang singkat, sedangkan jika difikirkan semula amat mustahil
mereka dapat membangun kerana bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima telah
melumpuhkan negara Jepun secara fizikalnya dan menyebabkan kekalahan terhadap
Amerika Syarikat. Namun, kekalahan tersebut tidak pula melumpuhkan nilai-nilai
sumber manusia yang sememangnya dimiliki oleh Jepun iaitu budaya kerja yang
perlu dicontohi oleh masyarakat kita.
Konsep
5S secara rasminya mula diperkenalkana pada 1980-an di Jepun oleh
M.Nakatshugawa. kerana menyedari akan budaya kerja yang diamalkan oleh suri
rumah pada ketika itu. Kebanyakan kediaman adalah bersaiz kecil dan perlu
memanfaatkan setiap ruangan yang ada. Oleh itu, pada sebelah siang, ruang tamu
dijadikan sebagai tempat bertemu rakan taulan, manakala pada sebelah malam
ruang tamu tersebut akan dijadikan sebagai tempat tidur.
Ruangan
yang sempit telah menyebabkan suri rumah mengamalkan konsep sisih barangan jika
perlu dan susun semula baranga tersebut selepas digunakan. Konsep tersebut pada
mulanya digunakan pada tahun 1955 oleh Persatuan Keselamatan dan Kesihatan
Industri Jepun (JISHA) bagi menggalakkan kegiatan perindustrian di negara
tersebut.
Dua
konsep tersebut iaitu “Seiri” atau sisih dan “Seiton” atau susun telah
berkembang menjadi Lima konsep akibat perningkatan produktiviti dan kualiti. Maka
pada tahun 1970-an, elemen “Seiso” atau sapu, “Seiketsu” atau seragam dan “Shitsuke
atau disiplin telah ditambah menjadi konsep tersebut yang kini dikenali sebagai
5S. Ini bermakna jika digabungkan 5s adalah sisih, susun, sapu, seragam dan
Sentiasa amal (disiplin).
Amalan
5s merupakan teknik yang berkesan ke arah mewujudkan budaya peningkatan secara
berterusan atau dikenali sebagai “Kaizen” dalam Bahasa Jepun. Istilah Kaizen
digunakan untuk merujuk sesuatu yang boleh diperbaiki dan mengalami peningkatan
positif sedikit demi sedikit secara berterusan dalam aktiviti yang
berorientasikan manusia. Setiap anggota dalam organisasi perlu menyertainya dan
memberi komitmen sepenuhnya untuk mencapai matlamat.
Ringkasnya,
amalan 5S merupakan suatu konsep pengurusan yang terdiri daripada 5 elemen
iaitu ssih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal yang dipraktikkan dalam
sesebuah organisasi secara berterusan untuk meningkatkan produktiviti dan
kualiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan